Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu ( kembali setelah ) dibangkitkan..
It is He who made the earth tame for you - so walk among His slopes and eat of His provision - and to Him is the resurrection
[Al-Mulk : 15]
Total Pageviews
126,969
Friday, 19 July 2024
Backpack Hatyai, Pattani & Yala ( 4H /3M )
Awal plan nak rehat sehari dua shj di Hatyai dan mungkin ke Pattani sekiranya ada van ke sana. So setiba di Hatyai, kami ke opis tour agen yg kami pernah naik tour van mereka ke Pakbara & Koh Lipe sebelum ini. Staf tu bagitau tour agent dia tak sediakan van ke Pattani tapi boleh juga naik keretapi ke sana. Memang dah tau, ada train tapi tak tau nak turun di stesyen mana dan staf tu bagitau turun di Khok Pho stn.So kami google & last minit tukar plan utk naik keretapi shj. So plan 2H/1M jadi 4H/3M😄
Day 1 @ 09/07/2024 : Ipoh - Padang Besar - Hatyai
Dari Ipoh kami naik komuter ke B'worth ( RM12.80 ), dan utk direct ke Padang Besar perlu transit di stn. Bukit Mertajam tetapi seelok-eloknya turun di B'worth untuk pastikan dapat tempat duduk kerana kebiasaannya ramai penumpang naik di stn Bukit Mertajam. Dari B'worth ke Padang Besar ( RM11.40 ) perlu naik komuter selewat-lewat jam 6:55am ( trip ke 3 ) utk kita sempat catch up train jam 9:15am Pdg. Besar ke Hatyai. Kalau terlepas boleh naik van RM30/pax yang sentiasa ada di luar stn. train Padang Rengas
Padang Besar ke Hatyai
Waktu berlepas 10:15am ( waktu Thai )
Tambang naik keretapi Thai THB50 ( RM8.00 ). Kali ini kami tak book pun hotel thru online, sampai hotel, terus check in di area Lee Garden Plaza, senang sikit cari makan-makan depan hotel sahaja.
Hotel agak lama namun selesa berdekatan dengan tempat makan-makan
Day 2 : Hatyai - Pattani
sarapan pagi sebelum ke Hatyai Junction > Pattani
Train : Hatyai Junction - Pattani ( Khok Pho )
Perjalanan : 1 jam 30 min
Tambang : THB17 @ RM2.20...murah gila, hahaha
Jadual train dari Hatyai Junction ke Pattani ( Khok Pho Station )
Tiba di Pattani / Khok Pho Station jam 11:40 pagi, di luar stn. keretapi, ada pick up tut-tut, minta dia bawa ke pekan Pattani ( lebih kurang 27 km @ 40 minit ). Tambang THB50 (RM6.50 ) seorang dan dia bawa terus ke hotel @ The Wood Pattani milik muslim Thai.
naik pick up Tut-tut ke hotel
Stn. Pattani ( Khok Pho )
lunch seberang jalan hotel, masakan 👍👍
Selepas lunch, minta staff hotel untuk sewakan motor, sewa THB300, deposit THB1,000 tapi jika minta motor dihantar ke hotel perlu tambah THB100 ( total THB400 ). Elok-elok motor sampai di hotel, hujan pulak 😑
Sebelah malam. sempat solat maghrib & isyak di Masjid Daerah Pattani
Masjid Daerah Pattani
keluar masjid hujan lagi
Selepas makan malam, kami ke Green Market, 750 meter dari hotel dan lebih kurang 50 meter dari Prince of Songkla University ( PSU ). Waktu malam sepanjang jalan dari The Wood Hotel hingga ke PSU sangat meriah dengan bermacam kiosk makanan di kiri kanan jalan dan kedai pakaian dan dengan ramai student U.
Green Market
Day 3 : Pattani - Yala
Subuh di Masjid Nur Pakaro dalam 950m dari hotel
The Wood Hotel ke Masjid Kresik
Awal pagi kami merempit ke Masjid Krue Se ( Kresik ), tempat berlaku tragedi berdarah 20 tahun lepas dimana 32 jemaah tabligh mati akibat serangan mortar dan tembakan oleh tentera Thai.
Masjid berusia 510 tahun dibina oleh Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1514. Batu-batanya diikat dengan campuran beras pulut hitam, kulit kerang, telur putih dan manisan cair.
