Friday, 8 July 2016

Throwback : Venice


Venice amat menarik dan cantik.

Terdapat 117 pulau-pulau kecil di Venice dihubungi melalui jambatan-jambatan kecil. Tiada kereta atau jalanraya, cuma terusan dengan bot-bot dan gondola ( nak jalan-jalan  naik gondala pun mahal, RM600 untuk 30 minit )

Menuju ke Venice









St. Mark's Square








Tuesday, 5 July 2016

Throwback : Istanbul





Kalau zaman sekolah dulu, kita lebih mengenali Constantinople @ Byzantium daripada Istanbul. Dahulunya Constantinople merupakan pusat kepada  3 kerajaan iaitu Rom, Byzantium dan  Othmaniah.

Untuk lebih daripada 1,500 tahun, Constantinople dikenali antara bandar yang terpenting di dunia menyebabkan Napoleon Bonaparte pernah berkata " If the world were a single state, Constantinople would be its capital"


Rasulullah bersabda " Constantinople  akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik tentera..."
( Hadis riwayat Imam Ahmad ).....   

Setelah 800 tahun kemudian Panglima yang berjaya membuka Constantinople adalah Sultan Muhammad Al Fateh pada usia 21 tahun.

Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople"

Istanbul adalah satu-satu bandar didunia yang terletak di atas dua benua iaitu Eropah dan Asia.

Kami singgah 3 hari di Istanbul dalam perjalanan dari Jeddah.



Blue Mosque @ Masjid Biru juga dikenali sebagai Suktan Ahmed Mosque







Dibawah empire Byzantium, Hagia Sophia dibina sebagai gereja dan apabila Kerajaan
Othmaniah membebaskan Constantinople ianya ditukar menjadi masjid dan kini sebagai muzium

Blue Mosque


Istanbul bahagian Eropah & Asia dipisahkan oleh Selat Bosphorus...menyusuri selat Bosphorus di tengah hari tapi dalam cuaca yang dingin

Istana Topkapi yang sarat menyimpan barang sejarah antara barang milik peribadi Rasulullah SAW sepert rambut, gigi, jubah dan pedang Rasulullah.

Di seksyen  ditempat barang peribadi Rasulullah disimpan terdapat qari yang bergilir-gilir membaca Al-Quran 24 jam sehari  tanpa henti sejak tahun 1517 !!


Karpet tu harganya RM20,000 , ambil masa lebih setahun utk disiapkan


Di dalam Grand Bazaar, bazar bertutup yang tertua dan terbesar di dunia dengan 
4,000 bazar di dalamnya.


Istanbul memang amat menarik dengan sejarahnya dan attractionnya, saya tidak akan berfikir 2 x untuk kesana lagi jika dipelawa,

Anda mungkin berminat mengikuti :