Kami berempat ke Bali. Harga tiket AirAsia RM380/pax return ( tahun 2018, kami berdua shj ke sini dengan harga RM190 return tiket ). Selepas PKP Covid-19, harga tiket AA kemana-mana pun tidak semurah dahulu. Mujurlah IDR tidak banyak berubah, tukaran pada waktu perjalanan RM1 = IDR3,284.
Dua hari sebelum flight beli siap-siap eSim untuk internet thru Shopee, senang activate tanpa perlu sim kad ( sebelum beli make sure eSim compatible dengan model phone kita, check phone listing supplied by seller )
Sebelum flight, book siap-siap motor thru Klook, agent yg supply motor akan tunggu kita di parkir airport utk kita pick-up, advisable sewa Honda Vario @ motor 125 cc ke atas sebab kalau naik turun bukit ( terutama di Nusa Penida yg berlengkok-lengkok naik turun bukit ) legih selamat sbb enjin power sikit .
Jangan lupa untuk ambil takaful coverage thru Etiqa Takaful TripCare 360, covered cashless overseas medical care ( RM300,000 ), delayed flight, beg rosak, kecacatan kekal/kematian ( RM900,000 ) etc. Sumbangan takaful hanya RM73.50 utk 4 orang ( RM18/pax )
Kembara kami kali ini ride Honda Vario sejauh 312 km @ 5 hari covering Denpasar, Uluwatu, Sanur, Ubud, Tanah Lot, Seminyak, Kuta & Nusa Penida. Cuma tak sempat nak cover Kintamani / Mount Batur sebab tak jauh dah, dari Ubud cuma 30 km sahaja.
06/12/2023 : Day 1 : Denpasar / Uluwatu
Keluar airport terus cari motor berdasarkan location yang diberi oleh agen yang menyewakan motor. Untuk sewa motor kita sepatutnya kena ada international driving licence, tapi kami tak buat pun sbb sebelum ni guna driving Malaysia dah ok ( Utk buat international driving licence, caj yg dikenakan JPJ ialah RM150, licence valid for 1 year ). Masa pick up motor, dia mnta copy pasport & bila bagi lesen memandu M'sia, dia okay je.
Lepas dapat motor terus google stesen petrol terdekat & isi minyak penuh tank ( IDR10,000 @ RM3.30 / liter ). Total petrol untuk 5 hari dgn mileage sejauh 312km : IDR102,000 @ RM33 / per motor @ 10 liter. Kami terus ke Pandawa Hill Resort ( 16km dari I Gusti Ngurah Rai ).
Keluar hotel, terus ke Pandawa Beach ( 1.5km ) entrance fee IDR15,000 @ RM4.60


Dari Pandawa Beach ke Pura Uluwatu ( 14km ) utk sunset viewing. Entrance Fee : IDR50,000/pax. Disebelah tebing jurang ( cliff ) ada area persembahan Kecak dance, dah 2 kali datang pun x berminat nak tengok. Entrance fee ke Kecak dance IDR100,000 / RM30
On the way balik hotel singgah di Waroeng SS ( Spesial Sambal ) , marbeles makanannya dan pedas berapi, ada 100 outlet di Indonesia, dan 2 di Malaysia @ TTDI & Setia Alam.
07/12/2023 : Day 2 : Uluwatu / Sanur / Nusa Penida
Gerak awal pagi dari Pandawa Hill Resort ke Pelabuhan Sanur untuk menaiki boat ke Nusa Penida ( Location parkir : Pelabuhan Sanur. Jl Pantai Matahari Terbit ), di sini disediakan ruang parkir berbayar untuk kereta dan motor ( parking motor 1 hari : IDR25,000 @ RM7.60.
menuju ke parkir Pelabuhan Sanur
menuju ke kawasan parkir di Pelabuhan Sanur
parkir moto IDR25,000 / hari
Naik bot ke Nusa Penida jam 8:30 pagi. Tiket kami beli thru Klook, harga RM33 / sehala ( harga berbeza mengikut company yg menyediakan boat )
ke speed boat Sanur - Nusa Penida
45 minit perjalanan speed boat ke Nusa Penida
kata crew boat : "bye-bye Kas Ros "..." Selamat Pagi Cikgu " Upin Ipin cukup terkenal di Indonesia
Entrance fee ke Nusa Penida : IDR25,000 @ RM7.60 / pax. Sewa Vario IDR85,000 @ RM25 sehari untuk ronda-ronda Nusa Penida
check-in @ Cemara Beachfront ( 10km )
pantai menghadap hotel, airnya crystal clear
Jika menginap di Cemara Beachfront , boleh book scooter dari hotel, boleh contact Pak Made HP ; 081359000127.
