Sunday 13 August 2023

Backpack Bangkok : 6H/5M


1st time travel 3 tahun selepas PKP Covid-19 dilaksana Mac 2020. Filght AA kami ke Hua Hin, Thailand juga sebelum ini pada Mei 2020 dibatalkan oleh AA. Tiket ke Bangkok kami booked sebulan sebelum flight. Harga return tiket RM360/pax. Dua-dua flight yang kami pilih adalah sebelah petang. Jika kami pilih flight sebelah pagi ( 9am ) harga pergi / balik RM300/pax. MYairline juga buat promo ke Bangkok, return tiket RM250/pax tapi kami terlepas pandang๐Ÿ˜ฌ

Kami pergi Bangkok backpack je ๐Ÿ˜€


Total weight cuma 5.2 kg๐Ÿ˜„



26 Aug 2023    KLIA2  ( 14:15pm )    ke    Don Mueang Bangkok ( 15:30pm @ local time )

31 Aug 2023    Don Mueang ( 16:00pm ) ke    KLIA2 ( 19:20pm ) 

Flight ambil masa 2 jam 15 min dan  waktu Thailand awal 1 jam dari waktu Malaysia.

Kebelakangan  nilai RM banyak jatuh berbanding matawang negara lain. Semasa tukaran 10THB = RM1.352, dulu-dulu 10THB = RM1.00 , syok la makan angin & shopping


Brief guide untuk explore Bangkok based on 3/4 hari prepare itinerary sebelum flight... hotel pun booking dalam waktu tu ๐Ÿ˜„ :


Day 1 : Bangkok to Pratunam

Kami booked hotel di KC Place Hotel, Pratunam selama 2 malam. Dari apa yang kami google, untuk ke Pratunam dari Dong Mueang Airport, boleh naik BTS Skytrain tapi kena tukar 3 station, jadi tak mau pening kepala kami naik bus A3 di luar airport untuk terus ke Indra Square, Pratunam ( 50THB seorang ),    

BTS Skytrain : Dong Mueang Airport Station ๐Ÿ‘‰ Bang Sue Station๐Ÿ‘‰ Chatuchak Park Station                          ๐Ÿ‘‰    Phaya Thai  Station ๐Ÿ‘‰ Ratchaprarop Station ( Pratunam )

Bus                : Exit entrance door 6, naik Bus A3 direct ke  Indra Square, Pratunam.






Kalau naik BTS Skytrain ( Bangkok Mass Transit System ) , selepas interchange 3 station, turun di Ratchaprarop Station iaitu BTS line menunju ke Survarnabhumi Airport . Kalau flight landing di Suvarnabhumi Airport, lagi senang nak ke Pratunam, naik ALR Airport Rail Link direct ke Ratchaprarop Station. 



Bangkok Mass Transit System @ BTS Skytrain
       

Naik bus turun di Indra Square, Pratunam, kami terus ke 7Eleven beli dtac tourist SIM card  ( 8 days unlimited data 15Gb & calls ) utk guna google map nak cari KC Place, rupanya 100 meter je seberang jalan & chk-in @ 5pm.


8 days : 399TBH


Bila dah balik M'sia, baru tau kat Lazada pun ada jual sim kad, senang kalau sebelum fly dah ada sim kad Thailand

                                                                                  ๐Ÿ‘‡

                                                                   Thailand Sim Card


KC Place Hotel






Bilik sederhana luas dan cukup bersih, sesuai dgn Agoda rating 8.0 Excellent. Di Bangkok ni kalau hotel kalau price antara RM130 - RM170 dah kira okay. Buat apa cari mahal-mahal, melainkan kalau berbulan madu๐Ÿ˜‚

Rehat-rehat dulu slps Maghrib, keluar cari makan di Samat Muslim Food, kira-kira 50 meter seberang jalan hotel kami.





untuk rough idea harga makanan di sana



Selepas makan malam, terus ke Prutanam Night Mall, kira-kira 100 meter dari hotel, banyak menjual pakaian souvenir, kasut, bag , jam, alat solek dan bermacam-macam barang lain.





