Persediaan
Kami mengembara berdua sahaja, tidak berani membawa anak-anak sebab ini kali pertama kami ke Seoul tanpa tour guide.
Ini adalah pengembaraan kami ke 4 secara backpackers selepas Bandung, Yogyakarta & Ho Chin Minh. Percutian kami sebelum ini ke beberapa negara adalah melalui tour agent. Bercuti secara backpacker ini lebih flexible dari segi masa dan kos jauh lebih murah tetapi memerlukan perancangan teliti..
Tiket pergi / balik serta hotel kami tempah melalui airasiago.
Antara barang-barang yang kami bawa :
- rice cooker kecil bersama berasmati Moghul ( 1 kilo ), masakan dlm paket Brahim's, sambal cili padi digoreng hingga kering dan anak temenung kecil ( besar sikit daripada ikan bilis ) goreng. Rice cooker tu dh 15 tahun kami guna, pertama kali semasa travel ke Europe, jenama Khind ( free advert utk Khind..hehehe )
- sejadah, kompas kiblat
waktu solat & arah qiblat - Seoul
- ubatan sepert paracetemol, ubat sakit perut & ubat selsema memandang waktu itu hampir ke musim sejuk
- download Jihachul - android app. dari google playstore
apps.
ini akan menunjukkan arah subway ( stn. tempat naik ( depart ), stn
tempat turun ( arrive ) , jumlah subway station yg akan dilalui, stn
transit, masa perjalanan & harga perjalanan. Boleh dikatakan majoriti pengguna subway korea pun ada apps ini seperti yg saya perhatikan semasa di stn subway atau dlm train.
- Optional : boleh juga download i-Tour Seoul / Visit Korea
- adapter agar tidak terputus dengan dunia luar
- dan tentunya Korean Won & US dollar ( 1,000 won = RM3.88, USD1=RM4.28 as at 25/11/2015 )
Untuk mengelakkan sebarang masalah kewangan - standby credit , kami maklumkan kepada bank bahawa kami akan berada di Seoul agar kami tidak mempunyai masalah apabila ingin mengunakan kad kredit..
Kami juga mengaktifkan kegunaan kad atm kami untuk pengeluaran tunai diluar negara. Pengaktifan boleh dibuat di mesin atm @ internet banking
cara aktifkan kad atm utk pengeluaran di luar negara
Hari Pertama - : KLIA2 ~ Incheon International Airport
Ada 2 flight Airasia : ( i ) depart jam 1:00 pagi dan tiba jam 8:20 pagi ( ii ) depart jam 8:00 pagi dan tiba jam 3:20 ptg. Flight 1:00 pagi hari itu lebih RM130 dari flight 8:00 pagi. Kami pilih flight yang tiba jam 8:20 pagi agar kami boleh check-in hotel awal & ada banyak masa untuk round2. Jika kami tiba jam 3:20 ptg di Incheon, kami akan tiba jam 5 lebih di Seoul sedangkan waktu tu sudah gelap ( waktu maghrib jam 5:14 ptg ).
Adalah dinasihatkan ambil wudhuk sblm flight kerana agak sukar untuk berwudhuk di dlm kapalterbang.
Kami tiba di Incheon International Airport jam 8:15 pagi.
Kami terus mencari store GS25 untuk membeli T-money kad untuk kegunaan bayaran transport subway, bus @ teksi. Kad T-Money ni harganya 3,000 Won ( inclusive refundable deposit 500 Won jika kad dipulangkan). Jika kita guna T-Money, kita akan dapat diskaun setiap perjalanan sebanyak 100 Won. T-Money juga boleh dibeli dari convenience store seperti 7-E, CU, Mini Stop, With Me & Buy The Way.
T-Money
Lepas beli kad, kami reload 10,000 won setiap kad.
Cara reload :
Ada 2 jenis train ke Seoul Subway station :
i. keretapi express ~ Airport Railroad Express ( AREX ). tambang 8,000 Won
ii. All stop train, tambang 4,250 Won
Kalau naik bus ke Seoul, tiket dalam lingkungan 9,000 - 10,000 Won sementara taxi 60,000 - 100,000 Won
Arah ke Subway Station
Untuk ke station AREX dan 'all stop' metro subway train, ikut ke sebelah kiri Airport Railroad Travel Centre di tingkat B1 dan selepas itu turun tangga ke tempat menunggu train AREX dan all stop metro subway train ( AREX & all stop train terletak sebelah menyebelah )
ke stn train, ikut kiri travel center di tkt. B1, tak jauh di belakang juga ada machine untuk beli tiket atau reload T-Money
Destinasi kami adalah untuk menuju ke City Hall Station didalam kawasan Namdaemun. Kami transit di Seoul Stn. dan ambil train line 1 ke City Hall dan keluar melalui Exit 4. Hotel kami ialah Best Western New Seoul Hotel, iaitu kira 50 meter dari subway stn.( Boleh view & book thru Agoda.com
Best Western New Seoul Hotel
HARI PERTAMA : GWANGHWAMUN SQUARE
Selepas rehat, kami keluar pusing2 area dekat hotel, rupanya sebelah hotel kami ialah cheonggyecheon stream dan walking distance 300 meter ialah Gwanghwamun Square , Geongbokgung Palace dan Bukchon Hanok Village, Jadi kami cuma perlu berjalan kaki untuk ke tempat-tempat ini, Suasana tengahari tu cukup nyaman, suhu di musim luruh ini adalah 7 darjah celcius.
