Tuesday 15 September 2020

Langkawi : 3H/2M, AA Snap Special

Last sekali ke Langkawi adalah 27 tahun lepas semasa isteri mengandung anak ke 2. Serik.... anak sulung yg baru setahun tak henti-henti menangis dari jeti Kuala Kedah hingga ke jeti Kuah, bila nak turun semua pakat-pakat pandang kami....hahaha

Pakej SNAP bundle AirAsia kali ini memang berbaloi , Pakej 3H/2M termasuk return tiket flight  ( Pen-Lgk-Pen ) dan hotel 2 malam, all-in @ RM178/pax, rasanya dah cukup murah tapi 2 minggu sebelum tu lagi murah @ RM99. Kalau check di  website Airasia harga return tiket paling rendah ialah RM168.6. ( Untuk check promo price, masuk ke website AirAsia, click SNAP )


Return flight KL/Pg + Vivanta, Rebak Island pada harga kurang siuman RM99
( harga paling rendah di Vivanta @ RM257/night )

airport lenggang waktu Covid-19



Sewa kereta RM100 @ 3 hari.Proton Saga Auto....urusan sewa menyewa mudah, kereta ambil di airport, nak sewa whsp no atas. Kalau di airport, kiosk² sewa kereta charge RM50 ( selepas diskaun 50% )
 

ronda² sat terus pekena mkn tghari 



banyak pilihan lauk pauk disini termasuk yang bakar²


hotel ni bagus, azan di music pipe setiap kali masuk waktu solat, seharian bacaan wirid, nasyid & bacaan  surah² al Quran sebelum masuk waktu subuh




kolam renang utk wanita, terpisah & tidak kelihatan oleh lelaki

















petang smlm anak whsp tiket, katanya hadiah dari Alisa Mikayla @ cucu, dia bgitau syok gi sini....hehehe tq

Utk ke sini, disyorkan tempah tiket online melalui klook, traveloka, wonderfly etc. kerana ianya lebih murah dari beli di kaunter tiket.

Skycab entrance







Konsep skycable  & aturan aktivitinya  sebijik mcm Blue Mountains, Katoomba, Sydney




we

Sedar² kat 4 jam lebih duk atas gunung, skybridge, ke skydome, skyrex & 3D art museum Lepas turun dari Gunung Machinchang,perut pun dah lapar, pekena laksa, cha kue teow, rojak di  tepi pantai cenang sebelah airport sambil tengok kapalterbang landing ...hehehe



 




Les' copaque

16 Sept 2020 : Hari Malaysia, 5:30pm, menungggu returning flight



Alhamdulillah, kereta yg di park sblh masjid (0.75km dari airport ) selama 3 hari selamat



Anda mungkin ingin mengikuti kembara kami :


Travel Guide Ke Hatyai, Songkhla, Phatthalung, Trang & Krabi ( 4H/3M)
















No comments:

Post a Comment

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...