Thursday 12 December 2019

Backpack Sydney : 7H / 6M - Itinerary & Cara Travel










Tiket ke Sydney telah dibeli 1 tahun 2 bulan yang lepas pada waktu tawaran tiket murah AirAsia dan harga tiket yang kami dapat 50% lebih murah dari harga biasa. 




ticket price : 2pax



Cuma membimbangkan trip kali ini ialah  tiket sudah dibeli tetapi visa belum dipohon   dan menjadi cerita biasa banyak permohonan visa ditolak oleh pihak Imigresen Australia memandangkan sehingga sekarang mengikut statistik Immi. Australia terdapat 68,417 rakyat Malaysia yang tidak pulang selepas memasuki Australia bekerja sebagai pemetik buah, pekerja kontrak binaan dan sebagainya.

Alhamdulillah, mungkin disebabkan faktor umur ( sbb dah tua...hahaha ) visa yang kami apply on-line approved dalam tempoh masa 7 minit. Tiada caj oleh Kerajaan Australia utk apply visa ini tapi disebabkan kami guna website Arba Travel & Tours, jadi Arba charge RM20 per application utk apply visa. Memang mudah & berbaloi apply thru Arba Travel. Klik disini utk apply visa. Offer AA free seat & tambang murah biasanya antara Ogos ke Dis, jadi kalau plan nak ke Aust, apply visa sebelum Ogos.

Visa ini valid selama setahun, tempoh boleh tinggal di Aust. max 3 bulan dan boleh multiple entries. Sebenar tak rancang pun nak gi Sydney, tapi tiket dah murah, itu yang terus beli dan sbb tu juga visa di apply kemudian.

# Tips : apply visa dulu sebelum beli tiket kerana visa valid setahun. Kalau beli tiket dulu tetiba visa rejected, hangus duit tiket flight & hotel.






25/11/2019 - Hari Pertama

KLIA2 : Flght Take Off @ 8:55 pagi
Flight Duration  : 8 jam 30 minit
Landing di Kingsford Smith Airport, Sydney : Pukul 8:30 malam ( waktu di Aust. cepat 3 jam dari M'sia )

Pemeriksaan Kastam

Pemeriksaan Immi. & Kastam di sini antara yang terketat, jika tak lepas immigration, anda mungkin dihantar pulang ke Malaysia. Declare barang-barang yang tak sure boleh lepas. Contohnya "nuts" ( item 7 ) tak boleh bawak masuk, kami bawak paket kacang kuah pecal, tak sure, jadi kami declare shj, sampai kastam checkpoint, dia tanya selain dari peanut, ada bawak masuk daging tak ? Kami bagitau tak ada, terus officer tu suruh jalan tanpa tengok isi bag kami, sedangkan beg Indian national sebelah kaunter tu, habis satu bag dia selongkar. Alhamdulillah Allah permudahkan.







# Tips melepasi Immi & Kastam :
Print :
i.        Visa approval @ ETA ( Electronic Travel Authority )
ii.       Flight Itinerary
iii.      Copy of Hotel / Airbnb Booking
iv.      Intinerary lawatan ( make sure kita tahu info tempat2 lawatan )
v.       Declare / List down makanan yang dibawa

Sekiranya 4 orang pergi, make sure semua orang ada salinan  yang diatas. Kalau Immi / Kastam tanya, tunjukkan dokumen2 tu dan paling penting jangan beli tiket sehala sahaja nanti dia orang ingat kita tak mau balik M'sia dahhh.


Beli Opal Card ( utk guna  transport spt train, bus & ferry ) dan simcard untuk internet eccess di airport.                          