Hadapan Cheonggyecheon Stream
Dibelakang adalah Seoul Financial Center, hotel kami dibelakang bangunan tersebut
Gwanghwamun Square
Gwanghwamun Square - dibelakang adalah Gwanghwamun Gate iaitu pintu masuk besar ke
Geongbokgung Palace
Bersiar waktu malam di sebelah hotel kami, Cheonggyecheon Stream
Arah ke Gwanghwamun Square
-
Option
1
Subway Line 5 keGwanghwamun Station , Exit 2.
Option2
Subway Line 1 ke Jonggak Station , Exit 1
terus 450 meters untuk tiba di square sebelah kanan.
Option3
Subway Line 3 ke Gyeongbokgung Station, Exit 6.
terus 260 meters arah Gyeongbokgung Palace untuk tiba di square sebelah kanan.
DONGDAEMUN
Selepas Maghrib, kami pergi Dongdaemun Midnight Shopping, kawasan ini banyak jual designers brand clothing, kami cuma tgk2 shj. Antara shopping mall ialah Dotta Mall ( most expensive ), Migliore ( medium pricing ) dan Hello APM ( cheapest tapi tak murah pun ! ).Malam tu kami kami cuma beli cenderahati di kiosk jalanan dan pisang kaki @ persimmon, 9 biji 10,000 won @ rm39. Strawberry nya ( sebesar buah rambutan) 9 biji harga rm70 !!
Dotta Mall
Migliore
Hello APM
Kawasan ni mcm tak tidor...
Dongdaemun Gate
Arah Ke Dongdaemun Midnight Shopping :
Dongdaemun Station, Seoul Subway Line 1 or 4, Exit 8
HARI KE - 2 : ITAEWON & NAMDAEMUN MARKET
Suhu jatuh kepada 5 darjah celcius
ITAEWON
Letih tak cukup tidoq smlm tak abis lagi, jadi pagi ni kami rehat dulu, no hurry, rancang nak solat zohor di Seoul Central Mosque di Itaewon dan kemudian pekena Korean food untuk lunch.
Kawasan Itaewon ini ramai didiami oleh masyarakat Muslim dan pelbagai bangsa dan disini terdapat banyak restaurant dan kedai-kedai makanan halal di Itaewon namun harga makanan dan barang menjadi penentunya, Bagi yang suka makan, elok tinggal di Itaewon.
.
Kami terlewat sampai 15 minit selepas solat jemaah zohor selesai. Jadi kami rancang buat jamak takhir di waktu asar agar dapat solat berjemaah. Disebab waktu masih panjang, kami ambil keputusan untuk lunch di Eid.Halal Korean Food.
Eid Halal Food bersama ownernya, En Yussuf
Kami berdua order Bulgogi ( korean beef bbq ) & Jjim Dak ( braised spicy chicken with vege ) dan kedua-dua menu ini sedap dan tidak mengecewakan.
Bersama tuanpunya Eid Halal Food, En. Yusuf dan isterinya
Selepas makan kami berbual panjang dengan owner restaurant, En Yusuf. Beliau, isteri dan emaknya yang menguruskan restaurant adalah muslim. En Yusuf bagitau anak sulungnya sedang buat Master di UIA, Gombak.
Eid juga menyediakan muslim guesthouse dikenali sebagai Eid Muslim Friendly Guesthouse. Kalau check thru booking.com, harga utk 2 single bed in dormitory rooms lebih kurang RM873 untuk 6 malam. Kalau tinggal di Itaewon cukup senang untuk mendapat makanan halal.
Selesai makan, kami terus ke Masjid, waktu asar adalah sekitar jam 3 petang.
Dalam perjalanan ke Itaewon Station, kami singgah di kedai halal untuk cari makanan, dapatlah capati untuk breakfast.
