Sunday 31 December 2023

Bali & Nusa Penida 2023 ( 5D/4N )

 




Kami berempat ke Bali. Harga tiket AirAsia RM380/pax return ( tahun 2018, kami berdua shj ke sini dengan harga RM190 return tiket ). Selepas PKP Covid-19, harga tiket AA kemana-mana pun tidak semurah dahulu. Mujurlah IDR tidak banyak berubah, tukaran pada waktu perjalanan RM1 = IDR3,284


Dua hari sebelum flight beli siap-siap eSim untuk internet thru Shopee, senang activate tanpa perlu sim kad ( sebelum beli make sure eSim compatible dengan model phone kita, check phone listing supplied by seller )



Sebelum flight, book siap-siap motor thru Klook, agent yg supply motor akan tunggu kita di parkir airport utk kita pick-up, advisable sewa Honda Vario @  motor 125 cc ke atas sebab kalau naik turun bukit ( terutama di Nusa Penida yg berlengkok-lengkok naik turun bukit ) legih selamat sbb enjin power sikit .




Jangan lupa untuk ambil takaful coverage thru Etiqa Takaful TripCare 360, covered cashless overseas medical care ( RM300,000 ),  delayed flight, beg rosak, kecacatan kekal/kematian    ( RM900,000 ) etc. Sumbangan takaful hanya RM73.50 utk 4 orang ( RM18/pax )


Kembara kami kali ini ride Honda Vario sejauh 312 km @ 5 hari covering Denpasar, Uluwatu, Sanur, Ubud, Tanah Lot, Seminyak, Kuta & Nusa Penida. Cuma tak sempat nak cover Kintamani / Mount Batur sebab tak jauh dah, dari Ubud cuma 30 km sahaja.


06/12/2023 : Day 1 : Denpasar / Uluwatu












Keluar airport terus cari motor berdasarkan location yang diberi oleh agen yang menyewakan motor. Untuk sewa motor kita sepatutnya kena ada international driving licence, tapi kami tak buat pun sbb sebelum ni guna driving Malaysia dah ok ( Utk buat international driving licence, caj yg dikenakan JPJ ialah RM150, licence valid for 1 year ). Masa pick up motor, dia mnta copy pasport & bila bagi lesen memandu M'sia, dia okay je.




Lepas dapat motor terus google stesen petrol terdekat & isi  minyak penuh tank ( IDR10,000 @ RM3.30 / liter ). Total petrol untuk 5 hari dgn mileage sejauh 312km : IDR102,000 @ RM33 / per motor @ 10 liter. Kami terus ke  Pandawa Hill Resort  ( 16km dari I Gusti Ngurah Rai ).





Pandawa Beach Resort



Keluar hotel, terus ke Pandawa Beach ( 1.5km ) entrance fee IDR15,000 @ RM4.60






Dari Pandawa Beach ke  Pura Uluwatu  ( 14km )  utk sunset viewing. Entrance Fee : IDR50,000/pax.  Disebelah tebing jurang ( cliff ) ada area persembahan Kecak dance, dah 2 kali datang pun x berminat nak tengok. Entrance fee ke Kecak dance IDR100,000 / RM30













On the way balik hotel singgah di  Waroeng SS ( Spesial Sambal ) , marbeles makanannya dan pedas berapi, ada 100 outlet di Indonesia, dan 2 di Malaysia @ TTDI & Setia Alam.









07/12/2023 : Day 2 : Uluwatu / Sanur / Nusa Penida

Gerak awal pagi dari Pandawa Hill Resort ke  Pelabuhan Sanur  untuk menaiki boat ke Nusa Penida ( Location parkir : Pelabuhan Sanur. Jl Pantai Matahari Terbit ), di sini disediakan ruang parkir berbayar untuk kereta dan motor ( parking motor 1 hari : IDR25,000 @ RM7.60. 



menuju ke parkir Pelabuhan Sanur

menuju ke kawasan parkir di Pelabuhan Sanur


parkir moto IDR25,000 / hari


Naik bot ke Nusa Penida  jam 8:30 pagi. Tiket kami beli thru Klook, harga RM33 / sehala        ( harga berbeza mengikut company yg menyediakan boat )



ke speed boat Sanur - Nusa Penida







45 minit perjalanan speed boat ke Nusa Penida


kata crew boat :  "bye-bye Kas Ros "..." Selamat Pagi Cikgu " Upin Ipin cukup terkenal di Indonesia

Entrance fee ke Nusa Penida   : IDR25,000 @ RM7.60 / pax. Sewa Vario IDR85,000 @ RM25 sehari untuk ronda-ronda Nusa Penida


check-in @ Cemara Beachfront ( 10km )


pantai menghadap hotel, airnya crystal clear

Jika menginap di Cemara Beachfront  , boleh book scooter dari hotel, boleh contact Pak Made HP ; 081359000127.

