Tuesday 20 July 2021

Throwback 1997 : Travelog Haji


Selepas 1st Umrah 1994, kami terus daftar haji & waktu itu kos haji hanya RM5,900 ( muasasah ), sempat berkursus haji selama 2 tahun. Pada tahun 1996 kami diberi gelang haji dan disuntik namun diletakkan dalam senarai menunggu, sebelum dipanggil menunaikan haji pada tahun 1997. Anak waktu itu usia 5 thn & 4 thn, kami tinggalkan di rumah Permatang Pauh & dijaga oleh ibubapa saya. Flight kami @ 29/3/1997 ( MH4050 ) berlepas jam 3 pagi dari Bayan Lepas Airport mengambil masa 8 jam dan tiba di Jeddah sekitar jam 6 pagi.

tiba di lapangan terbang Jeddah




Berada di Madinah selama 8 hari. Hari pertama di Madinah, sakit gigi saya sejak di Malaysia semakin berdenyut, semasa di dalam masjid Nabawi, terlintas dihati saya berkata " daripada sakit berdenyut gigi ni, lebih baik demam pun tak apa". Hasilnya esok sakit gigi hilang dan saya demam mengigil tiga hari, flat terus cuma larat keluar solat waktu shj itu pun mengigil disebabkan air-cond kuat di masjid Nabawi. Di Madinah duduk 8 orang 1 bilik & sempatlah isteri mandikan air asam jawa..haha.










Di Mekah kami ditempatkan di Loulout Al Barakha, hotel baru siap & belum diduduki. Satu bilik besar kami kongsi 20 orang, tidur alas tilam single & bilik air hanya satu...ada pulak jemaah duk dalam bilik air lama-lama....jemmmm. Kami tinggal di Mekah selama 37 hari ( total 45 hari ), duk plak dgn jemaah yg hampir kesemua umur pencen...jadi mesra & silatulrahim kekal hingga hari ini. Sebab lama di Mekah, jadi ceruk lorong kami pergi, 'tawaf kedai' etc lagipun masa pun masa tu duit M'sia power, 1 Saudi Riyal = RM0.70 tapi skrg 1 Saudi Riyal : RM1.15.

Kami tiba di Arafah sebelum Dzohor & wukuf disana hingga maghrib & selepas Isyak mula berangkat ke Muzdhalifah sebelum ke Mina utk mengutip batu-batu kecil utk melontar di Jamrah.

Arafah



Mina

Setiba di Mina, satu dugaan bagi kami kerana kawasan Mina baru sahaja mengalami tragedi kebakaran pada 15/4/1997 berpunca dari letupan dapur gas memasak jemaah mengakibatkan 340 jemaah maut kebanyakkan jemaah Pakistan & India. Khemah yg kami duduk tidak mempunyai bekalan elektrik dan sebahagian khemah musnah dimana tiada penghadang khemah diantara jemaah lelaki & wanita. Jadi kami berdua ambil keputusan ulang alik dari hotel kami di Mekah ke Mina selama 3 malam.

klip video kebakaran di Mina


Untuk melontar juga perlu berasak-asak terutama hari terakhir melontar di jamratul Aqabah. Waktu itu belum ada kompleks bertingkat melontar spt sekarang, berasak-asak sehingga badan terangkat & kaki tidak berpijak ketanah, kupiah saya jatuh & isteri cuba tunduk nak ambil tapi saya larang sbb takut tersungkur sebab waktu tu isteri hamil 4 bulan. Saya lihat depan saya jemah wanita Indon ditarik keluar sbb lemah hampir pengsan.

Untuk rekod, sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pada awal tahun 2020, kerajaan Arab Saudi hanya menbenarkan 8 rakyat M'sia ( haji 2020 ) dan 263 rakyat M'sia menunaikan haji dan kesemua jemaah dipilih dari penduduk negara lain yang tinggal di Arab Saudi.

Jumlah jemaah Haji untuk tahun 2021 adalah seramai 60,000 ( 3% ) jemaah berbanding purata 2 juta jemaah setiap tahun

SOP 2021 :

Berdasarkan garis panduan , jemaah perlu melengkapkan semua dokumen berkaitan status kesihatan mereka termasuk memiliki sijil vaksinasi. Jemaah juga perlu melalui pemeriksaan visual sebagai langkah berjaga-jaga berkaitan pandemik COVID-19

Setibanya di tempat penginapan, jemaah sekali lagi perlu melalui pemeriksaan suhu manakala tempat penginapan perlu memenuhi syarat ditetapkan Kementerian Pelancongan, Kementerian Haji dan pihak berkaitan.

Semua jemaah antarabangsa perlu menjalani kuarantin selama tiga hari serta ujian calitan di tempat penginapan.

Malah, jemaah akan diasingkan dalam dalam kumpulan tertentu untuk menunaikan ibadat terbabit bagi mematuhi syarat penjarakan fizikal.

Semua bagasi jemaah akan disanitasi oleh petugas selain kakitangan akan ditempatkan di semua pintu masuk bagi memantau dan memastikan kelancaran proses haji.

Bagi ibadat melontar jamrah, semua jemaah akan disediakan dengan batu yang sudah disanitasi oleh penganjur.

Hanya 50 jemaah dibenarkan berada di setiap tingkat bagi melontar jamrah pada satu masa. 


Ibadah haji ini memang benar2 menguji kesabaran dan semoga Allah kuniakan rezeki utk kami ketanah suci lagi.

Tips :

- rancang Haji waktu usia masih muda sementara sihat & kuat
- jika mampu & berkesempatan, tunai umrah sebelum haji utk
mudah bila mengerjakan haji
- jika ingin menunai umrah, pilih umrah ramadhan kerana pengalaman saya umrah di bulan
ramadhan lebih puas & seronok
- jika anda jenis yang suka melihat negeri orang, pilih Umrah & Ziarah Turki atau Umrah Ziarah
Mesir kerana kita akan banyak belajar sejarah Islam. Lagipun lebih murah jika anda ambil pakej ini'
daripada pergi ke Turki/Mesir dan Umrah secara berasingan.


Anda mungkin berminat untuk mengikuti :














No comments:

Post a Comment

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...