Tuesday, 11 December 2012

Melancung/Backpacking ke Yogyakarta, Borobudur


4/3/2010 – Booking tiket Airasia 

                                    KL- JOG       JOG – KL        Total
Fare ( 2 pax )                RM148           RM288         RM438

24/9/2010 – Booking kenderaan semasa sampai di Yogjakarta
                   Minta booking tiket keretapi dari Yogyakarta ke Bandung

24/9/2010 – Reservation  di Kristina Hotel pada hari terakhir  di
                   Yogyakarta @ 1/10/2010

24/9/2010 – Reservation  untuk stay di Karmila Hotel di Bandung

26/9/2010 – Call CIMB Bank to activate oversea usage of credit card and ATM 
                    Call Maybank to activate ATM usage

Hari Pertama ( 28 Sept 2010 ) @ LCCT - Yogjakarta

23:55 – Bus dari Medan Gopeng ke LCCT, tiba di LCCT @ 03:00

Flight dari LCCT pukul 07:15 dan tiba di Adisutjipto Airport pukul 09:00, ( waktu tempatan pukul 08:00 ), Sewaktu keluar dari airport sudah ada
wakil dari Berlian Transport yang menunggu. Sebelum berangkat  booking service dari Berlian Transport ( kereta + driver + fuel ) untuk lawatan sekitar Yogyakarta dan Borubudur selama 12 jam. Bayaran dikenakan Rp325,000 @ RM115 ( tak termasuk parking. tol, tiket ke tempat lawatan dan duit makan driver ). Kami dibawa menaiki Toyota Avanza yang masih baru dan berkilat, cukup selesa, pemandu kami P. Paryono, seorang Muslim dan baik orangnya.
Tempat pertama di bawa melawat ialah tinggalan di Prambanan,( en.wikipedia.org/wiki/Prambanan )   candi yang dibina di zaman kerajaan Mataram. Ianya merupakan ‘UNESCO World Heritage Site’.  Sebelum memasuki kawasan in, Paryono memberitahu kepada kami supaya menggunakan pintu masuk untuk ‘local’ dan jangan gunakan pintu pelancong luar memandangkan wajah kami lebih kurang wajah bangsa Indonesia ( wajah saya macam PATI ! ). Tiket masuk untuk 2 orang ialah Rp40,000 @ RM14, sedangkan untuk pelancong luar, tiketnya hamper RM100,000 !.

video




Selepas di Prambanan, kami di bawa ke Kraton (wiki.healthhaven.com/Yogyakarta_Sultanate ), istana kesultanan Yogyakarta, tiba disitu dalan jam 12 lebih dan kedengaran azan zohor berkumandang ( waktu zohor 11:20 ), tiket masuk kesini Rp5000 @ RM1.70/person manakala pariwisata luar Rp12,500. Kakitangan-kakitangan di istana memakai pakaian tradisional jawa lengkap dengan keris tersisip dibelakang dan kebanyakkannya dah veteran.




Dati Kraton kami menuju ke Borobudur lebih kuang 40 km dari Kraton. Sampai
Di Borobudur lebih kurang jam 13:10, waktu tu matahari tengah terpacak dan kami menaiki kereta panjang mcm lokomotif ( macam kat zoo Taiping tu ) kerana agak jauh nak ke kawasan berdekatan candi, kalau nak ikut hati malas nak daki candi tu lagi pulak waktu tengahari buta, tapi dah datang dari jauh tak kan tak pergi tengok kot. Tiket masuk ke sini ialah Rp20,000 @ RM7/person Boleh tahan berpeluh daki banyak tangga untuk sampai ke tempat paling atas dan bila turun pulak tak ada servis keretapi panjang tu ! Rasanya berjalan ke tempat park kereta pun ada dekat 2 km,  Kalau ajak sekali lagi taubat tak mau pergi dah !