Kad free then reload AUD50 ( min reload @ machine kiosk AUD20 )


mobile data 3Gb - AUD20 ( Kalau di Woolworths supermarket cuma AUD15 )

XXX
Apps yang wajib ada :


Opal  : Untuk kegunaan menaiki Train, Bus & Ferry dll


Muslim Pro : Waktu Solat, Qiblat dll



Train : Sydney Airport ke Central Station ( AUD 19.40 ) - 15 minit perjalanan

Selepas melepasi Kastam kami naik train Sydney Airport Link dari airport  ke Central Station  (  fare  AUD19.40  i.e airport fee AUD14.90 + tambang train AUD4.50 )

( AUD1 = RM2.86 )



Cara nak ke Airport Link Train dari International arrival








# Tips : Nak murah, naik bus dari Sydney airport ke  Mascot Station ( 1.5km ) lepas tu ambik train dari Mascot Station ke Central Station. Cara ni boleh jimat Airport fee AUD14.90 @ RM42 )

     Kalau lebih dari 2 orang, lebih jimat naik Uber

Dari Airport ke Central Station, perjalanan dengan train cuma 15 minit sahaja dan apartment yang kami sewa cuma walking distance 800meter dari Central Station ( Kalau di KL macam KL Sentral le....hehehe )













Central Station, Haymarket











South Concourse

Central Station ini ada 24 platform train....adooiiii , lebih complex compare dengan subway station di Seoul, kadang-kadang pening nak mencari platform, bila waktu puncak penumpang2 berlari-lari dari satu platform ke satu platform utk kejar train tapi train system disini  memang terbaik lah & very efficient...kalau terlepas stu train, tunggu 3 @ 4 minit akan datang train lain. Selepas dua @ tiga turun naik train, baru jadi biasa.



Sesampai Central Station, hujan turun lebat seketika and then rintik-rintik, problem juga nak cari apartment malam-malam ni, cuma berharapkan google map dan tanya2 orang. Risau juga sebab dah sunyi, jam 11 malam lebih, orang pun tak berapa ada sbb hujan. Alhamdulillah jumpa apartment, tapi nak masuk pintu utama agak masalah juga sebab tak perasan gambar instruction  tempat peti kunci




ter - skip gambar ni, terus jadi problem nak bukak pintu










Alhamdulillah finally dpt msk apartment, dah hampir 12 malam. Tidoq pukul 2am dan bangun balik pukul 4am untuk solat subuh, adooiiiiii




















Studio apartment yang kami sewa utk seminggu ini di Surry Hills, bangunan baru siap 5 bulan, ada dapur, microwave oven, mesin basuh & fridge.....plastik & sticker dlm fridge pun belum ditanggal, i.e fridge masih belum digunakan. Sewa apartment ni lebih le harganya daripada duk di hotel tapi bila calculate balik memang berbaloi sebab boleh memasak daripada setiap waktu makan di restoran. Kebab pun duk ada AUD14 ( RM40 ) mak oooii, belum makan yang berat-berat  lagi.


Padangan dari bilik apartment

26/11/2019 : Hari ke 2

Berjumpa kembali dengan Sukma Hayati dari Aceh,  mahasiswi di Syiah Kuala Universiti, Acheh yang pernah sertai exchange student di UiTM Sri Iskandar bersama anak kami, Sukma dan rakan-rakan pernah datang dan bermalam di rumah kami . Sukma baru sahaja menamatkan pengajian Master in International Business di Macquarie University, Sydney.








Semasa di M'sia, kami beli dulu Sydney Attraction Combo Ticket melalui Klook.com Voucher ini boleh masuk ke 4 tempat :

i.   Sea Life Sydney Aquarium
ii.   Madame Tussauds 
iii.  Sydney Tower
iv.  Wild Life Sydney Zoo

Banyak cara nak beli pakej kombo tiket ini ( harga per pax ), antaranya melalui :


Ticket Per Entry     :  RM386 ( AUD35+36+35+29 = AUD 135 )
Madame Tussauds : RM215 ( AUD75)
Traveloka.com        : RM175.25
Klook.Com              : RM150

