Kami travel berdua & dua-dua backpack shj. Tiket ke Jakarta kami beli masa promo, harga tiket flight ke Jakarta RM135/pax dan balik RM150/pax. Dua hari sebelum berlepas, book hotel 1 malam thru Agoda di area Manggarai, tak jauh dari stesyen train Manggarai. Tiket Panoramic train ke Bandung pun siap2 beli online di sini. Untuk data internet, kami beli siap-siap thru Shopee, Travel eSim Indonesia ( tanpa fizikal sim card ) 5Gb + Unlimited 3G for 7 days, bila order completed, QR code akan di hantar ke e-mail kita utk diaktifkan pada hari berlepas / tiba di Indonesia.
Day 1 : Jakarta
Sebelum tiba di Indonesia ( max. 3 hari sebelum ), perlu isi e-Custom Declaration di website https://ecd.beacukai.go.id/ [ Click ]. Setelah daftar, screenshot QR code, pegawai kastam Indonesia di airport akan scan QR code tersebut.
Sebelum scan pasport di gate immigration, perlu juga scan qr code yang tertera di kawasan tersebut dan isi form online. Visit stay permit akan di e-mail ke e-mail yang kita beri, namun tak perlu print.
e-mail visit stay permit dari Direktort Jenderal Imigrasi ( tak perlu print )
Setiba di Soekarno Hatta International Airport, pening & blur kejap fikir macamana nak ke Manggarai, nak senang boleh shj naik Blue Bird taxi, taxi driver kata tambang IDR 270,000 / RM80 ( RM 1 = IDR 3,355 ) tapi seboleh-bolehnya kami nak try & belajar naik public transport.
Sebelum ni google, ada info tentang free shuttle sky train,jadi kami naik free sky train shuttle dari Terminal 2 dan stesyen sky train ni lebih kurang 40 meter shj sebelah kanan selepas keluar dari pintu Terminal 2. Sky train ni gerak lebih kurang 100 meter ke Bandara @ Aiport Train Station.
Seterusnya kami naik airport train ke Manggarai Stn. Tiket IDR70,000 / pax tapi tak boleh beli guna cash, cuma boleh guna kad e-wallet. Kad e-wallet pun belum beli lagi tapi mujur la boleh beli tiket di mesin guna Maybank QRPay. Guna Maybank QRPay ok jugak sebab IDR 140,000 ( 2 pax ) Maybank charge RM41.61 i.e RM 1 = IDR3,364 sahaja, Jadi dah jimat RM40 daripada naik blue bird taxi…😆😆😆
Day 2 : Jakarta / Bandung
Selepas sarapan, dari hotel di Manggarai terus ke Stasiun Gambir (4km dari hotel ) untuk naik Pangandaran Panoramic train ke Stasiun Bandung ( atau boleh juga naik Argo Parahyangan Panoramic / Papandayan Panoramic, nama train berbeza-beza mengikut masa berlepas tapi keadaan coach sama shj ). Tiket boleh beli online di www.tiketkai.com. [ Click Untuk Book Tiket ]. Harga tiket Panoramic ialah IDR 425,000 / pax.
Perjalanan ke Bandung mengambil masa 3 jam. Seeloknya jika ingin naik Panoramic coach, tiket perlu book awal sebab tiket terhad i.e dalam satu-satu perjalanan ke Bandung @ dari Bandung. cuma terdapat satu coach panoramic sahaja di bahagian belakang coach train biasa. Kerusi boleh digerakkan menghadap cermin supaya panoramanya lebih jelas.
Kami pilih untuk menginap 2 malam di hotel yang terletak di dalam Braga Citywalk Mall di Jalan Braga setelah baca review di Backpackers Buddies Malaysia & Agoda yang area Braga ni area yang happening…😄😄😄. Hotel di Bandung ni without bkfst lagi mahal dari hotel di Jakarta with bkfst😬
Sebelah petang, kami tour bandar Bandung dengan bus " Bandung Tour On Bus" , tempat menunggu bus ini di sebelah entrance hotel Kimaya By Harris & Kimia Farma Apotek. Tempat menunggunya cuma di khemah canopy.
