Tuesday 15 September 2020

Langkawi : 3H/2M, AA Snap Special

Last sekali ke Langkawi adalah 27 tahun lepas semasa isteri mengandung anak ke 2. Serik.... anak sulung yg baru setahun tak henti-henti menangis dari jeti Kuala Kedah hingga ke jeti Kuah, bila nak turun semua pakat-pakat pandang kami....hahaha

Pakej SNAP bundle AirAsia kali ini memang berbaloi , Pakej 3H/2M termasuk return tiket flight  ( Pen-Lgk-Pen ) dan hotel 2 malam, all-in @ RM178/pax, rasanya dah cukup murah tapi 2 minggu sebelum tu lagi murah @ RM99. Kalau check di  website Airasia harga return tiket paling rendah ialah RM168.6. ( Untuk check promo price, masuk ke website AirAsia, click SNAP )


Return flight KL/Pg + Vivanta, Rebak Island pada harga kurang siuman RM99
( harga paling rendah di Vivanta @ RM257/night )

airport lenggang waktu Covid-19



Sewa kereta RM100 @ 3 hari.Proton Saga Auto....urusan sewa menyewa mudah, kereta ambil di airport, nak sewa whsp no atas. Kalau di airport, kiosk² sewa kereta charge RM50 ( selepas diskaun 50% )
 

ronda² sat terus pekena mkn tghari 



banyak pilihan lauk pauk disini termasuk yang bakar²


hotel ni bagus, azan di music pipe setiap kali masuk waktu solat, seharian bacaan wirid, nasyid & bacaan  surah² al Quran sebelum masuk waktu subuh




kolam renang utk wanita, terpisah & tidak kelihatan oleh lelaki

















petang smlm anak whsp tiket, katanya hadiah dari Alisa Mikayla @ cucu, dia bgitau syok gi sini....hehehe tq

Utk ke sini, disyorkan tempah tiket online melalui klook, traveloka, wonderfly etc. kerana ianya lebih murah dari beli di kaunter tiket.

Skycab entrance







Konsep skycable  & aturan aktivitinya  sebijik mcm Blue Mountains, Katoomba, Sydney




we

Sedar² kat 4 jam lebih duk atas gunung, skybridge, ke skydome, skyrex & 3D art museum Lepas turun dari Gunung Machinchang,perut pun dah lapar, pekena laksa, cha kue teow, rojak di  tepi pantai cenang sebelah airport sambil tengok kapalterbang landing ...hehehe



 




Les' copaque

16 Sept 2020 : Hari Malaysia, 5:30pm, menungggu returning flight



Alhamdulillah, kereta yg di park sblh masjid (0.75km dari airport ) selama 3 hari selamat



Anda mungkin ingin mengikuti kembara kami :


Travel Guide Ke Hatyai, Songkhla, Phatthalung, Trang & Krabi ( 4H/3M)
















Friday 31 July 2020

Tahnik & Bercukur : Alisa Mikayla Muhammad Muhsin







Ibu mula sakit-sakit nak bersalin semasa atas Lebuhraya Utara Selatan, area Tapah semasa nak pulang hujung minggu ke Ipoh and terus ke hospital.

Alhamdulillah selamat melahirkan Alisa di hospital Ipoh walaupun perancangan awal untuk bersalin di Shah Alam.


Nama            Alisa Mikayla Muhammad Muhsin

Tarikh Lahir   : 17 Julai 2020 ( Jumaat ),  2:41pm

Tempat Lahir :  Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Berat             : 2.7kg

Tarikh discharge : 19 Julai 2020 ( Ahad )







                                                                    







Tahnik oleh Y.Bhg. Ustaz Dato' Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak @ 25 Julai 2020              ( Sabtu )

    




                                   


Bercukur  @  28 Julai 2020 oleh bapanya.




    
Anda mungkin ingin mengikuti kembara kami seperti dibawah :

























Wednesday 27 May 2020

Eid Mubarak 2020 : Embracing The New Normal



Tak pernah satu keluarga dpt solat berjemaah 5 waktu berterusan melebihi 2 bulan
Berterawih sebulan tanpa meninggalkan rumah
Tetiba diperkenankan menjadi Imam Besar Solat Eidul Fitri

Banyak hikmahnya Covid-19 ini.





















Thursday 13 February 2020

Hibah


Hibah adalah amalan sunat yang digalakan didalam Islam dan dari segi syarak ianya merupakan satu aqad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seorang yang lain ketika hidupnya tanpa sebarang balasan dan sebagai tanda kasih sayang.

Surah Al-Baqarah [2] : Ayat 177 :
"...dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi..."