Jadi lebih jimat beli online di Klook.com






Cuaca  : Sydney sudah mula memasuki musim panas namun cuaca terasa dingin ( antara                 18 hingga 23 darjah celcius ) dan lebih terasa sejuk kerana di sini agak berangin.
               Waktu tengahari pun dingin....syokkkkk


Sea Life Sydney Aquarium

Train :Central Station ke Wynyard Station ( AUD2.52 )

Jalan 850 meter, 10 minit ke Sea Life Sydney Aquarium



































































                                                        
















Darling Harbour



Circular Quay

Train : Wynyard Station ke Circular Quay Station ( AUD3.61 )

Jalan 500m ke Opera House


Sydney sebenar sudah 2 minggu berjerebu akibat bushfire



















Untuk melihat iconic Sydney Harbour Bridge & Opera House secara LIVE KLIK DI SINI
Live image refresh every 15 seconds.


Lunch di bawah Opera House, prepared by Sukma, ...Sedapppp



di bawah Opera House







Auburn Gallipoli Mosque

Train : Circular Quay Station ke Auburn Station ( AUD5.15 )

Dari train station, jalan  450m ( 5 min ) ke masjid Gallipoli 



Masjid senibina ciri zaman Othmaniyah, dibangunkan oleh masyarakat Australian Turkish Muslim


Solat Maghrib disini....masjid didirikan oleh masyarakat Australian Turkish



Durian di Coles, Auburn (AUD12.99/kilo)



27/11/2019 : Hari ke 3

Blue Mountains Day Trip

Train : Central Station to Katoomba Station ( AUD8.86) perjalanan dengan train 2 jam 10 minit.


@ Katoomba Station



Keluar Katoomba Station, lintas jalan, ada tour agensi, Trolley Shoppe, beli tiket ke Scenic World ( ticket include Scenic Railway, Scenic Skyway & Scenic Cableway ). Harga tiket AUD49/pax. 




Selepas tu jalan ikut kiri untuk naik bus di depan The Carrington Hotel ( Katoomba Street )








Bus : Katoomba Street to  The Lookout Echo Point ( AUD 0.24 )

Naik bus no 686 dan turun di The Lookout Echo Point untuk melihat pemandangan Three Sisters. Perjalanan 15 minit


Three Sisters Blue Mountains






Scenic World 





The Lookout Echo Point to Scenic World Skyway ( AUD 0.00 )

Dari Lookout Echo Point naik bus yang sama ( bus no 686 ) untuk ke Katoomba Skyway    Scenic World













Scenic World Skyway
















                                           kawasan perlombongan arang batu







                                                                 Scenic World Skytrain
                                                                           ( World's Steepest Train )




                                                                     
                               

                                                                                                  Scenic Walkway


                     Scenic World Cableway









Tips : Beli Blue Mountains Scenic World Discovery Pass secara online melalui Klook.com hanya RM122. Jika beli di Scenic World / tour agen : AUD49 ( RM140 ).


Bus : Scenic World ke Katoomba Street ( AUD2.24 )

Dari Station Cableway naik bus no 686 untuk pulang  kehentian bus di depan Carrington Hotel dan ke Katoomba Station untuk travel semula ke Town Hall Station ( satu station melepasi Central Station ). 


Train : Katoomba Station To Town Hall ( AUD4.20 )

Turun di Town Hall, untuk ke Woolworths supermarket ( Exit 3, Pavillion Plaza ) untuk membeli barang-barang  basah untuk dimasak. Barang-barang basah banyak dijual di Coles & Woolworths.






Train :  Town Hall Station To Central Station ( AUD0.00 )

Bila sampai certain limit, charge train akan jadi murah atau kadang-kadang free, contoh dari Town Hall ke Central Station.


Masjid Redfern

Maghrib hari ini sempat cari Masjid Redfern ( Cleveland Street ), rupanya hanya 300m sahaja dari apartment.








