Sunday 28 January 2018

Percutian Bajet Ke Kota Kinabalu, Tamparuli, Kundasang & Ranau - 4H/3M



Alhamdulillah, kali ini berpeluang bercuti ke negeri "Land Below The Wind", kami berlima dengan jadual perjalanan sendiri. Kos percutian kali ini RM80 sehari per pax meliputi hotel, makan pagi hingga malam ( makan seafood sampai tergolek...), kereta sewa , petrol, island hopping dan pelbagai perbelanjaan tapi tak masuk duit shopping,okay. Itinerary di bawah sekali.

1st day @ 19 Jan 2018 

1:40pm : mendarat di Kota Kinabalu International Airport





Grabcar ke Promenade Service Apartment di Api-Api Centre, lebih kurang 5km, tambang RM14 ( Alza ).  Sebelum tu tanya kat Airport Taxi counter, tambang RM42.


check-in di Promenade Service Apartment, studio room with kitchenette, 2 hari sebelum booking, harga RM128/room, dua hari kemudian turun RM88/room, terus booking





biliknya bersih, selesa, tak perlu yang mewah-mewah, lagipun untuk tidur malam je pun.

Lepas makan-makan terus proceed ke Filipino Market, dalam 800 meter shj dari Promenade.


On the way ke Filipino Market , KK Waterfront












Macam-macam ada jual di Filipino Market ni antaranya buah,ikan, kerepek, ikan bilis, ikan masin, cenderahati seperti t-shirt, mutiara dan lain-lain




seaweed, rebus untuk buat kerabu




Buah Tarap, a MUST try, buah ni tak jumpa di Semenanjung, bentuk macam buah sukun, isi macam buah cempedak, rasa ada seakan-akan laici, beli 3 biji bawa balik naik belon...haha




Tiga biji buah Bambangan terpaksa kami hadiahkan kepada Pegawai Kastam kerana baunya amat kuat, terpaksa buka packing kotak dan resealed semula,mujur pegawai tu benarkan bawa buah Tarap sebab ianya tak berbau.


Buah Bambangan







Boleh  solat berjemaah di Masjid Al-Aman, masjid kecil, kalau dari tepi jalan, memang tak jangka ada masjid dalam kawasan Filipino Market sebab bentuk bangunan macam dewan, tak ada kubah. Tips Elok kalau bawa air botol kecik, sebab keesokkannya, waktu subuh, air langsung tak ada, mujur saya dah berwuduk di hotel.



Selepas ke Filipino market, proceed ke gerai-gerai makan bersebelahan pasar besar Kota Kinabalu, dalam 900 meter dari Filipino Market. Makan malam seafood di Gerai Haji Manja.

memilih ikan, udang, sotong, scallop, kepah untuk dimasak

lobster

lobster in RM180 sekilo siap dimasak

Alhamdulillah, malam tu juga dapat makan bersama saudara Sainin Sitam, geng serumah & satu department masa di bank masa zaman bujang di AU3, Ampang Hulu Kelang, dah 29 tahun kami tak jumpa.






Terima kasih pada saudara  Sainin yang drive dari Papar untuk bersama kami & bawa kami pusing-pusing Kota Kinabalu selepas dinner.


2nd day @ 20 Jan 2018


8:30am  : Grabcar ( Honda-BRV ) dari Promanade Service Apt ke Jesellton Point untuk Island Hopping, 2.3 km & tambang RM7,

Kaunter tiket Island Hopping








Tips : Untuk Island hopping, tanya 3 @ 4 kaunter sebelum beli tiket. Kaunter 1 anak saya tanya, letak harga RM211, kaunter 2 : RM200, kaunter 3 bagi best price RM180 ( 5 pax ) untuk Island hopping ke Pulau Manukan & Mamutik dengan jaket pelampung (RM10) & alatan snorkelling( RM10 ), dan termasuk jetty tax & entry pulau.

Kami beli tiket dari kaunter 10 : Island Hop Express.

