Alhamdulillah, kali ini berpeluang bercuti ke negeri "Land Below The Wind", kami berlima dengan jadual perjalanan sendiri. Kos percutian kali ini RM80 sehari per pax meliputi hotel, makan pagi hingga malam ( makan seafood sampai tergolek...), kereta sewa , petrol, island hopping dan pelbagai perbelanjaan tapi tak masuk duit shopping,okay. Itinerary di bawah sekali.
1st day @ 19 Jan 2018
1:40pm : mendarat di Kota Kinabalu International Airport
Grabcar ke Promenade Service Apartment di Api-Api Centre, lebih kurang 5km, tambang RM14 ( Alza ). Sebelum tu tanya kat Airport Taxi counter, tambang RM42.
check-in di Promenade Service Apartment, studio room with kitchenette, 2 hari sebelum booking, harga RM128/room, dua hari kemudian turun RM88/room, terus booking
biliknya bersih, selesa, tak perlu yang mewah-mewah, lagipun untuk tidur malam je pun.
Lepas makan-makan terus proceed ke Filipino Market, dalam 800 meter shj dari Promenade.
On the way ke Filipino Market , KK Waterfront
Macam-macam ada jual di Filipino Market ni antaranya buah,ikan, kerepek, ikan bilis, ikan masin, cenderahati seperti t-shirt, mutiara dan lain-lain
seaweed, rebus untuk buat kerabu
Buah Tarap, a MUST try, buah ni tak jumpa di Semenanjung, bentuk macam buah sukun, isi macam buah cempedak, rasa ada seakan-akan laici, beli 3 biji bawa balik naik belon...haha
Tiga biji buah Bambangan terpaksa kami hadiahkan kepada Pegawai Kastam kerana baunya amat kuat, terpaksa buka packing kotak dan resealed semula,mujur pegawai tu benarkan bawa buah Tarap sebab ianya tak berbau.
Buah Bambangan
Boleh solat berjemaah di Masjid Al-Aman, masjid kecil, kalau dari tepi jalan, memang tak jangka ada masjid dalam kawasan Filipino Market sebab bentuk bangunan macam dewan, tak ada kubah. Tips : Elok kalau bawa air botol kecik, sebab keesokkannya, waktu subuh, air langsung tak ada, mujur saya dah berwuduk di hotel.
Selepas ke Filipino market, proceed ke gerai-gerai makan bersebelahan pasar besar Kota Kinabalu, dalam 900 meter dari Filipino Market. Makan malam seafood di Gerai Haji Manja.
memilih ikan, udang, sotong, scallop, kepah untuk dimasak
lobster
lobster in RM180 sekilo siap dimasak
Alhamdulillah, malam tu juga dapat makan bersama saudara Sainin Sitam, geng serumah & satu department masa di bank masa zaman bujang di AU3, Ampang Hulu Kelang, dah 29 tahun kami tak jumpa.
Terima kasih pada saudara Sainin yang drive dari Papar untuk bersama kami & bawa kami pusing-pusing Kota Kinabalu selepas dinner.
2nd day @ 20 Jan 2018
8:30am : Grabcar ( Honda-BRV ) dari Promanade Service Apt ke Jesellton Point untuk Island Hopping, 2.3 km & tambang RM7,
Tips : Untuk Island hopping, tanya 3 @ 4 kaunter sebelum beli tiket. Kaunter 1 anak saya tanya, letak harga RM211, kaunter 2 : RM200, kaunter 3 bagi best price RM180 ( 5 pax ) untuk Island hopping ke Pulau Manukan & Mamutik dengan jaket pelampung (RM10) & alatan snorkelling( RM10 ), dan termasuk jetty tax & entry pulau.
Kami beli tiket dari kaunter 10 : Island Hop Express.
Departure time : 8;30am onwards ( setiap 30 minit )
Returned time : 12:00pm to 5:00pm ( setiap sejam )
Tambang : 1 pulau : RM23
2 pulau RM33
3 pulau RM43
Jaket Keselamatan : RM10
Alat Snorkeling : RM10
Cukai Jetty : RM7
Entry Pulau : RM3
Departure time : 8;30am onwards ( setiap 30 minit )
Returned time : 12:00pm to 5:00pm ( setiap sejam )
Tambang : 1 pulau : RM23
2 pulau RM33
3 pulau RM43
Jaket Keselamatan : RM10
Alat Snorkeling : RM10
Cukai Jetty : RM7
Entry Pulau : RM3
berlima dengan speed boat ke Pulau Manukan
Pulau Manukan
Pulau Mamutik
Snorkeling di Pulau Mamutik memang best. air crystal clear dan ikan warna-warni banyak berenang-renang kat kita
Kami balik dengan boat jam 3:30 dan seperti yang dijanjikan, kami ambil kereta sewa di Jesselton Point. Kami sewa Proton Saga FLX Auto ( baru 8 bulan ), RM100 sehari, untuk 2 hari 4 jam, sewanya RM220, kami janji untuk serah kereta di KKIA waktu balik nanti.
