Last sekali ke Langkawi adalah 27 tahun lepas semasa isteri mengandung anak ke 2. Serik.... anak sulung yg baru setahun tak henti-henti menangis dari jeti Kuala Kedah hingga ke jeti Kuah, bila nak turun semua pakat-pakat pandang kami....hahaha
Pakej SNAP bundle AirAsia kali ini memang berbaloi , Pakej 3H/2M termasuk return tiket flight ( Pen-Lgk-Pen ) dan hotel 2 malam, all-in @ RM178/pax, rasanya dah cukup murah tapi 2 minggu sebelum tu lagi murah @ RM99. Kalau check di website Airasia harga return tiket paling rendah ialah RM168.6. ( Untuk check promo price, masuk ke website AirAsia, click SNAP )
Return flight KL/Pg + Vivanta, Rebak Island pada harga kurang siuman RM99
( harga paling rendah di Vivanta @ RM257/night )
airport lenggang waktu Covid-19
Sewa kereta RM100 @ 3 hari.Proton Saga Auto....urusan sewa menyewa mudah, kereta ambil di airport, nak sewa whsp no atas. Kalau di airport, kiosk² sewa kereta charge RM50 ( selepas diskaun 50% )
ronda² sat terus pekena mkn tghari
banyak pilihan lauk pauk disini termasuk yang bakar²
hotel ni bagus, azan di music pipe setiap kali masuk waktu solat, seharian bacaan wirid, nasyid & bacaan surah² al Quran sebelum masuk waktu subuh
kolam renang utk wanita, terpisah & tidak kelihatan oleh lelaki
petang smlm anak whsp tiket, katanya hadiah dari Alisa Mikayla @ cucu, dia bgitau syok gi sini....hehehe tq
Utk ke sini, disyorkan tempah tiket online melalui klook, traveloka, wonderfly etc. kerana ianya lebih murah dari beli di kaunter tiket.
Skycab entrance
Konsep skycable & aturan aktivitinya sebijik mcm Blue Mountains, Katoomba, Sydney
we
Sedar² kat 4 jam lebih duk atas gunung, skybridge, ke skydome, skyrex & 3D art museum Lepas turun dari Gunung Machinchang,perut pun dah lapar, pekena laksa, cha kue teow, rojak di tepi pantai cenang sebelah airport sambil tengok kapalterbang landing ...hehehe
Les' copaque
16 Sept 2020 : Hari Malaysia, 5:30pm, menungggu returning flight
Alhamdulillah, kereta yg di park sblh masjid (0.75km dari airport ) selama 3 hari selamat
Anda mungkin ingin mengikuti kembara kami :
Travel Guide Ke Hatyai, Songkhla, Phatthalung, Trang & Krabi ( 4H/3M)
No comments:
Post a Comment