Selepas di Borobudur dan makan tengahari ( makan pun dekat pukul 15:30 ), kami sepatutnya ke Lava T
our Kaliadem, melawat kawasan Gunung Merapi tetapi ianya mengambil masa sejam lebih kesana sedangkan waktu maghrib masuk pukul 17:30, jadi kami skip kesana dan meminta Paryono hantar kami terus ke Stesyen Keretapi Tugu. Tiba di stesyen Tugu jam 18:00 sementara menunggu keretapi ke Bandung jam 21:27.




 Kami menaiki keretapi Lodaya Malam,  kelas eksekutif @ kelas 1 ( kelas business : kelas 2 ) dengan harga Rp 320,000 @  RM113 @ 2 pax. Kelas eksekutif amat selesa tempat duduknya dengan tempat kaki yang luas, adjustable seat, diberi bantal dan selimut dan berhawa dingin sementara kelas bisness tiada air-cond dan tempat duduk tak boleh di adjust, tapi yang lecehnya lampu sentiasa dibuka jadi cerah memanjang, terpaksa tutup muka dengan selimut.

Wednesday, 17 October 2012

Nasi Arab @ Saba Restaurant

Berkesempatan ke Restoran Saba semasa ke KL baru2 ini, kebetulan pada tarikh hari lahir dua anak saya ( lahir tarikh yang sama tapi bukan kembar ). Selama ini dengar orang kata makanan di situ sedap. Jadi cuba cari le guna GPS sebab saya failed jalan KL ni
Mandi Lamb ni kalau (L) anak saya boleh kongsi 3-4 orang
Kabsah Chicken sedap, kalau yang half ini boleh 2 orang makan
perghhh...Hanith chicken ( yg wife dok tunjuk tu ) ni lembut dan betul2 sedap
Selepas 45 minit....licin
Kalau large (L) boleh 3-4 orang makan ( tapi bergantung pada badan le !! )
half (H) tu boleh share berdua
Kata wife saya, dia lebih suka masakan restoran mamak Penang ( al maklumlah orang Pg ) berbanding masakan Arab ni tapi tak bolehlah nak banding begitu kerana kedua2 masakan jauh berbeza tapi kata sepupu saya, kalau ke sini, lagi tambah lagi lapar !!. Bagi yang nak ke sini tapi tak tau jalan, set coordinate GPS ke N 03 10.498  E 101 44.077  untuk ke Restoran Saba Setiawangsa. Selamat mencuba .


Thursday, 11 October 2012

Rezeki Allah

" Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. " - Surah At- Talaq. Ayat 2-3

Anak saya, Anis Amalina bercerita yang dia menerima panggilan dari Celcom di bulan Ramadhan dan diberitahu bahawa no handphone beliau telah memenangi hadiah harian Celcom dan beliau ditanya dua soalan yang amat mudah. Pemanggil memberitahu akan menghantar cek kepadanya. Saya tak percaya ini semua dan bertanya anak saya samada dia ada memberitahu no akaun beliau atau pin no kerana telah banyak penipuan seumpama ini.

Setelah hampir sebulan, tiga hari lepas saya menerima satu courier atas nama anak saya. Setelah mendapat kebenaran beliau, saya membuka plastik courier dan mendapati ada satu cek atas nama beliau untuk RM1,000. Iniilah rezeki yang tidak disangka-sangka dan sedikit sebanyak terubat juga rasa kecewa saya selepas laptop beliau dicuri dari bilik asrama UiTM Sri Iskandar pada Ramadhan yang lepas. Syukur Alhamdulillah ya Allah.










Wednesday, 10 October 2012

Majlis Mohon Restu @ MRSM Baling

Jumaat yang lepas, MRSM Baling mengadakan Majlis Mohon Restu untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Majlis diadakan selepas solat Maghrib dengan bacaan Yaasin & Solat Hajat. 

Majlis diadakan di surau MRSM

Seramai 312 pelajar MRSM Baling akan menduduki PMR sementara lebih 500 pelajar menduduki SPM. Pelajar PMR ini adalah pelajar 'pioneer' maktab ini yang dibuka 3 tahun yang lepas.