Rukun Hibah terbahagi kepada 4 : i. Pemberi Hibah : orang yang memiliki harta  ii. Penerima Hibah : penerima yang akan menerima harta dari pemberi hibah  iii. Harta yang dihibah : pemilikan sempurna oleh pemberi hibah  iv, Aqad : Ijab dan Qabul

Antara  sebab-sebab mengapa hibah dibuat : anak semuanya perempuan, ada anak angkat, pasangan tiada anak, individu belum berkahwin, ada anak lelaki & perempuan dan harta ingin diberi sama rata, tiada kos guaman dan mahkamah, perwarisan harta lebih mudah & cepat dan lain-lain.














جَزَاكَ ٱللّٰÙ‡ُ Ø®َÙŠْرًا  kepada dua rakan jemaah masjid : Tn Hj Abd Rahman, Hakim Kanan Mahkamah Syariah kerana mengedit & menambah baik draf hibah & En Fadzil, peguam syarie yang memberi nasihat legal aspects of hibah dan sebagainya.


Semoga perkongsian dokumen hibah ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin membuat hibah, inshaAllah.


















Saturday 1 February 2020

Travel Guide Ke Hatyai, Songkhla, Phatthalung, Trang & Krabi ( 4H/3M)



Perkongsian info & pengalaman kepada mereka yang belum pernah memandu memasuki Thailand  & plan drive hingga ke Krabi :

HARI 1 :

5:40am  : sampai di kedai buat insuran kereta di Changlun, plan untuk masuk border awal sebab nak elak jam, esok Tahun Baru Cina



ada banyak kedai buat insuran di sepanjang jalan ke Bkt Kayu Hitam


Perlu ada salinan kad pendaftaran kenderaan & pasport ....untuk mudah suruh mereka prepare kesemuanya untuk kita :


i.  insuran  :  insuran yang wajib kena ambil adalah insuran yang cover tubuh badan kita, harga dalam RM30 lebih, tapi amat disyorkan ambil 3rd party untuk cover kereta, coverage kemalangan kerosakan kereta hingga THB200,000. Kalau kita tak ambil 3rd party, andainya kita langgar kereta orang then orang tu claim kerosakan kereta, katakan RM10,000, kita kena keluar duit dari poket kita sendiri






ii.  arrival & depature card ( TM6 / White Card )
Kad akan di cop oleh imigresen Thai  dan perlu disimpan & diserahkan kembaI kepada      imigresen  Thai bila  melalui sempanan untuk pulang ke Malaysia


                                                                        


iii.  Borang TM2 dan TM3 ( 2 salinan untuk setiap borang )
Satu salinan borang TM2 & TM3 diserahkan kepada Imigresen Thai sewaktu masuk dan satu salinan lagi diserahkan kepada imigresen Thai semasa pulang




Kami naik kenderaan MPV, bayaran lebih sikit, untuk insuran termasuk 3rd party, upah isi kesemua borang di atas, bayarannya RM156.00


Sim kad untuk internet

Beli kad AIS unlimited data, boleh guna untuk 7 hari, yang lain boleh connect thru hotspot.


Unlimited data utk 7 hari, surf sampai pengsan...beli kat tempat jual insuran RM20


Etiqa Takaful TripCare 360 ( Optional )

Kami mula ambil takaful sejak travel ke Sydney sebelum ini. Malang tak berbau, kos perubatan diluar negara memang mahal kalau sakit berbanding sumbangan takaful RM75.47( Utk Plan Gold, Utk Silver dalam RM39.41 cuma coverage rendah sikit ). Coverage untuk 1 family i.e suami, isteri & anak2 dari umur 30 hari hingga 23 tahun yg masih belajar, tiada maximum pax covered ( anak 12 org pun semua cover kalau tak lebih 23 tahun ), takaful coverage claim up to RM900,0000 ( kematian & kecacatan kekal ) & RM300,000 ( utk perubatan ) dan lain-lain perlindungan. Kalau kita naik flight, lagi banyak additional coverage.

Untuk apply online < KLIK SINI >, apply online dapat rebate 25% atau boleh apply thru saya....hahaha, buat marketing sikit



Cara melepasi sempadan :


7:30am queue di immigresen M'sia


Selepas pasport dicop imigresenM'sia, pandu kenderaan melepasi imigresen, penumpang perlu turun dari kereta untuk cop pasport di kompleks imigresen Thai sementara pemandu ke terminal imigresen khas utk kenderaan. Satu salinan TM2 & TM3 perlu diserahkan kepada imigresen Thai. Polisi insuran tidak perlu diserahkan dan disimpan dalam kereta



Jem, queue panjang untuk kenderaan melepasi imigresen Thailand di Sadao, Kami melepasi imigresen M'sia jam 7:30 pagi dan selepas 2 jam baru lepas imigresen Thailand.