Di Pratunam ni, orang-orang shopping menggila terutama geng-geng yang berniaga, sekali keluar membeli, bawa bag besar-besar, setiap kali beli beli sumbat dalam bag besar kebanyakannya dari M'sia, Indonesia, India dan Arab, ada setengah tu  siap buat live sales dari pasar malam.




Day 2 : Pratunam / King Power Mahanakhon

Selepas subuh @ 6:15am jogging ke arah area Ratchathewi ( kalau naik BTS Skytrain turun di Ratchathewi Station ) guna google map untuk cari Masjid Darul Aman, Google map bawa masuk ikut lorong rumah-rumah orang, kena konfiden tahap tinggi nak guna google map ni...hahaha








google map bawak masuk celah-celah rumah orang๐Ÿ˜ƒ


akhirnya jumpa juga, Masjid Darul Aman, area Ratchathewi




Sebelah masjid ialah Rotinis Halal Breakfast yang viral tu, nak beli breakfast duit tak bawa, passport pun tertinggal di hotel,๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ . Pergi balik brisk walk 4.2 km

Hari ni nak ke King Power Manahakhon ( Manahakhon Skywalk )








OneSiam Skywalk arah ke BTS Siam Station


Jalan guna skywalk dari  2nd Floor Platinum Fashion Mall ke BTS Siam Station ( interchange station ) ( hampir 2 km )

Untuk ke Chong Nongsi Station ( station terdekat dengan King Power Mahanakhon ) perlu naik naik BTS Silom Line arah ke Ban Wa dan turun di Chong Nonsi ( station ke 3 dari BTS Siam ).

BTS : Siam Station  ๐Ÿ‘‰ Chong Nonsi Station ( Fare : 28THB )










Pening juga nak cari makan selepas turun di Chong Nongsi, jumpa beberapa perempuan Muslim tetapi susah bertanya sebab local Muslim Bangkok tak tau bahasa melayu ( melainkan yang datang dari Pattani / Narathiwat ) dan English, akhirnya jumpa seorang perempuan  yang boleh cakap English & dia tunjuk tempat makanan halal di shopping complex.




Sebelum naik ke Manahakhon Skywalk ( 78th Floor ), kami google dan pergi ke Masjid berdekatan i.e Masjid Nurun Nasihah ( 1.2km ) untuk jamak Zohor & Asar. ( google map : nurun nasihah mosque ) 









King Power Manahakhon











 takut menggigil dia๐Ÿ˜Ÿ






















Day 3 : IconSiam


Iconsiam ni  menghadap Sungai Chao Phraya





 Phaya Thai Station   ๐Ÿ‘‰  Siam Station ( interchange Station )  ๐Ÿ‘‰ Saphan Taksin Station
  ( Fare : 47 THB )





Untuk ke IconSiam, perlu turun skytrain di Saphan Taksin Station, dan gerak ke arah Exit 2 untuk ke Sathorn Pier ( 30 meter ) untuk menaiki bot menyeberangi Sungai Chao Phraya dan turun di IconSiam Pier dengan tambang 10THB.



Sathorn Pier



Shuttle boat dari Sathorn Pier ke IconSiam Pier


Solat Jumaat di Suwannaphum Mosque kira-kira 600 meter dari IconSiam











Selepas solat Jummat, kembali ke IconSiam untuk cari musolla untuk isteri solat & makan tengahari

Musolla di aras basement : B2 kawasan parking U7 (  Cari tiang B2 U7 )

๐Ÿ‘‡





Selepas solat pi cari makan tengahari di Sook Siam ( food court )  @ ground floor, ramai peniaga Muslim di sini












Yang ini 300% HARAM๐Ÿ˜ฌ



Hari ini kami chk-in Varmtel Hotel ( 600 meter dari IconSiam ) yang kami booked seminggu lepas, masa kami ikut Google Map, isteri tak percaya saya booked hotel ini sebab kiri-kanan kawasan bangunan lama sebiji macam ๐Ÿ‘‡๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚, Saya pun mana la tau sebab saya booked based on Agoda rating hotel ni 9.1 Exceptional ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
