Pengetua memberi sokongan moral
Didoakan anakku Aini Ashikin dan semua pelajar dipermudahkan Allah supaya tenang dan menjawab soalan dengan betul agar mendapat keputusan yang cemerlang untuk PMR ini, InsyAllah.

Bangunan Kelas Pelajar

Library










Monday, 1 October 2012

MELANCONG KE HO CHI MINH CITY @ SAIGON - THE HIDDEN CHARM ( 4H / 3NM)



Semoga catatan dibawah dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada mereka yang ingin / pertama kali ke Saigon

12/7/2011 -Sebenarnya tiada perancangan langsung nak ke Saigon.  Waktu tu Airasia buat offer free seats, ingat nak cari tiket ke Beijing, tapi bila check AirAsia belum   ada lagi flight ke sana ( June 2012 baru start ). Tiba2 ternampak offer ke Saigon cuma RM33, sbb teruja sangat dgn harganya terus booked. Harga tiket : RM33 x 2 pax x 2 ( to & fro ) =  RM132.00 .  Airport tax & fuel surcharge   RM252.00. Total  RM382.   Harga kira Ok le, kalau naik MAS dari Penang ke K.L pun, one way dah RM110 ( itu pun offer price, Booked utk berdua aje, tak berani nak bawa anak2 sbb kami main redah je ke Saigon ni. Kalau ikut tour senang bawa budak. Travelling in May 2012 Pada bulan Feb 2012, sepupu saya mendapat tahu saya akan ke sana dan bercadang nak join sekali. Saya booked 2 tiket lagi tapi pada harga yang agak tinggi iaitu RM1,085 utk berdua pergi balik


May 2012   - start google site2 spt Hotel  ( www.agoda.com) Halal Food ( wanhassan953.blogspot.com.au )  travelling (www.1stopsaigon.com, / www.vietnamtravel.org )   waktu solat (  www.guidedways.com ), things to do in HCMCgoseasia )

01/05/2012 - Booked hotel ( thru www.agoda.com :free  membership ), setelah baca review dari Agoda member dan guna google map utk mengetahui jarak ke tempat2 tertentu, saya memilih Tan Hai Long Hotel & Spa ( review : 8.2 / 10 ) lagipun kakak ipar saya pernah duduk di sini & dia kata hotel ok. Saya pilih bilik Superior. book 2 bilik ( satu utk saya & isteri dan satu lagi utk sepupu & suaminya ) utk 3 malam. Harga bilik, waktu tu offer, ialah RM125 semalam ( all in,  inclusive service fee and tax ) . Selepas booked hotel confirmed, Agoda akan menghantar hotel voucher melalui e-mail utk diberikan kepada hotel semasa check-in. Amat mudah. Selepas seminggu, saya masuk site Agoda semula dan check rates hotel yg dibooked tapi dapati harga dah naik kepada RM180 semalam.

03/05/2012 - Baru perasan passport tinggal baki 5 bulan sedangkan kalau nak keluar Msia passpaort kena 'hidup' at least 6 bulan. Bergegas gi buat passport baru dan siap dlm 2 jam.Pernah kawan kak ipar saya nak goi oversea  berputih mata dan balik ke rmh begitu shj kerana pasport tinggal baki kurang 6 bulan.

07/05/2012 - tukar duit, waktu tu USD1 = RM3.06, RM1 = VND6,060

08/05/2012 - Check in Airasia tiket on line dan print boarding pass. Kalau check in manually di LCCT, kena charge RM8 per tiket.