Sadao - Hatyai ( 45km : 50 minit )

Sampai Hatyai agak awal untuk check-in ke hotel, jadi proceed ke Songkhla Zoo ( 30km dari Hatyai )


Waze  : Songkhla Zoo

Harga tiket  : Dewasa  : THB150                  
                       Kanak2  : THB 70
                       Kereta   :  THB 50

Note :THB10 = RM1.349 @ 22/1/2020




Kawasan zoo agak besar jadi boleh drive-in ( bayar THB50 ) dengan kereta....kami jadi bebudak kejap...hahaha


















Hyena ni mcm anjing serigala, besar & tinggi hingga paras pinggang kita, gerun tengoknya








































Didalam Songkhla Zoo pun ada water park 







Keseluruhannya, Songkhla Zoo ini memang menarik untuk lawatan terutama lagi kalau bawa anak-anak kecil.


Songkhla Central Mosque 


Waze : Central Mosque of Songkhla


( 18km dari Songkhla Zoo , bersebelahan lebuhraya dari Songkhla menghala ke bandar Hatyai ) dubbed as Thailand's Taj Mahal





















































Dibawah masjid ada tempat letak kereta, masjid cantik tapi sayangnya tidak terjaga, kolam berhampiran pintu masuk utama berlumut tebal, tandas kurang bersih & berbau


Restoran Muslim

Jika ingin makan-makan, betul-betul dipersimpangan masuk arah masjid, ada sebuah restoren Muslim ( buka jam 10am -9pm ) , masakannya sedap-sedap juga dan harga berpatutan.
















hafal nama makanan dalam bahasa Thai supaya senang nanti nak order....hahaha





















Check-in hotel di Hatyai & malam keluar balik ke Khlong Hae Floating Market & Asean Night Bazar


Khlong Hae Floating Market

( Waze ; Khlong Hae Floating Market )














small world, tetiba jumpa mak sedara & sepupu 











Asean Night Bazar





HARI 2 :

Hatyai - Phatthalung ( 100 km @ approx. 1 jam 30 minit )





passenger sentiasa happy





Phattalung - Trang ( 60 km  @ approx. 1 jam)









Trang - Krabi ( 130 km @ approx. 1 jam 50 minit )









Masjid di Ban Ao Luek

Krabi




Lewat petang baru nak lunch,







Restoran Firdaus ( depan Masjid Aonang Al-Munuawarah ), masakan sedap tapi quite pricey 


Lepas check-in, malam drive sepanjang jalan Aonang Beach.




Sepanjang jalan sibuk, banyak mat salleh dan bangsa2 lain, diberitahu oleh peniaga kedai makan,  Nov hingga Mei memang peak season,tourist ramai, hotel mahal sikit.

TIP : tour Krabi antara Jun hingga Okt, waktu low season tapi cuaca tak menentu

HARI 3


Sebelum ke Krabi, book island hopping.. ( Longtail Boat ) Krabi 5 Islands + Talucave Day Tour melalui Klook.com, Harga tiket longtail boat RM39.70/pax ( tidak termasuk National Park Fee  ), 

 Kalau naik bigboat tambah RM8 @ RM47.70 ( tidak termasuk National Park Fee )


Package
[Longtail Boat] Krabi 5 Islands + Talucave Day Tour
Lead Person Name
ABD WAHAB MOHD ROSDEE
Booking No.
TEJ970015
Quantity
7 x National Park Fee (Adult), 7 x Adult
Date
26 Jan 2020                                     









PACKAGE DESCRIPTION

Inclusive Of:

  • Hotel round-trip transfers
  • Snorkel equipment
  • Life jacket
  • English-speaking guide
  • Drinking water
  • Fresh fruit
  • Lunch
  • Insurance

Lunch Menu

  • Tom Yum Kung
  • Fried mixed vegetables
  • Fish with chili
  • Chicken BBQ
  • Deep fried chicken with basil leaf
  • Vegetarian food (fried rice vegetarian and BBQ vegetarian)

Not Inclusive Of:

  • Tips (optional)
  • National park ticket (mandatory - THB400 for adult and THB200 for child aged 7-13)

Dietary Requirements

HALAL FOOD










HOW TO USE
  • You can present either a printed or a mobile voucher for this activity
  • The voucher is valid only on the date and time specified

Hotel Pick Up Information:

