Sunday, 27 March 2016

Masjid & Musolla Sekitar Seoul's Mosque & Musollas

Memang agak sukar untuk mencari masjid & musolla di sekitar Seoul kerana bilangannya amat terhad. Perlu sentiasa ada kain telekong & sejadah & kompas dalam backpack  kerana kita mungkin perlu solat di tempat awam. Amat menyedihkan jika tertinggal yang wajib/qada' solat semata-mata tidak berjumpa masjid / musolla.

Berikut adalah masjid & musolla yang pernah saya singgah :


Seoul Central Mosque


Arah Ke Seoul Central Mosque  :

Itaewon Station - Line 6 , Exit 3
- Jalan lurus 100 meter, ikut kanan ke jalan Usadan-Ro
- Jalan lurus 150 meter ke Usadan-Ro - Gil Road
- jalan 200 meter hingga tiba di Seoul Central Mosque sebelah kiri

Musolla Di Nami Island

Surau terdapat di atas restoran halal, suraunya amat selesa dengan tempat wuduk di dalam surau untuk muslimin dan muslimat.







Myeongdong

Di Seoul Global Cultural Center ( di M Plaza ), saya meminta dari staff di situ untuk solat di penjuru pejabat tetapi tidak dibenarkan. Kami turun ke basement M Plaza untuk solat, sebaik sahaja isteri nak takbir, beliau dihalang oleh staff plaza tersebut, last-last kami solat di sebalik kiosk perniagaan yang ditutup di Myeondong subway station tanpa dapat dilihat oleh orang-orang yang lalu lalang.

Semasa di Seoul Global Cultural Center, kakitangan disitu memberitahu terdapat surau di sebuah restoran halal di Ambasador Hotel, beliau melakar arah dari M Plaza ke restoran tersebut  seperti ditunjukkan dengan pen merah.




Everland Theme Park

Surau di Mystery Mansion 
 




Korea Tourism Organisation

Bangunan KTO lebih kurang 200 meter dari Jonggak Station. Surau terletak di basement bangunan KTO . Saya tidak pernah solat di sini sebab hotel tempat saya tinggal hanya 150 meter dari KTO bersebelah Cheonggyecheon stream:








Tuesday, 15 March 2016

Lost World Hot Springs & Spa By Night


Minggu lepas,saya telah membeli annual pass ke Lost World hot springs & spa dengan harga promosi RM50 dan dengan pass ini setiap pengunjung dibenarsuk ke taman tema sekali sahaja setiap hari selama setahun ( RM0.14 setiap hari ). Harga annual pass  jika dibeli secara on-line ialah RM188 sementara tiket masuk biasa (walk-in) ialah RM26. 

44 tahun lepas, saya melalui kawakkksan ini setiap subuh selama 5 tahun dari quarters di Ulu Kinta ke sekolah rendah Ashbey Road di Ipoh. Waktu itu kawasan ini hanyalah kawasan pertanian dengan kolam- kolam air mineral panas.







Terdapat 9 kolam air panas :

Infinity pool

Crystal Spa

Saphira Lair


Steam Cave ini best seperti dalam sauna, mengeluarkan peluh, menyegarkan
kulit dan memperelokkan perjalanan darah, in sha Allah

Foot Spa - berjalan diatas batu-batu kecil

Top of the world pool, diatas steam cave, jacuzzi pool paling best sebab
ada massage water jet untuk urut urat-urat dan bhg belakang badan













Pool untuk dewasa

Pool untuk kanak-kanak



Dalam seminggu ini dah 2 kali kami masuk , dah berumur ni kena berendam air panas selalu untuk longgarkan urat2...hehehe

LWHSS dibuka setiap hari dari 6 petang hingga 11 malam.

p/s : terdapat surau berasingan yang selesa untuk muslimin & muslimat



Anda mungkin berminat untuk mengikuti :











Thursday, 3 March 2016

Semi-D For Sale @ Venice of Perak

FOR SALE :

The property :

The said property


Property when first completed


entrance to housing scheme


Housing location

Brief on :