11/05/2012 : IPOH - LCCT - SAIGON
Bertolak dari Ipoh dgn naik bus aje, dari Stesyen Medan Gopeng ( 2 km je dari rmh ) direct ke LCCT, tambang RM42 one way, RM75 ( rtn. tiket ). Senang cara ni tak payah nak fikir letih nak drive dgn masalah parking lagi. Flight berlepas selepas Maghrib. Dlm flight disebabkan kami mgkn tak makan apa-apa bila tiba di Saigon nanti, saya & isteri oder Nasi Beriyani  dan Nescafe panas. Nasinya sedap l ( mgkn sbb wktu tu perut kosong kot tapi mmg sedap pun  tapi tak boleh lawan nasi beriyani dlm Biman Air semasa flight ke Jedah) tapi Nescafe  dia "out' terus, macam minum air masak je rasanya. Flight ke Saigon mengambil masa 1 jam 45 minit shj.
Tan Son Nhat Internationa Airport : sebaik shj keluar airport, beberapa org approach kami utk offer taxi. Disini bukan mcm LCCT / KLIA, kena bayar tiket taxi dulu. Sebelum kesini, kakak ipar saya bagi tau teksi dari airport ke hotel dalam RM40 sementara boss saya yg beru balik 2 minggu, bagitauteksi dlm USD15 . Jarak dari Tan Son Nhat International  Airport ke hotel dlm 6-7 km aje. Ada satu taxi tu offer VND640,000 ( USD35 ) minta kurang pun tak boleh, lepas tu kami jalan terus malas nak menawar lagi, sorang lagi tu quote USD25, selepas tawar menawar turun ke USD20 utk satu teksi van, sbb dah wktu mlm, kami pun terima je le. Perjalanan ke hotel adalah dlm 20 min.  Kami sampai di Hotel Tan Hai Long & Spa dlm kul 10 mlm ( wktu di Msia 11 mlm ), ternampak betul2 sebelah hotel ada pasar malam. Check-in tak ada masalah bila produce hotel voucher. Bilik hotel bersih dan nampak macam baru namun sedikit kecil dan satu lagi kekurangan ialah tingkap tidak mengadap ke luar bangunan tetapi menghadap ke walkways. Bateri hp habis tapi disini plugnya cuma 2 pin, terlupa plak nak bawa adapter dari Msia. Lepas solat kami terus ke pasar malam nak cari 2 pin adapter, kami ronda pasar malam sampai pasar malam tu tutup, tak beli apa-apa pun, cuma survey harga dan adapter pun x ada jual. Sampai hotel blk, ingat nak pinjam dari staff hotel, rupanya hotel pun ada jual pada harga USD1, voltage disini sama mcm Msia.
Superior room @ Tan Hai Long Hotel
Tan Hai Long Hotel & Spa

Tan hai Long Hotel & Spa
12/05/2012 - SAIGON
Solat Subuh di sini masuk dalam 4.15 am ( waktu tempatan lewat  i jam dari di Msia ), dan kul 5 lebih dah terang. Pagi tu kami turun breakfast, cuma makan buah-buahan. Disatu sudut disediakan makanan dengan tag ' halal food ' dengan makanan spt nasi goreng dan bihun goreng tapi tak berani nak makan. Jumpa dgn orang Msia yg dah kerja hampir 6 bln di Saigon, dia kata kalau di hotel , nak makan, makan buah-buahan dan cereal aje, yg lain tu agak meragukan. Lepas makan kami keluar ke Ben Thanh Market, rupanya market ni sbrg jalan hotel kami je, dlm 30 meter. Ben Thanh market ada jual macam spt kain baju, kraf tangan, barangan cebderahati, makanan dll.Market ni kalau kaum perempuan seronok sangat le bershopping, Kita lelaki ni jadi ' supir " je. Lelaki disebelah saya masa flight dari KL, keje di Maybank, datang ke pasar ni nak beli telekung dan kain semata2 utk jual di Msia pada double price.Kalau Vietnam Silk katanya harga di Msia 3x ganda.  Kalau shoping di Saigoni, disyorkan beli dengan wang USD. Saya beli barang yg berjumlah RM300, kalau gunakan USD berbanding Vietnam Dong VND,  saya boelh jimat RM40. Ini kerana harga USD disini lebih mahal berbanding di Msia. Orang pompuan kalu membeli di sini boleh menjadi " gila ". dan di Ben Thanh market ni, merata-rata jumpa orang Msia, tak rasa mcm duduk di Saigon.  Di sini peniaga Vietnam boleh berbahasa malysia, malah ada yg fasih. Jadi bahasa percakapan bukanlah masalah di sini. D Benh Thanh Market ini kalau lepas beli kain dan terus tempah buat baju pun boleh jugak. Kalau tempah baju kurung pagi, malam dah boleh siap dan setengah tempat dia orang hantar terus ke hotel kita menginap, upah jahit dalam RM45.
Di dalam Ben Thanh Market