Tambang bus IDR 20,000 ( RM6 ) / pax, bus pusing-pusing attraction places di Bandung selama 1 jam
Day 3 : Bandung
Pagi @ 8am, semasa di M’sia kami dah book dgn satu tour agen untuk melawat Kawah Putih dan beberapa tempat di daerah Ciwidey, Bandung Selatan, dari hotel perjalanan 1 jam 30 minit lebih / 43 km Di Jakarta / Bandung / Bogor, jarak km nya tak jauh tapi masa untuk sampai lama sebab jalan sentiasa macet / jam. Kami naik Toyota Avanza boleh muat max. 6 org. Kalau 5 @ 6 org travelling sekali kos /pax jadi murah. Kami dihantar kembali ke hotel lebih kurang jam 6 ptg.
recommended ambil VIP tiket IDR 100,000/pax, cover masuk Kawah Putih + banyak tempat lain compared to Pakej Rengganis ( 70K ) @ Pakej Glamping (50K)
Jambatan Rengganis adalah jambatan gantung terpanjang ( 370 meter ) di Asia Tenggara, dibuka bulan Mei 2022 menghubungkan kawah Rengganis dibawahnya.
Golesat
Danau Patenggang
Kami makan tengahari di Saung Gawir Ciwidey, makanan memang sedap, boleh cuba bagi sesiapa yg on the way dari Kawah Putih ke bandar Bandung
Kami sampai semula ke hotel @ 6pm, waktu Maghrib ( Maghrib masuk jam 5:45 & Jakarta awal 1 jam dari Malaysia ). Bagi sesiapa ingin dapatkan tour servis boleh whatsapp Pop Holiday Bandung ( +62 878 2514 3651 ). Tour servicenya terbaik👍👍👍
Seelok- eloknya kalau nak cover Kawah Putih & Tangkuban Perahu kena stay 2 hari penuh ( awal pagi hingga ke petang ) sebab Kawah Putih di Bandung Selatan sementara Tangkuban Perahu di Bandung Utara, dua-dua area memang tak sempat cover dalam 1 hari.
Day 4 : Bandung / Jakarta
Balik semula ke Jakarta dari Stasiun Padalarang ( Stasiun Padalarang ke Stasiun Halim, Jakarta ) sejauh 142 km dengan bullet train @ Whoosh. Projek keretapi laju ini joint venture antara Indonesia dan China dan perkhidmatan baru dilancar 6 bulan yang lepas.
Untuk ke Stasiun Padalarang, disediakan feeder train percuma dari Stasiun Bandung ke Stasiun Padalarang ( tempoh perjalanan : 30 minit )
Kelajuan maksima Whoosh adalah 350km / jam berbanding kelajuan maksima ETS, Malaysia 140km / jam, jadi Whoosh 2.5 kali lebih laju dari ETS. Tempoh perjalanan train biasa dari Bandung ke Jakarta dapat disingkatkan kepada daripada 2 jam 45 minit kepada 30 minit sahaja. Tambang Whoosh IDR 250,000
Day 5 : Jakarta
Hari ini cover :
Tanah Abang
naik komuter dari Stasiun Gondangdia ( 30 meter shj dari hotel ) ke Stasiun Tanah Abang i.e Stasiun Gondangdia - Stasiun Manggarai - Stasiun Tanah Abang, tambangnya IDR 3,000 ( RM0.90 )
Dari Thamrin City kami ke Bundaran HI Astra iaitu stesyen bus rapid Transjakarta yang menjadi tourist attraction
Dari stasiun Bundaran HI Astra. kami naik bus TransJakarta ke Monas
Sampai di Stasiun Bogor, kami decide book hotel di Puncak, kawasan tanah tinggi macam Cameron lebih kurang 1 jam 30 min dari Bogor. Mula-mula sampai Stasiun Bogor, check grab ke Puncak, kosnya IDR 175,000, selepas 1 jam check lagi naik IDR 215,000 sbb waktu tu macet😳. Jadi secara average tambang Grab dari Stasiun Bogor ke Puncak diantara IDR 175K ke 215K.
Friendly Reminder :
Sekiranya ingin travel ke Puncak, dinasihatkan tidak ke sana pada hari Sabtu & Ahad kerana kebiasaannya jalan naik ke atas ditutup antara jam 1 hingga 5 ptg bagi membolehkan kenderaan yang banyak dari atas Puncak turun ke bawah.
No comments:
Post a Comment