Wednesday 7 September 2022

CARA MUDAH MEMASUKI THAILAND

 1. Ambil komuter dari Butterworth / Bkt Mertajam ke Padang Besar ( BM  -  Pdg Besar : RM10.70 ). Jika dari Padang Rengas (Pdg Rengas - Pdg Besar : RM17.20 ), transit di Bkt Mertajam utk ke utara.






2. Tiba di Stn. Pdg Besar, naik ke tingkat atas, dihadapan cafe, di tiang² dilekat notis QR Barcode utk scan laporan suntikan vaksin Covid-19. Sebelum tu screenshot sijil digital vaksin MySejahtera.  




selepas selesai isi maklumat

3. Selepas screenshot QR Barcode, isi maklumat² yg diperlukan oleh pihak Thai dan diakhirnya perlu upload sijil digital MySejahtera. Tidak perlu  onsite covid PCR test.

4. Beli tiket train utk ke Hatyai, harga RM7.00 @ TB50 . Kalau terlepas train, naik van tambang hingga ke Hatyai RM10/person.

5. Beli simkad Thai utk data internet/hotspot. Unlimited data/ call utk selama 7 hari, selepas 7 hari kena reload, jika tak reload, sim kad akan terminate dlm masa 30 hari, Harga simkad antara rm25 - rm35 tertakluk kepada pakej, yg rm25 tu pun dah okay utk 7 hari unlimited.


RM25, penjual di kiosk tu akan set siap² di hp kita

6. Bila train dari Hatyai tiba & semua penumpang dari Hatyai selesai melepasi kastam Malaysia, gate tingkat atas akan dibuka  utk traveller dari Msia utk pemeriksaan pasport oleh imigresen Malaysia & Thai. Sebelum pasport dicop oleh imigresen Thai, kita perlu tunjuk screenshot sijil digital vaksin MySejahtera.

7. Train ke Hatyai mengambil masa 50 minit.






Enjoy your holiday.



Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...