Selepas "mabuk" membeli, kami pergi ke restoren VN Halal, kira2  50 meter dari hotel kami. Hari tu kami berempat order sayur campur,  sup ketam, ayam masak chili, butter prawn, semuanya utk dua orang makan. Masakannya memang terasa dan sedap dan mencukupi dan bilnya dalam RM155. Memang sebelum ini saya ada baca review yang restoren ni agak mahal sikit tapi kami tak punya pilihan kerana disitu hanya restoran ini shj yang kami tahu.
Lunch @ VN Halal



Restoren-restoren Halal Sekitar Ho Cho Minh

Selepas makan sepupu saya blk ke hotel utk rehat. Saya dan isteri berbekal dgn google map yg kami print, meronda berjalan kaki sejauh lebih 1 km ke arah Sheraton Hotel. Seronok jalan mcm ni kalau di tempat org, trafik di sini sentiasa sibuk, diberitau ada 5 juta motorsikal di Saigon shji tapi tak pulak jam mcm di KL, kenderaan jalan bersimpang siur tapi tak ada nampak accident, penunggang di sini saling menghormati, kalau di Msia, tentu dah ramai yg maki hamun dan tunjuk penumbuk. Kami tanya pembawa beca di mana Central Mosque dan dgn senang hati beliau memberi guide pada kami. Rupanya Central Mosque terletak betul2 sebelah hotel Sheraton di Jalan Nguyen Van Troi. di District 1. Masjid ini didirikan dalam tahun 1935, Alhamdulillah dapat solat disini dan berpeluang berjumpa imam besar disini, orang Melayu Champa, masih muda dlm usia pertengahanl 30an, bila ditanya ttg masyarakat disini, beliau beritahu kerajaan Vietnam tidak menyekat aktiviti keagaamaan Islam & tabligh tiada masalah berdakwah disini, kerajaan juga membantu kewangan tetapi dalam jumlah yg kecil. Waktu solat Jumaat, masjid ini penuh denganberbagai bangsa dan perbagai negara. Berhadapan masjid ini, ada beberapa restioran halal seperti Saigon Halal, Bombay restoren. D'Nyonya Penang. dan harga makanan disini lebih murah berbanding dgn VN Halal. Selepas hampir 4 jam 'round'. kami blk ke hotel.

Central Mosque



Malam tu, kami ke tour counter di lobby hotel utk book one full day tour utk esok. Pakej padaUSD15 per pax, akan bertolak dari hotel pukul 8.30 pagi. Sebelum ke sini, saya google tour tapi semua price ranging from USD30-USD40 per pax. Memang murah kalau kita booked thru hotel daripada kita booked diract thru internet. Kalau ada rakan-rakan yg nak sana tapi duduk berlainan hotel, boleh juga booked tour di lobby hotel ini.

13 Mei 2012 - Saigon - One day Saigon City Tour
Reunification Palace

 Hari tu seharian kami tour dari jam 8.30 am hingga 4pm.Tour arranged by Kim Travel ( http://kimtravelvietnam.com/ ) Antara tempat lawatan ialah War Remnant Museum ( artifak dan gambar zaman perang ietnam ) , CHina Town. Binh Tay Matket, Handicraft workshop, Reunification Palace ( istana president ), Notre Dame. Antara semuanya, yg paling menarik ialah War Remnant Museum dan  Reunification Palace.  Tour ini termasuk makan tghari tetapi disebabkan tak halal kami minta dihantar ke VN Halal dan tghari tu pekena set nasi Padprik. Rata-ratanya harga makanan disini ( nasi goreng, nasi padprik dsb ) ala carte lebih kurang 4 x berganda (  kalau Msia RM4, disini RM16 ) sementara air teh O ais dlm RM6.

