Tuesday, 11 December 2012

Melancung ke Yogyakarta, Borobudur


4/3/2010 – Booking tiket Airasia 

                                    KL- JOG       JOG – KL        Total
Fare ( 2 pax )                RM148           RM288         RM438

24/9/2010 – Booking kenderaan semasa sampai di Yogjakarta
                   Minta booking tiket keretapi dari Yogyakarta ke Bandung

24/9/2010 – Reservation  di Kristina Hotel pada hari terakhir  di
                   Yogyakarta @ 1/10/2010

24/9/2010 – Reservation  untuk stay di Karmila Hotel di Bandung

26/9/2010 – Call CIMB Bank to activate oversea usage of credit card and ATM 
                    Call Maybank to activate ATM usage

Hari Pertama ( 28 Sept 2010 ) @ LCCT - Yogjakarta

23:55 – Bus dari Medan Gopeng ke LCCT, tiba di LCCT @ 03:00

Flight dari LCCT pukul 07:15 dan tiba di Adisutjipto Airport pukul 09:00, ( waktu tempatan pukul 08:00 ), Sewaktu keluar dari airport sudah ada
wakil dari Berlian Transport yang menunggu. Sebelum berangkat  booking service dari Berlian Transport ( kereta + driver + fuel ) untuk lawatan sekitar Yogyakarta dan Borubudur selama 12 jam. Bayaran dikenakan Rp325,000 @ RM115 ( tak termasuk parking. tol, tiket ke tempat lawatan dan duit makan driver ). Kami dibawa menaiki Toyota Avanza yang masih baru dan berkilat, cukup selesa, pemandu kami P. Paryono, seorang Muslim dan baik orangnya.
Tempat pertama di bawa melawat ialah tinggalan di Prambanan,( en.wikipedia.org/wiki/Prambanan )   candi yang dibina di zaman kerajaan Mataram. Ianya merupakan ‘UNESCO World Heritage Site’.  Sebelum memasuki kawasan in, Paryono memberitahu kepada kami supaya menggunakan pintu masuk untuk ‘local’ dan jangan gunakan pintu pelancong luar memandangkan wajah kami lebih kurang wajah bangsa Indonesia ( wajah saya macam PATI ! ). Tiket masuk untuk 2 orang ialah Rp40,000 @ RM14, sedangkan untuk pelancong luar, tiketnya hamper RM100,000 !.

video




Selepas di Prambanan, kami di bawa ke Kraton (wiki.healthhaven.com/Yogyakarta_Sultanate ), istana kesultanan Yogyakarta, tiba disitu dalan jam 12 lebih dan kedengaran azan zohor berkumandang ( waktu zohor 11:20 ), tiket masuk kesini Rp5000 @ RM1.70/person manakala pariwisata luar Rp12,500. Kakitangan-kakitangan di istana memakai pakaian tradisional jawa lengkap dengan keris tersisip dibelakang dan kebanyakkannya dah veteran.




Dati Kraton kami menuju ke Borobudur lebih kuang 40 km dari Kraton. Sampai
Di Borobudur lebih kurang jam 13:10, waktu tu matahari tengah terpacak dan kami menaiki kereta panjang mcm lokomotif ( macam kat zoo Taiping tu ) kerana agak jauh nak ke kawasan berdekatan candi, kalau nak ikut hati malas nak daki candi tu lagi pulak waktu tengahari buta, tapi dah datang dari jauh tak kan tak pergi tengok kot. Tiket masuk ke sini ialah Rp20,000 @ RM7/person Boleh tahan berpeluh daki banyak tangga untuk sampai ke tempat paling atas dan bila turun pulak tak ada servis keretapi panjang tu ! Rasanya berjalan ke tempat park kereta pun ada dekat 2 km,  Kalau ajak sekali lagi taubat tak mau pergi dah !









Selepas di Borobudur dan makan tengahari ( makan pun dekat pukul 15:30 ), kami sepatutnya ke Lava T
our Kaliadem, melawat kawasan Gunung Merapi tetapi ianya mengambil masa sejam lebih kesana sedangkan waktu maghrib masuk pukul 17:30, jadi kami skip kesana dan meminta Paryono hantar kami terus ke Stesyen Keretapi Tugu. Tiba di stesyen Tugu jam 18:00 sementara menunggu keretapi ke Bandung jam 21:27.




 Kami menaiki keretapi Lodaya Malam,  kelas eksekutif @ kelas 1 ( kelas business : kelas 2 ) dengan harga Rp 320,000 @  RM113 @ 2 pax. Kelas eksekutif amat selesa tempat duduknya dengan tempat kaki yang luas, adjustable seat, diberi bantal dan selimut dan berhawa dingin sementara kelas bisness tiada air-cond dan tempat duduk tak boleh di adjust, tapi yang lecehnya lampu sentiasa dibuka jadi cerah memanjang, terpaksa tutup muka dengan selimut.

No comments:

Post a Comment