Esoknya, solat subuh pergi semula ke masjid ni tapi pintu masuk berkunci. Lusa pergi lagi, juga masih berkunci. Mungkin tiada orang yang mengendalikan masjid sepenuh masa. Begitu juga Sydney CBD mosque Erskine Street, pergi zohor sekali tu buka, dua hari lepas tu, pergi waktu asar tertutup pulak.


Bangunan apartment kami di 246-250, Cleveland Street, Surry Hills, NSW


28/11/2019 - Hari ke 4

Wild Life Sydney Zoo
Train : Central Station to Winyard Station ( AUD2.52 ) via Sussex Street
Jalan 850m , 10 minit ke Wild Life Zoo












kangaroo
















Madame Tussauds

Madame Tussauds berada bersebelahan Wild Life Sydney Zoo






Hu Jintao


Jullia Gillard - exPM Australia

Albert Einstein







Nelson Mandela


British Royal & 'Penang Royal'...hahaha


Si Tinggi & Si Pendek





Tim Cahill : Australian World Cup Footballer


Jonah Lomu : NZ Rugby Player







Shane Warne : Cricketer











Mugkin ramai yang tak kenal si dia ni ( yg kiri tu le )


Mat Motor 
ni kalut nak gi mana tu... petik buah














































































Captain Jack Sparrow







Galleri Madame Tussauds, Sea Life Aquarium dan Wild Life Zoo ini sebenarnya masing-masing terletak bersebelahan di antara satu sama lain di Darling Habour.


Diluar Madame Tussauds i.e Darling Harbaour









Lunch @ wharf, Darling Harbour


Sydney CBD Masjid
56-60 Erskine Street, Sydney

Terletak lebih kurang 600 meter dari lokasi Madame Tussauds & dan cuma 200 meter dari Wynyard Station, kalau kita di area tengah pekan @ Central Business District ( CBD ), senang sikit untuk kita solat disini sebab takut-takut terlepas solat Zohor /Asar....solat Maghrib atau Isyak tiada masalah kerana boleh tunaikan solat bila balik ke apartment.

Google map betoi² henti dpn bangunan 2 tingkat,tapi tak ada pun signage/apa² petunjuk masjid, tanya kedai selang 2 buah, dia kata kedepan lagi dlm 50 meter, pusing² tak jumpa juga, tanya seorang pejalan kaki,nampak muka macam muslim, dia bawak ketempat yg awal tadi, rupa-rupanya kena naik tangga dan ruang solat di tingkat 1


Kesilapan besar : Kat google memang dah tunjuk photo kawasan bangunan tapi asyik duk tengok map sahaja



















kawasan solat wanita






Train : Wynyard Central to Central Station ( AUD 1.26 )
Exit 3 : Eddy Avenue untuk ke Paddy's Marketm, Haymarket


Untuk shopping cenderahati, banyak dijual di Paddy's Market, harga amat berpatutan. Buka dari jam 10am hingga 6am, tutup pada hari Isnin & Selasa.





























Jumpa dgn Cik Fiza, part-time student ( asal Jitra ) kerja part time as sales asst, di kedai di tempat kami membeli cenderahati...katanya akan balik ke Msia Dis 2019 selepas habis belajar 2 tahun disini.




Bertemu kali ke 2 dengan Sukma



29/11/2019 : Hari ke 5 ( Jumaat )

Google2 rupa-rupanya Coles supermarket dalam 600m dari apartment, pagi ni beli barang-barang makan sikit.









Hari ni Jumaat, plan nak solat kat King Faisal Mosque, jauhnya dalam 1.2km dari apartment, kena jalan dalam 15 minit tapi sebab tersilap baca google map terpaksa le menapak dekat-dekat 3km, 45 minit baru sampai


King Faisal Mosque
Commonwealth Street, Surry Hills





Iman tengah bagi tazkirah dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya kutbah dalam bahasa Arab



Selepas makan tengahari, ke Bondi Beach

Bondi Beach
Train : Central Station to Bondi Junction ( AUD1.26 )

Di Station Bondi Junction,  cari tempat menunggu di Stand A, naik bus no 333 ke South Bondi Beach