Binh Tay Market

War Remnants Museum


Malam tu hujan renyai tapi org Msia ramai juga keluar shopping termasuk kami. Kami beli dua set baju hujan ( USD1 je utk dua set ) Kami keluar bershopping lagi di pasar malam sblh hotel utk beli t-shirt, kain telekong, jubah, cenderamata . Di lorong blkg hotel kami shj ada lebih kurang 4 peniaga melayu champa yg meniaga kain dan telekung ( RM30 (bunga sikit ) hingga RM48(bunga banyak)dan vietnam silk ( RM42 - 4 meter ). Di pasar malam tu sendiri ada lebih kurang 3 lagi peniaga melayu champa. saya ada membeli Jubah ( RM65 )  dari En Ismail yg juga pernah bekerja di kedai kain di Parit Buntar, beliau bagitau dia juga ada buat Muslim tour termasuk Delta Mekong Tour dengan makan pagi dan tengahari. Harga lebih sikit tapi ok le kita tak perlu risau sbb makanan dah tentu halal. Seperti malam sebelumnya kami round pasar malam spai peniaga packing barang.

14 Mei 2012 :  SAIGON - KL
Hari terakhir kami. Pagi-pagi sebelum sarapan, saya sempat round taman di dpn hotel. Park tu besar juga lebih kurang 1.5x padang bola, yg menariknya kawasan ini rendang dgn pokok-pokok besar ditengah bandar ( parkl in a city ). Waktu ada yg duduk saja2, ada group yang menari Cha-Cha, ada yg berjoging dan yg menarik ada satu group tgh belanjar simple english di bawah pohon rendang ( boleh tgk video di timelline saya ). Menurut tour guide semalam, ramai rakyat Vietnam bersenam menjaga kesihatan sendiri sbb kos perubatan disini tinggi . Selepas sarapan, kami ke Ben Thanh Market utk last shopping. Tgharinya kami ke area Sheraton hotell dlm 1.5 km utk makan tghari. Dekat area ini terdapat masjid dan beberapa restauran halal antaranya restoren Bombay, Halal Saigon, D' Nyonya. Kami pekena nasi beriyani di Bombay Rest. ( operated by geng "786", macam geng mamak "786" di Msia kot ). Makan sedap aje tapi isteri saya komen nas agaki lembik dan bukan nasi berasmathi  .
Tghari tu kami extend hotel hingga lepas Maghrib ( spai kul 6.15)  sbb fligh jam 9 mlm dan checkout kena seelum jam 12 thgari. Kami dikenakan extra USD30 utk extend hotel dan taxi ke airportUSD15. Selepas bawa beg2 turun, saya sempat timbang beg-beg kami yg dah beranak pinak. Untuk saya dan ister, total weight cuma 22kg. Selamat, sebab saya dah beli 'checked in baggage' utk 30 kilo sebanyak RM70 semasa booking dulu dan beg sepupu saya juga tidak melebihi 30 kilo. Kami menaiki teksi jenis Toyota Innova ke airport & terus ke kaunter checked in baggage. Apabila turn saya tiba utk timbang beg, saya dimaklumkan bahawa saya tidak mempunyai checked in baggage berdasarkan boarding oass saya begitu juga utk sepupu saya. Mujur bagi sepupu saya kerana dia tunjuk itinerary beliau yg membuktikan bahawa beliau telah membeli checked in baggage sebanyak 30 kilo sedangkan saya cuma print 1st of two pages drpd itinerary, jadi ianya tak menunjukkkan saya mempunyai checked in baggage. Mati-mati saya bagitau staff tersebut yg saya mempunyai checked in baggage. Oleh kerana tidak mahu isu berpanjangan dan supaya kami dapat board flight on time, saya memilih utk membayar USD22 @ USD1 utk setiap kilo ( RM67 )  dan  berharap akan dapat claim balik semasa di Msia nanti. Kami selamat tiba di LCCT jam 11.45 malam. Dua hari selepas tiba di Ipoh, saya cuba semak semula itinerary kami dan dapati memang saya tidak mempunyai ' checked in baggage ', mungkin semasa masa booking ter click dlm box 2 kali, jadi mgkin box tiada tanda 'tick' !