  • 8:00am-8:30am Krabi Town
  • 8:30am-9:00am Aonang
  • 10:00am Railay
  • The operator will reconfirm your pick up time one day in advance
  • Please arrive at your hotel lobby 10 minutes before the scheduled pick up time
  • The driver can speak basic English
  • As this is a shared transfer, please be patient in cases of unforeseen delays along the pick up route


Untuk book thru Klook.com < KLIK SINI > , kemudian pilih dari 5 pakej yang disediakan



whsp dari orang Bangi yang duduk satu hotel dengan kami, dia beli 7pax RM1,078



Tut-tut akan datang ke hotel kita utk pick-up waktu pagi seperti yang dijanji antara 8:45 - 9:15am ( masa booking island hopping online sila isi nama hotel kita ) & bawa ke jetty perlepasan






family Leon dari France






Bertolak dari jeti jam 10 pagi, booking longtail boat tapi disuruh naik big boat 














Phra Nang Beach ( Railay Bay )




































Koh Tup ( Tup Island ) & Koh Mor ( Mor Island )

Air surut, boleh jalan seberang dari pulau Tup ke pulau Mor







































Chicken Island & Turtle Island







Snorkelling @ Ko Ya Wa Sam
Chicken Island


Turtle Island








Koh Poda ( Poda Island )










































1st Snorkelling @ Ko Ya Wa Sam


















Talu Cave



Oleh kerana ombak agak kuat, boat operator tak benarkan kami snorkelling didalam gua Talu, jadi tukar tempat utk snorkelling di pulau lain





2nd Snorkelling














































Going back


Balik semula ke jeti jam 5 petang, keseluruhannya 7 jam island hopping ( 10am - 5pm )


Hari 4









Waze : Crab Statue Pak Nam, Mueang Krabi








dekat crab statue


Only in Thailand


tiap2 PTT petrol station, ada 7eleven

7E M'sia barang mahal-mahal. di sini murah & banyak offer, sekali henti station minyak kurang-kurang habis 20 minit bila masuk 7E








Malam tu tiba di Sadao jam 10 malam sebelum border tutup jam 12 pagi .



Tukaran Wang 

Sejak kebelakangan RM dah banyak susut, sekarang THB10=RM1.349 @ 22/1/2020


Jalan ke Krabi

Total jarak dari sempadan Bukit Kayu Hitam ke Krabi lebih kurang 350km...pada awalnya takut-takut juga sebab tak pernah drive atas dari Hatyai tetapi dah setengah jam drive dari Hatyai, syok pulalk sebab jalan di sini almost 90% lurus dan jalan 2 lane sehala....rasa-rasanya kurang dari 20km jalan yang hanya 1 lane sehala...jalan lebih banyak guna lebuhraya tanpa tol dari Sadao ke Krabi...pemandu-pemandu di jalan pun berhemah


Family dari Bangi dia orang travel :\

KL - Padang Besar    :   ETS
Padang Besar Hatyai : Train
Hatyai - Krabi             :  Sewa van 10 seater THB 3,300 0ne way


Petrol

Ron 95 disini mahal dari di M'sia i.e THB26.73 seliter = RM3.60 berbanding RM2.08 seliter di M'sia. Minyak untk MPV Unser kami dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi lebih kurang RM120 sehala, kalau kereta mungkin dalam RM80-90 kot


Hotel

Kalau nak mudah cari  makanan halal & ke masjid, cari hotel di kawasan Aonang Beach, disini malam-malam pun happening penuh dengan foreigners ( foreigners termasuklah kita...hahaha )


Makanan Halal

Tak susah cari kedai makan halal di sini, ada di merata-rata sebab Muslim ramai disini terutama kat area masjid Aonang beach, tiap-tiap malam ada gerai-gerai macam pasar malam sebelah depan masjid dan harga amat berpatutan. Jangan lupa cuba pancake, sedapp.


Masjid 

Masjid banyak di sini tapi yang syoknya waktu solat dia orang guna juga speaker luar masjid jadi bacaan ayat al Quran boleh dengar dari jauh


Dobi

Kalau tak mau bawa banyak baju @ nak cuci pakaian basah lepas island hopping, cari mesin-mesin dobi, harga dobi murah THB20, 30 & 40 bergantung saiz washing machine...mesin dobi tak lah macam di M'sia ..lebih kurang mesin pencuci dalam rumah  kita 


Island Hopping

Kalau ikut itinerary, island hopping mula jam 9.00/10.00 tamat jam 3/4 petang, tapi untuk trip kami habis jam 5 petang mungkin sebab tambah lagi 1 island ( jadi 6 island ). Jadi boleh solat jamak di hotel, lagipun kalau pakaian dah lencun tak selesa untuk solat di island2



Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...