Saturday 11 November 2023

Backpack Hat Yai - Pakbara,Satun - Koh Lipe ( 4D/3N )



Last minute plan  Ke Hat Yai kerana masih ada  Thai Bath berbaki selepas ke Bangkok Julai lepas, tambah pula sekarang senang nak ke Pdg Besar sebab dah ada direct komuter dari Ipoh ke Butterworth/ Padang Besar ( sebelum ini komuter hanya bermula dari stesen Padang Rengas ).


Sekira nak ke Hat Yai & nak catch up train Padang Besar ke Hat Yai [ train tersebut bertolak 8:55am  ( waktu Thai ) / 9:55am (waktu M'sia ) ], perlu naik 1st komuter dari Ipoh, jam 4:40am, turun stesen Bukit Mertajam dan naik komuter dari B.M ke Padang Besar selewat-lewatnya 7:06am ( train yang sama dari Butterworth jam 6:55am ) 






Train ke 2 ( last ) dari Pdg Besar ke Hat Yai adalah pada jam 3:40pm ( waktu Thai ) / 4:40pm  ( waktu M'sia ).  Tambang train ke Hat Yai ialah THB50 @ RM8.00, beberapa bulan lepas tambangnya RM7.00. Tambang naik sebab kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sejak kebelakangan ini.


Sekiranya tidak sempat naik kedua-dua train ke Hat Yai, sentiasa ada van ke Hat Yai yang menunggu di sebelah stesyen KTM Pdg Besar dengan tambang RM30. 
Perjalanan dengan train ke Hat Yai mengambil masa 50 minit.




Terminal train ke Hat Yai bersebelah terminal komuter/ETS. Beli tiket train ke Hat Yai dulu then proceed ke bhg Immigresen M'sia and Thai di dalam bangunan stesyen KTM yang sama.



Sim kad Thai ada di jual di kiosk  tingkat atas stesen KTM, sim kad  1Gb 24 jam THB49    (RM8 ).....15Gb , 8 hari THB299 ( RM39 ), saya kekalkan guna U Mobile, set data roaming... U Mobile charge RM10 / 24 jam untuk unlimited data.













01/11/2023 ( Rabu ) - Day 1 :

Selepas makan tengahari di Hamid Restaurant, terus naik tut-tut ( TBH50/pax) untuk check-in  di Bhava Residence ( recommended... bilik bersih, Agoda review : 8.9/10 ), area berdekatan Central Festival & Asean Night Bazar ( dalam 200m ). 1st time duduk area sini, selalu di area Lee Garden Plaza /area Red Planet












Central Festival


Sebelum naik tut-tut ke apartment. kami book van ( van sharing ) kerana plan nak ke Pakbara, Satun esoknya dan tidor di Pakbara. Tambang THB200 ( RM26/pax ). 


tour agent sebelah Lee Garden Plaza

02/11/2023 ( Khamis ) - Day 2

Selepas pekena roti canai & kueh di Kelantan Restaurant ( dlm 200m dari Lee Garden     Plaza ), kami terus tunggu van di depan office tour agent.  Pakbara, Satun adalah lebih kurang 120km dari Hat Yai  dan driving ambil masa dalam 1 1/2 ke 2 jam, dalam perjalanan, van singgah di Hat Yai International Airport untuk pick up 2 couples dari Ukraine.


van yang amat selesa








jauhnya pulau-pulau dari Pakbara



Kami tiba di Pakbara jam 1:00 tengahari, 1st time sampai, pekannya macam sunyi aje😳 tanya tour agent tu, dia kata memang agak sunyi bila weekdays, terus kami tak jadi nak bermalam di situ & mujur belum book hotel lagi. Last-last kami tukar plan naik speedboat ke Koh Lipe 


Tanpa plan kami terus beli tiket speedboat pukul 1:30pm. Harga tiket THB600 @ RM78/pax. Sebelum masuk ke terminal jetty, untuk foreigners kena bayar THB220 @ Marine National Park fee THB200 @ RM26/pax dan THB20 ( RM2.60) utk pier/jetty fee😮, sementara tunggu speedboat kami book bilik @ Sunset Beach Resort. Perjalanan speedboat adalah selama 1 jam 30 minit. Kami naik Polisiam Speedboat.




entance ke Pakbara Pier, kena bayar THB220




Pier 5 : tempat menunggu boat
















Tiket juga boleh dibeli secara on line, tapi harga lebih THB100 ( RM13 ) sebab ada service fee.  Klik Di sini untuk booking on-line thru Thailand Ferry.






Kalau malas nak naik speedboat thru Pakbara Pier, boleh saja naik speed boat dari Langkawi tapi harga tiket agak tinggi sikit. Boleh booking & Klik Di sini . Tiket pergi balik RM312


















Check-in di Sunset Beach Resort














view dari bilik




Biasanya kalau book hotel thru  Agoda, semuanya ada aircond ( kecuali Cameron Highland ) tapi kalau di Koh Lipe kami terkena book bilik tanpa aircond walaupun unit aircond terpasang di dinding, kalau nak guna aircond, kena tambah THB200 ( RM26 ). Bila dah bayar tambahan, staff resort akan buka kunci padlock di main suis dan hidupkan suis aircond. Bila dah makan di kedai makan, baru tau caj bil  elektrik di pulau ni 2 kali lebih tinggi dari daratan Thailand sebab bekalan eletrik menggunakan generator.

Resort yang kami duduk fully booked dan majoriti " jiran-jiran " kami orang Spanyol.

Waktu malam, kami berjalan keluar 1km ke walking street dekat Koh Lipe pier untuk cari restoran muslim 





Kiri kanan Walking Street sepanjang lebih 100m macam-macam kedai ada...restoran muslim, 7eleven, tempat massage. cafe, bar, restoran seafood, kedai baju. cenderahati dan macam-macam lagi













kedua-dua restoran operated by muslim.



03/11/2023 ( Jumaat ) : Day 3
Hari Keputeraan Sultan Perak, Raja Nazrin Shah





breakfast







Check-in Varin Beach Resort










Highly recommeded Varin Beach Resort ini sebab resort menghadap pantai yang cantik, restoran-restoran makanan Muslim dalam 30m , tempat naik bot dalam 50m & masjid Al Marhamah cuma dalam 80m. 










Solat Jumaat di Masjid Al Hamimah i.e 500m dari Walking Street









 
ada sapa-sapa yang boleh tolong translate














Sebelah petang booked siap-siap tiket untuk naik Bundhaya speed boat ke Pakbara pier dan van ke Hat Yai esok, dinasihatkan beli tiket sehari awal sebelum perjalanan, takut-takut waktu perjalanan yang kita hendak, habis



04/11/2023 ( Sabtu ) : Day 4


brisk walk dari beack - walking street - masjid Al Marhamah







breakfast



menyeberang balik ke Pakbara, naik Bundhaya speedboat jam 9:30am









Balik , kapten ni bawak boat laju sungguh, 1 jam dah sampai Pakbara Pier ( masa datang sebelum ini 1 jam 30 min ), 15 minit selepas tu naik van dan kami sampai ke Hat Yai jam 1:30pm, just nice untuk naik train balik ke Padang Besar jam 2:00pm


Alhamdulillah, sepanjang travel, Allah lindungi dan permudahkan perjalanan kami.



Anda mungkin ingin mengikuti perjalanan kami :
























Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...