Selepas rehat terus ride ke  Kelingking Beach ( 21km ). Di Nusa Penida ini kena berhati-hati ride sbb jalan kecil, turun naik bukit dan setengah tempat jalan berbatu-batu tiada tar, macam naik kuda...hahaha













proceed ke Broken BeachAngel's Billabong ( 10km ), nak masuk area ni macam naik kuda, ada sebahagian jalan berbatu-batu dan tiada tar, tapi view breathtaking. Entrance  fee IDR1,000K/pax

menunggang kuda besi...hahaha


Angel's Billabong

Angel's Billabong di belakang




Broken beach, 50 meter dari Angel's Billabong


broken beach











08/12/2023 : Day 3 : Nusa Penida / Sanur Port / Ubud

Kami ambik boat awal pagi & dari Pelabuhan Sanur ke Ubud ( 22 km ) utk check-in di Bali Dream Resort Ubud ( resort ini  saya highly recommended )






tiba hotel awal, menunggu sementara bilik disiapkan



Bali Dream Ubud, highly recommended.


Alas Harum Bali ( 11km ), Entrance Fee IDR50,000 @ RM15 / pax

Alas Harum Bali, a greenery lush tropical rice terraces inspired, with 8 hectares area. Located in the heart of Tegallalang, 20 minutes ride from Central Ubud and 30 minutes from Kintamani.

Designed to provide a memorable experience, for adventure seekers to fun and instaworthy photo hunters. Enjoy the expansive iconic three-layered pool for those wanting to relax and soak in the day away from the bustling life, with 2 restaurants for culinary connoisseurs prove you that Alas Harum Bali is the perfect hideaway for any occasion, whether you’re leisure, romantic, or business, relax and recharge your mind at ease. Whatever you are looking for, discover your perfect escape at Alas Harum Bali.



kopi luwak













Monumen Presiden Soekarno ini dianyam dari buluh



 




Tegalalang Rice Terrace



Ubud Palace



09/12/2023 :  Day 4 : Ubud / Tanah Lot / Seminyak

Pagi-pagi jog di Campuhan Ridge Walk ( 1 km ) selepas 4 hari ' cuti ' berjoging









Tegenungan Waterfall ( 12km ) Entrance Fee IDR20,000










Taman Dedari  ( 17 km )



Di luar Taman Dedari berjumpa Lilis Karlina ( solo traveller dengan bermotor) yang menuntut di Universiti Bengkulu di dalam bidang Perbidanan. Peramah orangnya, kita jumpa lagi nanti di Kuala Lumpur, inshaAllah




Merempit terus utk check-in di 7 Bidadari Boutique Hotel , Seminyak  ( 30 km )


Sebelah petang ke Tanah Lot ( 17 km ), anak masa nak masuk etrance gate cakap pelat Indonesia, so staff tu charge entrance fee IDR20,000/ RM7 / pax ( untuk foreigner : IDR60,000 )












10/12/2023 : Day 5 : Seminyak / Kuta / Denpasar

Ole-ole Bali boleh dibeli di Krisna Oleh-Oleh, Agung Bali  & Joger . Di kedai-kedai cenderahati ini semuanya ada dari A to Z  , cuma siapkan rupiahnya aje...hahaha





Agung Bali

Joger

Kuta


Kuta Beach, berhadapan Hard Rock Cafe

Kuta Beach




ride ke airport


Makanan Muslim :

Waroeng SS ( Spesial Sambal ), Uluwatu
Warung Coconut , Nusa Penida
Warung Adi Nasi Ayam Bali, Sanur ( mahal sikit sbb 
Pak Jokowi pernah makan di sini...hahaha )
Warung Barokha Surabaya Pak Kumis , Ubud ( sedap )
Warung Mbak Arin Ubud
Ayam Tulang Lunak Bu Lik Berawa ( mmg sedap ) warung otw Tanah Lot ke Seminyak
Warung makan Nikmat, Kuta ( mmg sedap )
Bakso Solo Samrat, Kuta ( mmg sedap )


Perjalanan dengan motor bagi kami lebih praktikal disebabkan setengah kawasan jalannya cukup jam dengan motornya terlampau banyak, tak pernah tengok  rider motor sebanyak ini di Malaysia, ride dengan motor ini menyeronokkan sebab kita boleh plan perjalanan kita berbanding melancung mengikut agen perlancungan cuma ianya agak meletihkan ( di atas scooter 312km ) dan perlu berhati-hati di atas jalanraya


Anda mungkin berminat mengikuti :















































Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...