Thursday 31 August 2017

Ibrah Qurban : Kemuncak Pasrah Kesan Memperjuang Iman


Idil Adha dikenali juga di khalayak orang Melayu  sebagai hari raya kurban. Ia sangat signifikan dengan peristiwa besar kesanggupan Nabi Ibrahim a.s mematuhi perintah Allah SWT untuk menyembelih anakandanya Nabi Ismail a.s. Sudah tentu ketaatan ini bukan calang-calang orang yang mampu melaksanakannya. Sudah tentu hamba Allah yang benar-benar kenal Tuhannya dan berkeyakinan penuh dengan janji Tuhannya sahaja yang mampu menyahut arahan ini. Bayangkan , sudahlah lama menunggu kelahiran seorang putera namun ketika putera itu sudah remaja diperintahkan Allah untuk berpisah dengannya dengan cara yang sangat tragis. Firman Allah SWT : Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".(QS al Saaffat 102).

Apabila kita mengkaji keseluruhan  perjalanan hidup Nabi Ibrahim a.s, fahamlah kita bahawa liku-liku perjuangan menegakkan gerakan massa bagi  menggantikan keimanan rakyat yang bertuhankan berhala kepada hanya mempertuhankan Allah semata-mata. Perjuangan penuh berliku ini telah membentuk watak Nabi Ibrahim as sebagai pejuang tauhid yang sangat tegar.  

Sejak dari awal lagi Nabi Ibrahim a.s mengajar masyarakat mengenal Tuhan yang sebenar . Firman Allah SWT : Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).(QS al an’am ayat 76-79)

Nabi Ibrahim berani berdebat berkenaan ketuhanan dengan Raja Namrud . Sudah tentu tindakan itu berisiko tinggi namun itulah gelagat hamba yang sangat kenal siapa Tuhannya dan sanggup membayar dengan apa juga harga agar Tuhannya tidak disyirikkan. Firman Allah : Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (QS al Baqarah ayat 258).

Seperti dijangka harga yang perlu dibayar oleh Nabi Ibrahim a.s dalam perjuangan mulia ini adalah penyeksaan. Pejuang tauhid ini perlu dibakar pada pandangan penguasa ketika itu. Firman Allah SWT : (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya! (QS al anbiya’ ayat 68)Ternyata Allah telah menyelamatkan pejuangNya di atas muka bumi. Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".(QS al anbiya’ ayat 69)

Maka tidak peliklah begitu kental iman Nabi Ibrahim a.s. selepas berjaya melepasi liku-liku memperjuangkan hak Allah terus kekal dilaksanakan oleh hamba-hambaNya. Ia sangat penting bagi pejuang –pejuang tauhid di Malaysia agar menjadikan perjuangan Nabi Ibrahim sebagai inspirasi meneruskan perjuangan menghadapi segala cabaran yang  menggugat hakimiah (ketuanan)  Allah di atas mukabumi ini. Di samping cabaran sedia ada yang mencabar ketuanan Allah SWT di tanah air kita seperti gerakan pluralisme agama, liberalisme, anti hadith, syiah, gerakan kristianisasi kita digemparkan pula dengan gerakan anti kewujudan Tuhan atau atheist. Benarlah firman Allah bahawa pada perjalanan hidup Nabi Ibrahim a.s. ini ada contoh ikutan yang baik. Firman Allah SWT : Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik. (QS al Mumtahanah ayat 4)

Petikan dari kuliah Maghrib oleh Ustaz Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak ( Penasihat Maaruf ) di Masijid Abdul Rahman Auf (Maaruf), Taman Rapat Koperasi, Ipoh @ 8 Zulhijjah 1438H

Sunday 20 August 2017

1/2 Semi-Detached , Venice of Perak, Lumut - Pembaikan Semula

Penyewa terakhir telah memberi notis untuk berpindah dan rumah dikosongkan bermula Feb 2017. Sebaik penyewa keluar, rumah diperiksa, MashaAllah, masih ada penyewa sebegini, sekeliling dinding dalam rumah diconteng dengan artline permanent ink, rumah kotor tak dijaga, dinding ditebuk sehingga ke tiles bathrooms, pavement kaki lima di pecah semasa mengganti paip dan ditiinggalkan begitu sahaja.

Bermula Feb 2017 juga kami berulang alik setiap minggu mengikut kelapangan dari Ipoh ke Lumut untuk membaik pulih rumah semana yang mampu, hingga Ogos, kami mengupah orang untuk mengganti tiles bilik mandi, membaiki pavement, menggantikan paip utama dan sebagainya.  Memang tidak berbaloi jika kita dapat penyewa yang tidak bertanggungjawab kerana apabila mereka keluar sewa 10-12 bulan yang dikutip sebelum ini terpaksa dibelanja untuk membaiki segala kerosakan. Itu belum lagi penat lelah membaiki sendiri rumah.

Inilah keadaan rumah sesudah dibuat pembaikan dan cat semula :



















Berminat untuk membeli ? sila e-mail ke   mdrosdee@yahoo.com 

 

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...