Trip sebelum2 ini kami drive ke Hat Yai tapi kali ini cuba pulak naik komuter, Kami berempat beranak saja kali ini.
Kos ke Hat Yai kali ini RM49/pax ( tiket pergi balik & sewa hotel )
6:36 pagi : Naik komuter dari Stesyen Bkt Mertajam ke Padang Besar, harga tiket RM8.60 ( selepas diskaun 20% dengan menunjuk kad pengenalan sebagai bukti warga M'sia )
Jadual Komuter Butterworth ke Padang Besar
Harga tiket komuter sebelum diskaun 20%
Untuk Info : Komuter ke Padang Besar bermula dari Padang Renggas ( tapi bila sampai di Bkt Mertajam kena tukar coach ke Padang Besar ). Harga tiket Padang Renggas ke Padang Besar ialah RM13.60 ( selepas diskaun 20% )....dirt cheap...hahaha
Jadual Komuter Padang Renggas ke Bukit Mertajam/Butterworth
8:16 pagi : Tiba di Stesyen Padang Besar. Kaunter tiket train Thai ke Hat Yai hanya dibuka jam 10:00 pagi ( waktu Thai : 9:00 ). Jadi ada masa 1 jam 45 minit untuk relex-relex atau pekena sarapan di cafe ground floor atau 1st floor...cafe di 1st Floor lebih besar & banyak menu ).
Arah kaunter tiket train Thai ke Hat Yai : turun komuter terus jalan ke hadapan di platform 2 sehingga penghujung platform, akan ada sign board " State Railway of Thailand "
....atau nampak orang berbaris panjang, itulah kaunter tiketnya.
Masuk ke dalam pejabat " State Railway of Thailand ", ada meja jual tiket. Harga tiket ke Hat Yai murah ya amat murah, THB50 ( RM7.00.... tukaran wang asing THB10 = RM1.385 ), duit Malaysia jatuh teruk !!....dulu-dulu RM tinggi dari THB, sekira terlepas tren, ambik van ke Hat Yai, tambang THB 50 seorang.
Total tambang dari Bkt Mertajam hingga ke Hat Yai : RM15.60, kalau dari Padang Renggas ke Hat Yai : RM20.60.
Lepas beli tiket, beratur pulak untuk cop passport di Thai Immigresen di bilik sebelah kaunter tiket.
Jadual Train ke Haadyai : masa mengikut waktu Thai i.e lewat 1 jam dari waktu Malaysia
Perjalanan dari Stesyen Padang Besar ke Stesyen Hat Yai mengambil masa 1 jam.
Sebelum check-in, pekena lunch di Salma restaurant
Check-in di Lee Gardens Hotel, hotel dalam 650 meter dari Stesyen keretapi Hat Yai
RM70 semalam
Kali ini datang ke Hat Yai, saje2 Jalan2 Cari Makan & jalan sekeliling bandar tanpa naik Tut-tut.
Durian THB 100,000 sekilo
Syok tengok peniaga ni belah durian
Restauran wajib singgah kalau nak makan pulut ayam terbaik - Restauran Kai Tod Decha, kalau dengar nama kedai macam tak berani nak malkan... restoran owned and operated by Muslim, jangan tak pergi kalau ke Hat Yai....cuba juga try nasi beriani.
Restauran Kai Tod Decha ( waze nama ni )
3 jenis pulut wajib makan bila ke Hat Yai
Pulut Durian - memang marbeles
Pulut Mangga - memang tak terkata
Pulut Ayam di Kai Tod Decha memamg hingga menjilat jari
Kalau malam , jalan-jalan cari makan kat area Lee Gardens Plaza, ramai peniaga macam pasar Ramadhan, 90% peniaga muslim
Meriah, area Lee Gardens Plaza
Jadual Padang Besar - Bukit Mertajam/Butterworth
Jadual Bukit Mertajam - Padang Renggas
Balik ke Padang Besar naik tren 2 petang ( waktu Thai ) and sampai Padang Besar jam 4 waktu Malaysia. Sampai di sana, baru beli barang-barang di Bazar Padang Besar sebab harga lebih murah berbanding di Hat Yai bila convert THB ke RM.
Anda mungkin ingin mengikuti kembara kami seperti:
No comments:
Post a Comment