Bus : Bondi Junction to South Bondi Beach ( AUD0.12 )




















Bus : South Bondi Beach via Bondi Junction to Circular Quay Stand D ( AUD1.86 )

Dari South Bondi Beach, boleh naik bus 333 yang sama untuk ke station Bondi Junction, kami tak turun di situ tapi terus ke station bus terakhir di Circular Quay untuk try naik ferry melalui Opera House & thru Harbour Bridge ke  Barangaroo Wharf dan pusing & kembali semula ke Circular Quay Wharf

Ferry : Circular No 5 Wharf to Circular Quay No 4 Wharf ( AUD 2.06 )

Sepatutnya ferry ride ni , tiketnya AUD 6 @ RM17 tapi disebabkan caj pengunaan kad Opal melebihi limit harian, jadi tambang menjadi murah, AUD 2.06/pax @ RM5.90 sahaja. Memang berbaloi sangat-sangat untuk ferry ride selama 1 jam 15 minit  dengan udara yang nyaman
















@ Barangaroo Wharf







Ferry ride

Balik ke apartment
Train  : Circular Quay ke Central Station ( AUD0.26 )

30/11/2019 : Hari ke 6

Pagi ni nak naik Sydney Tower

Train : Central Station to Town Hall ( AUD1.26 )


 Town Hall




















                   di depan Town Hall



                                                Sydney Tower


Wynyard Station to Central Station 1:46pm ( AUD1.26 )

Hari ni balik awal sikit ke apartment sebab malam nak tengok fireworks di Darling Harbour






Central Station to Town Hall   8:26pm  ( AUD1.26 )

Malam ni nak tengok fireworks di Darling Harbour, fireworks ni diadakan hari Sabtu jam 9;00 malam setiap 2 minggu, fireworks in dalam 5 minit lebih, tapi silap recording,  dapat video pendek









Pertunujukan bunga api yang sama. Vide credit to Sydneyfireworks


Town Hall to Central Station ( AUD 1.26 )

01/12/2019 :: Hari ke 7 Last Day

Central Station to Strathfield Station ( AUD 1.56 ), 15 minit


Flight kami ke KLIA2 malam ni adalah pada jam 9:55 malam. Pagi ni kami plan nak ke rumah Sukma, katanya rumah dia walking distance dari Macquarie University Station,,,,nak ke sana  kira-kira 1 jam 15 minit dari Central Station. Disebabkan kami keluar agak lewat, kami berjumpa di Strathfield Station sahaja.



Di Strathfield Station sementara untuk berjumpa Sukma

Ucapan terima kasih kepada Sukma Hayati yang menemani kami sepanjang hari ke 2 di Darling Harbour & Circular Quay dan datang berjumpa lagi beberapa hari selepas itu di Paddy Market.

Strathfield  Station to Central Station ( AUD 0.00 ) : Free

Sampai Central, lepak sat kat Belmore Park  sementara isteri ke Paddy's Market, last shopping......ada cenderahati yang masih belum dibelikan untuk saudara mara.








Alhamdulillah backpack kami tak beranak pinak bila nak balik...hehehe






Memandang masa masih panjang, dari Central Station kami ke Town Hall untuk ke Woolworths, beli makanan & minuman


Train : Central Station to Town Hall Station ( AUD 1.24 )






Last Train : Town Hall Station to International Airport -  4:47pm ( AUD 14.87 )



Reload AUD 90 , last day Opal balance tinggal AUD10.61



Last shot, nak habiskan filem camera...hahaha











Semoga catatan ini sedikit sebanyak membantu mereka yang ingin ke Sydney buat pertama kali. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalan kami.



Brkfst, lunch & dinner yang kami masak di Sydney :



Periuk beli di Coles AUD18










































Prepared by Sukma - minum petang

Next destination, tungguuuuuuuu.....


Anda mungkin ingin mengikuti catatan saya :   



















Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...