TIPS : Sekiranya 1st day sampai di KK waktu tengahari & keesokan harinya plan nak island hopping, elok sewa kereta pada hari kedua bila balik dari pulau, sementara tu guna grab/uber sahaja, dengan cara ini kami dapat jimat RM100. Tambang Grabcar untuk 2 perjalanan RM21 sedangkan kalau sewa kereta dari hari sampai ke KK hingga balik dari pulau, kira-kira 1 hari 4 jam sewa kereta dalam RM120.
Contact No kereta sewa : 013-8777156 En Faizal , Fb : Kereta Sewa Bajet Sabah. Senang berurusan, dari sini saya whspp shj tanya harga, kemudian tranfer online duit RM100 untuk deposit, then tunggu delivery kereta di Jesselton Point.
TIPS : Plan aktiviti lawatan supaya selesai jam 6 ptg sebab kalau jam 6, sudah masuk senja, maghrib awal sejam lebih kurang jam 6 lebih, sementara waktu subuh jam 5 lebih, jam 6am, hari dah siang.
Kami solat jamak asar & zohor di masjid berdekatan, Masjid Bandaraya
Kami balik dengan boat jam 3:30 dan seperti yang dijanjikan, kami ambil kereta sewa di Jesselton Point. Kami sewa Proton Saga FLX Auto ( baru 8 bulan ), RM100 sehari, untuk 2 hari 4 jam, sewanya RM220, kami janji untuk serah kereta di KKIA waktu balik nanti.
TIPS : Sekiranya 1st day sampai di KK waktu tengahari & keesokan harinya plan nak island hopping, elok sewa kereta pada hari kedua bila balik dari pulau, sementara tu guna grab/uber sahaja, dengan cara ini kami dapat jimat RM100. Tambang Grabcar untuk 2 perjalanan RM21 sedangkan kalau sewa kereta dari hari sampai ke KK hingga balik dari pulau, kira-kira 1 hari 4 jam sewa kereta dalam RM120.
Contact No kereta sewa : 013-8777156 En Faizal , Fb : Kereta Sewa Bajet Sabah. Senang berurusan, dari sini saya whspp shj tanya harga, kemudian tranfer online duit RM100 untuk deposit, then tunggu delivery kereta di Jesselton Point.
TIPS : Plan aktiviti lawatan supaya selesai jam 6 ptg sebab kalau jam 6, sudah masuk senja, maghrib awal sejam lebih kurang jam 6 lebih, sementara waktu subuh jam 5 lebih, jam 6am, hari dah siang.
Kami solat jamak asar & zohor di masjid berdekatan, Masjid Bandaraya
Lepas tu ronda-ronda lagi
Menara Tun Mustapha
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah, Teluk Likas
Solat maghrib di masjid Universiti Malaysia Sabah
Then pekena sekali lagi seafood tempat yang sama seperti kelmarin di gerai Anjung Qaseh Adinda
Comments : Makan sepuas-puasnya seafood waktu di KK sebab seafoodnya fresh, harganya hampir setengah harga berbanding di Semenanjung cuma setbacknya makanan yang dimasak tak tasty macam di Semenanjung, kita makan disana kena ikut cita rasa orang disana le...hehe
3rd day @ 20 Jan 2018
Selepas sarapan & sebelum bertolak ke Tamparuli - Kundasang, kami jalan-jalan dulu di Pasar Tamu @ Gaya Street ( hari ahad shj, 6am hingga 1pm ), macam-macam ada jual, beli t-shirt & cenderahati , t-shirt disini lebih banyak corak & design berbanding Filifino Street, harga pun berpatutan.
Dari Tamparuli ke Kundasang, another 59km ( Total KK - Kundasang : 95km )
Checked in di Mount Kinabalu Heritage Hotel & Spa, Kundasang. Alhamdulillah, anak dapat booking 2 bilik under EPF staff rate, RM63.60 ( 2 bilik termasuk Geram Sampai Tua ), rate biasa RM180/bilik
Lepas check-in, terus ke Poring Hot Spring, Ranau tapi sampai jam 4:30 petang, Canopy Walk tutup jam 4:00 petang
Petang tu tak sempat ke Fish Spa
4th day @ 22 Jan 2018 - Isnin
Selepas sarapan terus drive ke Desa Cattle Dairy Farm
Tips : Melawat ke sana sebelum jam 9:00 pagi kerana biasa selepas jam 9:00, puncak gunung Kinabalu diliputi kabus dan tak berapa cantik untuk berfoto kerana tak nampak puncak gunung.