Korea Today : Muslim in Korea
Arah Ke Seoul Central Mosque / Halal Restaurant, Itaewon :
Itaewon Station - Line 6 , Exit 3
- Jalan lurus 100 meter, ikut kanan ke jalan Usadan-Ro
- Jalan lurus 150 meter ke Usadan-Ro - Gil Road
- jalan 200 meter hingga tiba di Seoul Central Mosque sebelah kiri
NAMDAEMUN MARKET
Dari Itaewon kami singgah ke Namdaemun Market untuk membeli-belah, disebabkan hujan renyai-renyai dan kiosk2 tutup awal, kami cuma sempat membeli cendermata, t-shirt , beg dan kasut untuk anak-anak.
Namdaemun Gate
Arah Ke Namdaemun Market :
Hoehyeon Station - Line 4, Exit 5
HARI KE - 3 : NAMI ISLAND & BANPO BRIDGE
Suhu jatuh kepada 2 Celcius.
NAMI ISLAND
Pagi ini kami plan keluar awal untuk ke Nami Island ( tempat pengambaran " Winter Sonata" ). Kami ke subway station dalam jam 8:30 pagi dan sudah bersedia untuk bersesak bersama pekerja-pekerja yang berkejar untuk masuk ke pejabat. Memang betul seperti yang dijangka, untuk masuk ke train sahaja kami hanya dapat bergerak betul-betul di pintu train yang akan tutup secara auto. Kami kemudian diasak dari belakang oleh penumpang yang ingin masuk. Keadaan betul-betul sendat macam sardin...hahaha. Keadaan mula selesa setelah train berhenti lima atau enam stesyen apabila ramai yang turun juga kerana train bergerak ke luar dari kawasan bandar Seoul. Perjalanan dari City Hall Stn hingga ke Gapyeong Stn mengambil masa 2 jam lebih sebab transit di 2 station ( Cheongnyangni & Sanbong ) dan melalui & berhenti di 28 stations.
Dari Gapyeong Stn ke jeti Nami Island ( jarak dlm 3 km ) perlu ambil taxi atau bus ::
Keluar sahaja dari station, sudah boleh nampak taxi dan bus menunggu di seberang jalan
Tambang satu hala :
Taxi : 3,000 - 4,000 Won ( depending on taxi meter )
Bus : 6,000 Won ( bus akan ke Petite France & kemudian ke jeti Nami Island )
Tiket ke Nami Island ialah 8,000 Won ( entrance fee 5,000 Won & round trip ferry 3,000 Won )
Bagi yang lebih adventurous, boleh ke Nami Island melalui Namiseom Zip Wire dengan gaya flying-fox, dengan tiket berharga 38,000 Won ( RM147 ).
Pulau Nami ini memang cantik, kata isteri saya...hehe. Untuk pengunjung Muslim terdapat restaurant halal dan diatasnya terdapat surau untuk lelaki & perempuan.
Restoran halal ada disini, surau di tkt atas
Arah ke Nami Island :
Transit Transit
City Hall ------> Cheongnyangni -----> Sanbong -------> Gapyeon
( Departure ) ( Gyeongui-Jungang ( Gyeongchun ( Arrival )
Line ) Line )
( Kami naik train dari City Hall station dan turun di station Gapyeon )
BANPO BRIDGE
Kami keluar dari Nami Island dalam jam 4 petang dan dalam train kami plan sebelum balik ke hotel, kami nak pergi tengok Banpo Bridge Rainbow Fountain show. Kami turun di Donjak Subway Station. Waktu tu dah hampir jam 6 petang tapi dah gelap. Kami turun tangga subway menuju ke arah Sg. Han dan dari lelaki korean yang kami tanya tadi, kami perlu berjalan lebih kurang 1.5 kilometer melalui Donjak Bridge dan kemudiannya ke arah Banpo Bridge. Malam tu kami berjalan dalam cuaca sejuk mencengkam dan malam yang sunyi, sekali sekali berselisih dengan orang2 yang jogging termasuk beberapa perempuan yang berjogging secara berasingan. Disini saya rasanya keadaan amat-amat selamat, kalau berjalan di Chow Kit pun saya rasa tak berapa selamat.
Sebelum tiba di Banpo Bridge, kami singgah di convenience store nak beli minuman coklat panas, saya tanya bila show akan mula memandangkan bridge masih gelap tapi malangnya saya diberitahu bahawa fountain show ditutup pada musin sejuk. Jadi kita tengak ajelah show ini di youtube.