Bilik amat bersih, rating saya  9/10๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘  highly recommended


Rehat kejap dan ke Iconsiam Pier selepas itu untuk boat tour




























Day 4 : Pratunam

Lepas subuh, brisk walk dari Vamtel Hotel ke arah Iconsiam dan pusing-pusing...sejak 3 tahun tiap-tiap pagi brisk walk dalam 2 - 3km , kalau outstation pun, mesti nak brisk walk pagi-pagi juga๐Ÿ˜



Lepas lunch @ Sook Siam di dalam Iconsiam, patah balik ke Pratunam :


Saphan Taksin  Station  ๐Ÿ‘‰ Siam Station ( interchange station )  ๐Ÿ‘‰  Phaya Thai Station  ๐Ÿ‘‰

                              ๐Ÿ‘‰ Ratchaprarop Station ( Airport Rail Link )


Ratchaprarop Station



Check-in di Baiyoke Suite Hotel untuk 2 malam terakhir


Baiyoke Sky tu, ada seorang satu flight book RM352/night


ruang rehat ada dua sofa untuk muat 2 orang untuk tidur๐Ÿ˜€



sekiranya datang berempat, bole booking 1 bilik sahaja๐Ÿ˜ bilik luas cuma hotel lama sikit


Platinum Fashion Mall : 1st - 5th Floor jual mcm-mcm pakaian


6th Floor Platinum Fashion Mall : food court ada kiosk makanan halal


Food stall luar Platinum Fashion Mall banyak makanan halal oleh peniaga Muslim.







Malam ni makan di Maedah Restaurant ( 130 meter dari hotel ) guna google map pusing-pusing sampai 3 kali tapi berhenti tempat yang sama, rupanya kedai tersorok ke belakang sedikit dari tempat peniaga barang-barang malam. Di sini makanan siam ada, makanan arab pun ada.





Day 5 : Pratunam / Ratchathewi / Rama 9

Pagi pekena breakfast di Rotinis Halal Breakfast di sebelah Masjid Darul Aman ( 330 meter dari Ratchathewi BTS Station )








Jika ke sini, cuba makan Pulut Ayam, penjualnya berniaga di sebelah kanan pintu masjid dan ayam digoreng disitu, memang sedap๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


kemudian ke Jodd Fairs DanNeramit

Ratchathewi Station    ๐Ÿ‘‰      Ha Yaek Lat Phrao BTS station  ( 450 meter ke Jodd Fairs )











Dari Ha Yaek Lat Phrao BTS station kami kembali ke Ratchathewi Station, elok-elok hampir waktu maghrib dan dapat solat berjemaah di Masjid Darul Aman




Masjid Darul Aman

Hari ini jauh sangat berjalan ( average sehari berjalan 3 - 4km dan ada sehari tu total jalan kaki 11km ๐Ÿ˜ฌ )  kami decide utk 1st time naik Tuk-tuk.




Day 6 : Dong Mueang Airport

Ke Airport naik Bus A3 yang sama di hadapan Indra Square, Pratunam, jalan tidak jam dan ambil masa 25 minit sahaja ke airport




Dinasihatkan jika ingin solat di airport jangan check in terus ke dalam area Departure kerana surau terdapat di kawasan Arrival dan disebabkan tiada surau didalam, terpaksa solat di bahagian public area sebelah entrance gate


waiting area flight ke KLIA2

Semoga blog ini sedikit sebanyak membantu untuk mereka yang ingin ke Bangkok๐Ÿ˜ƒ


Makanan Halal :

Samat Muslim Food, Ratchaprarop Road, Pratunam
Rotinis Halal Breakfast : Sebelah Masjid Darul Aman, Ratchathewi
Farida Fatornee : 150 meter dari Masjid Darul Aman
Maedah Restaurant : area Pratunam Night Market
Food court : 6th Floor, Platinum Fashion Mall, Pratunam
Yana Restaurant : 5th Floor, MBK Mall



Anda mungkin ingin mengikuti kembara kami :

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...