Selepas Desa Cattle Dairy Farmm drive balik ke Tagal Sg Moroli Fish Spa, Ranau sebab semalam tak sempat pergi
Dari Ranau terus gerak balik ke Kota Kinabalu dan tiba jam 2 petang,
Lunch untuk hari terakhir, kami makan di Gerai Lot 10, Anjung Senja. Makanan kali ini paling sedap kami rasa sepanjang di Sabah. Ownernya memamg Chef, pernah berkerja sebagai Chef di Kuala Lumpur. Kami semua bagi 5 bintang. Kalau nak makan seafood waktu malam, STRONGLY recommended tempat ini. Tomyamnya TERBAIK.
Anjung Senja, tidak jauh dari Promanade Hotel berhadapan dengan Parkson, Jalan Tun Fuad Stephen
Lot 10, Anjung Senja
9 Minutes Sabah Trip
Shopping sikit lagi beli udang segar, scallop, ikan bilis & solat asar di Masjid Negeri Sabah sebelum ke KKIA jam 7mlm .
Planning itinerary for next travelling in Aug 2018, inshaAllah.
TENTATIVE ITINERARY KOTA KINABALU - KUNDASANG
19 Jan 2018 - 22 Jan 2018 ( 4 hari 3 malam )
19 Jan 2018- Jumaat
11:05 pagi : Berlepas dari KLIA2
1:40 ptg Mendarat di Kota Kinabalu International Airport
3 ptg Check-in hotel :
Promenade Service Apt
Makan tengahari
Melawat Menara Tun Mustapha/solat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, shopping pasar kraftangan (Filipino Market)
Makan Malam / Rehat
Promenade Service Apt
Makan tengahari
Melawat Menara Tun Mustapha/solat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, shopping pasar kraftangan (Filipino Market)
Makan Malam / Rehat
Transport : Uber / GrabCar
20 Jan 2018 - Sabtu
8:00 pagi : Breakfast
8:30 pagi :
Jeti Jesselton
Island Hopping sebahagian Tuanku Abdul Rahman Marine Park meliputi :
Jeti Jesselton
Island Hopping sebahagian Tuanku Abdul Rahman Marine Park meliputi :
9.00 : Menaiki bot ke Pulau Manukan ( 20 min perjalanan )
Aktiviti : snorkeling, mandi, berenang dll
Aktiviti : snorkeling, mandi, berenang dll
11:00 : Menaiki bot ke Pulau Mamutik
Makan tengahari
( Optional : Melawat Pulau Sapi )
2:00 ptg : Menaiki bot ke Jeti Jesselton.
4:00 ptg : Pick up kereta sewa Saga FLX 013-8777156
Signal Hill Observatory Tower,
Pantai Tanjung Aru
Bersiar-siar / beli 0le-ole
Makan malam, seafood : Anjung Kasih Adinda (google fb ), Pasar Malam KK
Signal Hill Observatory Tower,
Pantai Tanjung Aru
Bersiar-siar / beli 0le-ole
Makan malam, seafood : Anjung Kasih Adinda (google fb ), Pasar Malam KK
Transport : Kereta Sewa
21 Jan 2018 - Ahad
8:30 Check out & bertolak ke Kundasang
Option lawatan : Rumah Terbalik, Jambatan Gantung Tamparuli
Singah berehat sebentar di Pekan Nabalu, Kota Belud ( 12 km sebelum Taman Negara Kinabalu ), pasar open air menjual sayur,buahan & bunga dan menjual cenderahati spt t-shirt, kraft tangan dll.
Makan tengahari
Check-in : Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa
Poring Hot Spring-Canopy Walkways & Air Terjun
Fish Spa, di Tagal Sg Moroli, Kg Luanti, Ranau
Ladang teh Kundasang
Makan malam / Rehat
Option lawatan : Rumah Terbalik, Jambatan Gantung Tamparuli
Singah berehat sebentar di Pekan Nabalu, Kota Belud ( 12 km sebelum Taman Negara Kinabalu ), pasar open air menjual sayur,buahan & bunga dan menjual cenderahati spt t-shirt, kraft tangan dll.
