Friday 30 August 2019

Backpack Kuching 3H/2M, ( All In : RM270/Pax )


Alhamdulillah dapat tiket murah AirAsia RM94 all-in pergi balik. Satu hala RM47 kira murah sangat-sangat weyyy...Kalau naik ETS dari B'worth ke Kl Sentral pun dah RM59 !!.  Lepas book ke Kuching, tengok ke Langkawi pun gila punya murah...tanpa tengok kalender book juga tiket Penang - Langkawi, pergi balik RM24.00/pax. Check punya check, rupa-rupanya tiket ke Langkawi jatuh pada 5 Ramadhan, ingat dapat le berbuka & teraweh di sana, last-last burn mcm tu je. 

Kos ke Kuching kali ini ialah RM270/pax termasuk return tiket kapalterbang, hotel ,  sewa kenderaan, petrol dan makan-makan. Kalau waktu biasa-biasa tak ada offer pun, murah-murah  tiket pergi balik dalam RM300. Kira kos RM270 cover semua sekali, kira murah le.




Pagi-pagi buta jam 3 pagi, sempat lagi wefie


Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, jam 9:00 pagi, kereta Axia yang kami booking, dah menanti di airport. Kereta kami booking dari Ikram Transport, sewa RM110 sehari..bayar deposit RM100 sebelum tiba di Kuching








Sampai-sampai terus pekena Laksa Sarawak. Mee Kolok & Mee Jawa di Serapi Corner       ( recommended by Ikram tour staff )...tak jauh dari airport






Check in   Merdeka Palace Hotel & Suites, suite kami ada dua bilik, memang berbaloi, besar , lapang & selesa, antara hotel yang sederhana harganya, RM180/night, recommended untuk yang datang bersama family













Merdeka !


Hotel ini dekat dengan tempat-tempat tourist attraction within 1-2 km.


 View sekeliling hotel









Untuk tempoh singkat 3 hari sempat le jalan-jalan sekeliling bandar Kuching, Petra JayaKota SamarahanBau & Serikin, siap sampai ke Pasar Serikin iaitu dekat sempadan Malaysia & Indonesia.


Masjid India Terapung,baru dirasmikan Mac 2019







Area Kuching Waterfront










Gula Apong Ice Cream






Solat Jumaat di Masjid Pusat Islam, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan



breakfast di Kopi O' Corner ( recommended )


Mencuba Tteokbokki

Dinner di Mom's Laksa



Nasi Goreng Ikan terubuk




Muzeum baru negeri Sarawak yang bakal dibuka


Berkesempatan solat di Masjid Al Ghazali ( MH17 ), masjid dibina hasil dari wang pampasan 6 sekeluarga yang meninggal dalam tragedi pesawat MAS ditembak jatuh di Ukraine.













On the way to Serikin, henti di Gua Angin, Bau








Pasar Serikin, pasar sepanjang 1km lebih,  bersempadan dengan  Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia, 55km dari bandar Kuching, travel dalam 1 jam, banyak barang-barang dari Indonesia.











Kalau ke Sarawak, wajib cuba buah Kristal ni, terbaikkkk rasanya, ada cara mcm laici + durian



Masjid Lama Negeri Sarawak - tak jauh dari Kuching Waterfront




Sebelah malam pekena seafood plak.





Kalau nak makan seafood, boleh cari di Topspot Food Court di Tkt ^ atas UTC Kuching...tkt atas tu semua kedai makan seafood...tapi bagi kami makan seafood di Kota Kinabalu  lebih sedap & murah berbanding di sini





Street Art



















Masjid Negeri Petra Jaya










Shopping kek lapis & terubuk masin di Kubah Ria 






Macam-macam jenis Kek Lapis ada :













Harga kek lapis, satu RM10, beli 5 kira RM45

Dekat kedai atas ni lagi murah , satu dia jual RM8.00




Abang ni kata boleh order thru whatsapp, dia akan pos ke semenanjung guna pos laju, bila customer dah terima ikan terubuk masin, baru on-line payment kat dia

Kuching Tour In 14 Minutes








Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...