Ini adalah kali ketiga perjalanan saya bersama isteri " sendiri2 " ( tanpa tour guide ) selepas ke Jogjakarta dan Bandung. Rasanya perjalanan ke Saigon ini lebih mudah ( Allah permudahkan ) jika dibandingkan dgn kedua2 tempat tadi. Kami pernah ditipu 2 x berturut-turut oleh driver 'angkotan kota' semasa perjalanan dari stn keretapi Bandung ke hotel di jalan Dago dengan ayat " bisa Pak " tapi akhirnya bertukar kepada " tak bisa ". Perjalanan saya rasa mudah kerana tidak perlu banyak bertukar pengangkutan i.e sampai airport terus ke hotel di kawasan Ben Thanh Market , dari hotel boleh kemana-mana dgn berjalan kaki/teksi. Daily tour juga senang didapati di hotel. Yang paling penting kos adalah jauh lebih murah dibandingkan jika mengikut tour agent tapi kekurangannya agak sukar untuk bawa anak2 sekali sebab tempat yg nak pergi tu kita tak pernah sampai lagi.


Tip-tip :

Wang : Lebih murah jika menggunakan USD bila di sana kerana tukaran USD lebih mahal di Vietnam berbanding di Msia. Tukar/guna Vietnam Dong untuk bayaran teksi, makan,minum & barang-barang kecil. Disetengah-setengah kedai di Ben Thanh Market dan pasar malam, ada juga yg terima RM.

Peralatan/dokumen : Jangan lupa kompas Qiblat, 2 pin plug, selain passport & boarding pass jangan lupa print complete AirAsia itinerary.

Hotel : recommend Tan Hai Long Hotel & Spa dan Hoang Hai Long 2 ( terletak di blkg T.H.L hotel ) kerana hotel betul dekat dgn Ben Thanh Market, pasar malam dan kawasan2 lain. Ada restoran halal berdekatan iaitu VN Halal. Bagi yang kaki makan. elok tidur di Sheraton Hotel, ada banyak restoren halal dan bersebelahan dengan masjid pula.

Restoran Halal  : VN Halal ( berdekatan Ben Thanh Market ), ada beberapa  restoran halal berdekatan Sheraton Hotel dan Central Mosque iaitu Restoran Bombay, Hala@l Saigon, D'Nyonya Penang.

Taxi  : taxi fare disini murah, naik taxi yang bermeter, meter start at VND12,500. Naik taxi ( jenis Innova ) dari Ben Thanh Market ke Sheraton Hotel ( 1.5km ) baru VND18,000 ( RM3 ) untuk satu taxi, dirt cheap !

Tour : Boleh book di Lobby Tan Hai Long Hotel :
Full day city tour - USD15 per pax         ( lunch included tapi tak halal )
        Full day Mekong Delta Tour - USD16  (                 ""                         )
        Half Day Cu Chi Tunnels Trip - VND235,000 ( RM40 )

Mekong Delta Tour

Cu Chi Tunnels Tour

Suggested Itinerary :  1st day  - flight from LCCT @ 2.55pm ( mlm = jalan2 pasar malam )
    2nd day  - Full day city tour                 ( petang/malam = shopping )
            3rd day  - Full day Mekong Delta Tour (            "         "                    )
    4th day - Free & easy = shopping. Flight @ 9.10 mlm - extend 1/2 day hotel @ USD30 )
    ( Kalau  tak mau extend hotel, balik flight pukul 1.25 tengahari )

Cost Comparison
Kos             :     Pergi Sendiri-sendiri ( per pax )                     Tour Agent
RM1.800 ( all in )
Flight                          RM190.00
Hotel ( 3 night )       RM180.00
Tour -  City                RM  45.00 
         -  Mekong         RM  48.00 
Makan2                      RM200.00

Total                           RM663.00                                                 RM1,800.00
SAVE        RM1,137  ( Boleh guna utk shopping, shopping, shopping )