Dari The Wood Hotel ( Tut-tut perlu dipanggil oleh hotel, kerana area ini tak banyak tut-tut, tidak seperti di Hatyai ) , tambang kali ini THB50 /pax ketempat kawasan macam tut-tut berkumpul dan dari situ ke Khok Pho stn. tambang THB40. Total THB90/pax .( Masa sampai semalam tambang THB40 shj dari stn Khok Pho terus ke hotel, The Wood Pattani )
Hotel tlg mnta Tut-tut datang ptck up di hotel
Kawasan tempat kenderaan pick up tut-tut berkumpul
Location : Chareon Pradit Road, Tambon Rusamilae
Call card ni tempat tempat kami sewa motor, minat nak sewa, call / whsp En. Muhammad, boleh cakap / tulis dalam bahasa melayu.
cuma paham yg tulis bahasa org putih tu je😂
Kalau kami sampai Pattani awal dan dah ada motor, boleh tidur di Teluk Samilae ( Teluk Sembilan ) atau Pantai Panaree, tanya org Pattani, katanya pantai dan airnya cantik.
Train : Pattani ( Khok Pho ) - Yala
Perjalanan : 30 minit
Tiket : THB6 ( RM0.80 ) . Kami berdua gelak besar, mana nak dapat zaman ni naik public transport 8 kupang...hahaha
jadual perjalanan dari Stn. Khok Pho ke Yala
Stn Keretapi Yala
Kami sampai di Stn. keretapi Yala jam 12 lebih tengahari dan dengar azan Zohor dan terus solat di Masjid Al Ahmadi , lebih kurang 200 meter dari stn keretapi
Masjid ikut celah-celah kedai makan
di Masjid Al Ahmadi @ Zohor
Stn. Yala ke Masjid Al-Ahmadi
Di masjid tanya jemaah situ pasal hotel, dia bagitau ramai orang Malaysia tidor di Yala Rama Hotel dan disebabkan tiada motor sewa, kami decide utk tidor di Yala Rama Hotel saja i.e 250 meter dari Stn Keretapi Yala.
Stn Yala ke Yala Rama Hotel
Saya bertanyakan tempat yang ada sediakan motor sewa dan kaunter staff bagi no 089 596 9917 utk dihubungi, cuba hubungi no. tu melalui tetapi tak dapat sebab call/service macam kena block.
Note : sebelum ke Thailand kami beli eSim Thailand ( sebelum ini pernah guna eSim masa di Indonesia, tiada masalah ) thru Shopee, tapi data internet cuma dapat diguna di Hatyai shj, bila masuk area Pattani & Yala, di phone screen keluar ' no service ' , So try activate U Mobile data roaming RM10/day, tapi tak boleh guna juga...bila sampai Malaysia,e-mail ke U Mobile utk waive charge RM10 dan jawapan U Mobile : Upon
checking, you were unable to connect to our roaming partner and use
data roaming while in Pattani due to Thailand's government restrictions.
Please be informed that all roaming services are not available in the
Yala, Pattani, and Narathiwat districts. tapi RM10 tetap tak boleh waive😠
So alternative utk lain kali, kena beli sim kad Thailand 👇
Selepas solat maghrib di Masjid Al Ahmadi, kami berjalan 800 meter ke arah Masjid Daerah Yala dan solat Isyak di sana. Sepanjang jalan kiri kanan jalan banyak terdapat kiosk-kiosk makanan seperti di Pattani.
Masjid Al Ahmadi @ waktu Maghrib
Masjid Al-Ahmadi ke Masjid Daerah Yala
Masjid Daerah Yala
Masjid Daerah Yala @ selepas Isyak
Jalan-jalan cari makan selepas solat Isyak di kawasan sepanjang jalan Masjid Dearah Yala.
sepanjang jalan area di masjid
makan malam di Leena Food ( sebelah masjid ), sedap masakannya, highly recommended pizza nya
Day 4 @ 12/07/2024 : Yala - Hatyai - Padang Besar
Yala - Hatyai Junction
Perjalanan : 2 jam
Tambang : THB23 @ RM3.00
Naik 1st train pukul 6:35am dan sampai Hatyai jam 8:50am, ada masa 5 jam di Hatyai sebelum naik tren jam 2:00 ptg ke Padang Besar.
brunch @ Kaitod Decha setiba di Hatyai
signature dishes : Pulut Ayam & Briyani Ayam
Sempat solat Jumaat di Masjid Pakistan, lebih kurang 700 meter dari Hatyai Junction.
Masjid Pakistan
Keluar masjid ke Hatyai Junction, hujan renyai
Naik train jam 2:00 petang dan sampai di Stn Padang Besar jam 2:45 petang
No comments:
Post a Comment