Arah ke Banpo Bridge :
Donjak Station, Subway line 4 atau 9, Exit 1 atau 2,
- turun tangga dan terus ke arah sungai
- jalan ke kanan dan jalan sepanjang Sg. Han dan akan lalu dibawah Donjak Bridge dan terus berjalan ke Banpo Bridge, jalan dalam 1.5km
Fountain show : 8pm - weekdays - 1 hour interval
weekend - 30 minute interval
- Closed during winter
TIPS :
Flight : Dinasihatkan traveller ambil flight yang tiba di Incheon Airport waktu pagi ( saya tiba jam 8 pagi ) kerana kita masih punyai waktu i.e setengah hari untuk melawat. Jika tiba Incheon waktu petang, kita akan tiba di Seoul hampir waktu maghrib.
Tempat Tinggal : Saya telah buat silap menempah hotel kerana bimbang keselamatan di Seoul. Namun selepas berada beberapa hari disini, saya berasa lebih selamat berada di Seoul daripada negara sendiri ( jangan marah, ini adalah fakta ! ). Jadi tempahlah guesthouse yang jauh lebih murah. Sebagai perbandingan flight pergi/blk termasuk hotel 6 hari adalah RM1,700/per pax sedangkan guesthouse cuma RM1,200 sahaja. Namun hotel yang saya duduk memang berbaloi sebab bersebelahan dengan City Hall subway station dan berdekatan dengan banyak kawasan perlancongan.
Jumlah Hari Bermalam : Bagi kami untuk melancong secara santai, 6 hari adalah cukup ideal.
Pakaian : Kami tidak menjangka suhu akan turun sehingga negative 2, jadi kami cuma membawa jaket dan kasut biasa sahaja. Sehari dua sebelum pulang, kami terpaksa hadapi cuaca yang agak sejuk sehingga menyucuk jari tangan dan kaki. Oleh itu jika merancang untuk melancong dan merasa waktu salji turun, sediakan pakaian dan kasut khas untuk musim sejuk.
Seoul Metro Subway : Seoul subway adalah yang terpanjang di dunia, ada 9 line train,subway station sehingga 3 tingkat dan lorong Exit sehingga 17 exit !!. Subway sistemnya cukup efisyen, pada pemerhatian kami, jika terlepas satu train, dua atau tiga minit kemudian, train seterusnya akan tiba. . Yang bestnya, kesemua tempat yang kami pergi semuanya berdekatan atau 'walking distance' dengan subway station, jadi sepanjang di Seoul , kami tidak pernah guna bus atau taxi, kecuali semasa dari Gapyeon station ke jeti Nami Island, kami guna teksi untuk perjalanan kurang dari 3km.
Tambang minimum subway ( kurang dari 10km ) ialah 1,350 Won. Jika guna T-Money tambang adalah 1,250 Won ( diskaun 100 Won per way ).
Apabila kita masuk station, kita perlu 'tap' T-Money dipintu kaunter ( turnstile ) dan mesti 'tap' juga di pintu keluar bila keluar dari arrival station. Jika kita tidak tap T-Money bila keluar, the next trip kita akan didenda, dikenakan tambang double.
Untuk guna subway, traveller perlu tahu nak naik dari subway station mana, transit di stesyen mana, dan bila tiba di arrival station, perlu tahu nak keluar exit mana. Tapi dengan adanya Jihachul apps ia menjadi mudah. Di subway station pun adanya banyak papantanda arah, jadi tak lah pening sangat dan didalam train pun ada screen yang tunjuk stesyen2 yang berhenti.
Cuma, satu perkara perlu ambil perhatian, katakan kita dari Seoul Station dan hendak turun ke Jonggak Station. ( Routenya guna train Line 1 melalui Seoul, City Hall, Jonggak, Jogno 3, Jogno 5, Dongdaemun dan seterusnya. ) . Di stesyen subway, arahtanda mungkin tidak ditulis arah ke Jonggak tetapi di tulis ke City Hall atau Dongdaemun. Jadi perlu tahu stesyen sebelum atau stesyen selepas yang ingin dituju. Jika guna line 1 dan tersesat, patah balik ke belakang guna Line 1 juga.
Saya pernah tersesat guna mono-rail di KL ...hahaha tapi di Seoul , Alhamdilillah tak sesat langsung. Jika saya yang di KL pun boleh sesat, maka travellers lebih terror dari saya bila guna subway di Seoul.
Keseluruhannya dari Incheon Airport ke Seoul, semua perjalanan selama enam hari termasuk kembali ke Incheon Airport, jumlah reload adalah sebanyak 30,000 Won, balance kredit yang tinggal adalah lebih kurang 2,000 Won, jadi total tambang subway lebih kurang RM110/pax untuk trip 6 hari.
Tangga-tangga subway memang tinggi & memenatkan
Tutorial menggunakan Seoul Metro Subway
... sambungan ke
No comments:
Post a Comment