Selepas rehat terus ride ke Kelingking Beach ( 21km ). Di Nusa Penida ini kena berhati-hati ride sbb jalan kecil, turun naik bukit dan setengah tempat jalan berbatu-batu tiada tar, macam naik kuda...hahaha
proceed ke Broken Beach & Angel's Billabong ( 10km ), nak masuk area ni macam naik kuda, ada sebahagian jalan berbatu-batu dan tiada tar, tapi view breathtaking. Entrance fee IDR1,000K/pax
menunggang kuda besi...hahaha
Angel's Billabong di belakang
Broken beach, 50 meter dari Angel's Billabong
broken beach
08/12/2023 : Day 3 : Nusa Penida / Sanur Port / Ubud
Kami ambik boat awal pagi & dari Pelabuhan Sanur ke Ubud ( 22 km ) utk check-in di Bali Dream Resort Ubud ( resort ini saya highly recommended )
tiba hotel awal, menunggu sementara bilik disiapkan
Bali Dream Ubud, highly recommended.
Alas Harum Bali, a greenery lush tropical rice terraces inspired, with 8 hectares area. Located in the heart of Tegallalang, 20 minutes ride from Central Ubud and 30 minutes from Kintamani.
Designed to provide a memorable experience, for adventure seekers to fun and instaworthy photo hunters. Enjoy the expansive iconic three-layered pool for those wanting to relax and soak in the day away from the bustling life, with 2 restaurants for culinary connoisseurs prove you that Alas Harum Bali is the perfect hideaway for any occasion, whether you’re leisure, romantic, or business, relax and recharge your mind at ease. Whatever you are looking for, discover your perfect escape at Alas Harum Bali.
kopi luwak
Monumen Presiden Soekarno ini dianyam dari buluh
Tegalalang Rice Terrace
Ubud Palace
09/12/2023 : Day 4 : Ubud / Tanah Lot / Seminyak
Di luar Taman Dedari berjumpa Lilis Karlina ( solo traveller dengan bermotor) yang menuntut di Universiti Bengkulu di dalam bidang Perbidanan. Peramah orangnya, kita jumpa lagi nanti di Kuala Lumpur, inshaAllah
Sebelah petang ke Tanah Lot ( 17 km ), anak masa nak masuk etrance gate cakap pelat Indonesia, so staff tu charge entrance fee IDR20,000/ RM7 / pax ( untuk foreigner : IDR60,000 )
10/12/2023 : Day 5 : Seminyak / Kuta / Denpasar
Ole-ole Bali boleh dibeli di Krisna Oleh-Oleh, Agung Bali & Joger . Di kedai-kedai cenderahati ini semuanya ada dari A to Z , cuma siapkan rupiahnya aje...hahaha
Agung Bali
Joger
Kuta
Kuta Beach, berhadapan Hard Rock Cafe
Makanan Muslim :
Waroeng SS ( Spesial Sambal ), Uluwatu
Warung Coconut , Nusa Penida
Warung Adi Nasi Ayam Bali, Sanur ( mahal sikit sbb
Pak Jokowi pernah makan di sini...hahaha )
Warung Barokha Surabaya Pak Kumis , Ubud ( sedap )
Warung Mbak Arin Ubud
Ayam Tulang Lunak Bu Lik Berawa ( mmg sedap ) warung otw Tanah Lot ke Seminyak
Warung makan Nikmat, Kuta ( mmg sedap )
Bakso Solo Samrat, Kuta ( mmg sedap )
Perjalanan dengan motor bagi kami lebih praktikal disebabkan setengah kawasan jalannya cukup jam dengan motornya terlampau banyak, tak pernah tengok rider motor sebanyak ini di Malaysia, ride dengan motor ini menyeronokkan sebab kita boleh plan perjalanan kita berbanding melancung mengikut agen perlancungan cuma ianya agak meletihkan ( di atas scooter 312km ) dan perlu berhati-hati di atas jalanraya
Anda mungkin berminat mengikuti :
No comments:
Post a Comment