Umrah Ziarah Instanbul kami adalah selama 19 hari : 15 hari di Madinah & Mekah dan 4 hari di Istanbul, all-in harga pakej waktu tu RM4,300/pax.
Jadual program adalah Umrah terlebih dahulu, namun disebabkan kami terbang menaiki Turkish Air, pesawat menuju ke selatan melepasi ruang udara Jeddah dan naik semula ke utara untuk transit di Istanbul & kemudian terbang semula arah selatan ke Jeddah.
Ladang Unta di Hudaibiyah
Tempat membuat kelambu Kaabah yang ditukar pada setiap musim haji & kos menyiapkan kiswah Kaabah adalah sekitar Saudi Riyal 17 juta.
Masjid Nabawi
Bukit Thur dibelakang dimana Rasulullah SAW bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar ketika dikejar musuh
Masjid Quba'
I S T A N B U L
Kalau zaman sekolah dulu, kita lebih mengenali Constantinople @ Byzantium daripada Istanbul. Dahulunya Constantinople merupakan pusat kepada 3 kerajaan iaitu Rom, Byzantium dan Othmaniah.
Untuk lebih daripada 1,500 tahun, Constantinople dikenali antara bandar yang terpenting di dunia menyebabkan Napoleon Bonaparte pernah berkata " If the world were a single state, Constantinople would be its capital"
Rasulullah bersabda " Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik tentera..."
( Hadis riwayat Imam Ahmad )
Setelah 800 tahun kemudian Panglima yang berjaya membuka Constantinople adalah Sultan Muhammad Al Fateh pada usia 21 tahun.
Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri.
Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople"
Istanbul adalah satu-satu bandar didunia yang terletak di atas dua benua iaitu Eropah dan Asia.
Kota Istanbul merupakan sebuah tempat paling strategik dari segi ekonomi dan politik kerana kedudukan Selat Bosphorus yang memisahkan Asia dan Eropah.
Tiba di Atartuk Airport dari Jeddah
Hagia Sophia
Hagia St Sophia dahulu gereja tetapi ditukar mejadi muzium dan kini dijadikan masjid dan sekarang bergelar Masid Besar Hagia Shopia dan pada 24 Julai 2020, Presiden Recep Tayyip Erdogan menyertai solat pertama di masjid tersebut selepas 86 tahun
Hagia Sophia semasa menjadi muzeum
Sultan Ahmed Mosque ( Masjid Biru @ The Blue Mosque ) dibina dalam tahun 1609
Muzeum Istana Topkapi banyak menyimpan artifek sejarah Islam
Di dalam Topkapi Palace, Al Quraan dibaca bergilir-gilr 24 jam sehari terus menerus dan tidak pernah berhenti sejak tahun 1517
Janggut Rasulullah SAW disimpan disini
Pedang & busur memanah Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Rasulullah SAW
Grand Bazaar di Istanbul adalah bazar tertutup yang tertua dan terbesar di dunia dan menempatkan lebih daripada 4,000 bazar jualan bermacam-macam barang
Di dalam Grand Bazar
Menenun karpet di Bazaar 54
Karpet kecil ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan & berharga RM20,000
Minum tea di atas bukit di Camlica, Istanbul (Asia)
Bersama family Unsal Seker di Camlica
Boat cruise di Selat Bhospourus yang memisahkan antara Instanbul Eropah dan Instanbul Asia di sebelah belakang adalah Jambatan Sultan Mehmet Fatih
Jambatan Sultan Mehmet Fatih menghubungkan Benua Asia dan Benua Eropah
No comments:
Post a Comment