Makan tengahari
Check-in : Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa
Poring Hot Spring-Canopy Walkways & Air Terjun
Fish Spa, di Tagal Sg Moroli, Kg Luanti, Ranau
Ladang teh Kundasang
Makan malam / Rehat
22 Jan 2018 - Isnin
8.00 pagi : Desa Dairy Farm (Mini New Zealand)
Bergambar & minum/makanan tenusu
Bergambar & minum/makanan tenusu
Gerak kembali ke KK
1:00pm Makan tengahari
Free Time
Free Time
7.00pm Gerak ke KK airport
Flight ke KL 9.25pm
Entry Fee Details:
Kinabalu Park – RM3 (boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hot Springs sekali)
Park Museum – RM2
Canopy Walk at Poring Hot Springs – RM3
Camera Fee – RM5 (share dengan dua orang, jadi RM2.50 :P)
Fish Spa Kg. Luanti – RM5 (include GST)
Desa Dairy Farm – RM5 (include GST)
Kundasang War Memorial – RM2
Rumah terbalik – RM10.60 (include GST)
Taman Laut – RM3
Pakej Pulau Details: Pulau Manukan & Pulai Sapi
Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00
Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
Sewa jaket keselamatan : RM 10.00
Entry pulau: RM3
Anda mungkin berminat untuk mengikuti :
Anda mungkin berminat untuk mengikuti :
Melancong Backpack Bali 5H/4M
Tips Melancong Backpack Ke Korea - Part 1/2
Tips Melancong Backpack ke Korea - Part 2/2
Backpack ke Yogyakarta & Bandung
Switzerland- Land of beautiful lakes and mountains
Germany, We Have Landed
Throwback - Venice
Leaning Tower of Pisa
Melancong Ke Ho Chi Minh City- Saigon
Throwback - Istanbul
Tips Melancong Backpack Ke Korea - Part 1/2
Tips Melancong Backpack ke Korea - Part 2/2
Backpack ke Yogyakarta & Bandung
Switzerland- Land of beautiful lakes and mountains
Germany, We Have Landed
Throwback - Venice
Leaning Tower of Pisa
Melancong Ke Ho Chi Minh City- Saigon
Throwback - Istanbul
D
Nak tnya, naik parasailing tu berapa rm utk seorang?
ReplyDeleterm30
ReplyDeleteterima kasih atas info.. sgt2 membantu
ReplyDeletePakej Percutian Bajet Ke Sabah 2019
ReplyDeleteHanya RM175 seorang (Minimum 10 org)
Hari Pertama
��Airport Transfer
��Pusat Bandar Kota Kinabalu
��Rumah Terbalik
��Pekan Nabalu
��Pekan Kundasang
��Check in Homestay Kundasang
Hari Kedua
��Luanti Fish Tagal
��Arnab Village
��Sabah Tea
��Poring Hotspring
��Desa Cattle Mesilau
��Kinabalu Park
��Kota Kinabalu
��Pasar malam sinsuran
Hari Ketiga
��Jesselton Point
��Pulau Manukan/Sapi
��Tg Aru Beach
��Perdana Park
��Signal Hill
��Pasar Malam
Hari Keempat
��Pusat Bandar KK
��Pasar Pelipin
��Jamilah Jewellery
��Airport Transfer
Harga Pakej:
��2H1M RM175 seorang
��3H2M RM255 Seorang
��4H3M. RM335 Seorang
Pakej Termasuk,
1. Pengangkutan
2. Pemandu
3. Minyak kenderaan
4. Penginapan
Tidak Termasuk
1. Tiket Lawatan
2. Makan Minum
3. Lain lain perkhidmatan yg ditempah semasa menginap.
Hubungi
Raziman 0163751978. (Call/Whatsapp)
Jazakumullahu khairan katsirra
ReplyDeleteBanyak sebenarnya tempat best kat Sabah ni. Paling best rasanya kat Kundasang kot. sejuk tempat tu. Makanan laut pun banyak dan murah-murah sini. Rugi lah sape yang tak pernah pergi Sabah ni. Nak homestay di Kota Kinabalu? Tengok sini: https://profhariz.com/homestay-murah-di-kota-kinabalu/
ReplyDeleteDari Hotel 1st day td utk ke Desa Cattle D. FARM tu transportation prefer apa ya...
ReplyDeleteDari hotel di K.K ke Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang tu jauhnya lebih kurang 98km, saya syorkan sewa kereta, sebab boleh jalan merata-rata di Kundasang dan terus ke Ranau ( 30km dari Kundasang ) melawat Tagal Sungai Moroli Fish Spa, Poring Hot Spring dll. Utk sewa kereta contact/whssp No : 013-8777156 En Faizal , Fb : Kereta Sewa Bajet Sabah, senang berurusan dengan dia.Have a nice day.
ReplyDelete