Departure time  : 8;30am onwards ( setiap 30 minit )
Returned time   : 12:00pm to 5:00pm ( setiap sejam )

Tambang  :  1 pulau : RM23
                    2 pulau   RM33
                    3 pulau   RM43

Jaket Keselamatan  : RM10
Alat Snorkeling         : RM10
Cukai Jetty               : RM7
Entry Pulau              : RM3


berlima dengan speed boat ke Pulau Manukan

Pulau Manukan










Aini parasailing dengan Korean





Amirah & Asikin, depart from Manukan Island and fly over Mamutik Island

Hari ini 80% yang pergi Island hopping ialah orang Korea, macam rasa di Pulau Jeju pulak.




Pulau Mamutik







Snorkeling di Pulau Mamutik memang best. air crystal clear dan ikan warna-warni banyak berenang-renang kat kita

Kami balik dengan boat jam 3:30 dan seperti yang dijanjikan, kami ambil kereta sewa di Jesselton Point. Kami sewa Proton Saga FLX Auto ( baru 8 bulan ), RM100 sehari, untuk 2 hari 4 jam, sewanya RM220, kami janji untuk serah kereta di KKIA waktu balik nanti.

TIPS :  Sekiranya 1st day sampai di KK waktu tengahari & keesokan harinya plan nak island hopping, elok sewa kereta pada hari kedua bila balik dari pulau, sementara tu guna grab/uber sahaja, dengan cara ini kami dapat jimat RM100. Tambang Grabcar untuk 2 perjalanan RM21 sedangkan kalau sewa kereta dari hari sampai ke KK hingga balik dari pulau, kira-kira 1 hari 4 jam sewa kereta dalam RM120.

Contact No kereta sewa : 013-8777156 En Faizal , Fb : Kereta Sewa Bajet Sabah. Senang berurusan, dari sini saya whspp shj tanya harga, kemudian tranfer online duit RM100 untuk deposit, then tunggu delivery kereta di Jesselton Point.

TIPS : Plan aktiviti lawatan supaya selesai jam 6 ptg sebab kalau jam 6, sudah masuk senja, maghrib awal sejam lebih kurang jam 6 lebih, sementara waktu subuh jam 5 lebih, jam 6am, hari dah siang.

Kami solat jamak asar & zohor di masjid berdekatan, Masjid Bandaraya





Lepas tu ronda-ronda lagi

Menara Tun Mustapha

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Ne­geri Sabah, Teluk Likas


Solat maghrib di masjid Universiti Malaysia Sabah



Then pekena sekali lagi seafood tempat yang sama seperti kelmarin di gerai Anjung Qaseh Adinda


Comments :  Makan sepuas-puasnya seafood waktu di KK sebab seafoodnya fresh, harganya hampir setengah harga berbanding di Semenanjung cuma setbacknya makanan yang dimasak tak tasty macam di Semenanjung, kita makan disana kena ikut cita rasa orang disana le...hehe


3rd day @ 20 Jan 2018

Selepas sarapan & sebelum bertolak ke Tamparuli - Kundasang, kami jalan-jalan dulu di Pasar Tamu @ Gaya Street ( hari ahad shj, 6am hingga 1pm ), macam-macam ada jual, beli t-shirt & cenderahati , t-shirt disini lebih banyak corak & design berbanding Filifino Street, harga pun berpatutan.


Perjalanan dari KK ke Tamparuli adalah sejauh 36km, singgah di Rumah Terbalik & 3D wonders museum




















Jambatan Gantung Tamparuli


Dari Tamparuli ke Kundasang, another 59km ( Total KK - Kundasang : 95km )

Checked in di Mount Kinabalu Heritage Hotel & Spa, Kundasang. Alhamdulillah, anak dapat booking 2 bilik under EPF staff rate, RM63.60 ( 2 bilik termasuk Geram Sampai Tua ), rate biasa RM180/bilik






Lepas check-in, terus ke Poring Hot Spring, Ranau tapi sampai jam 4:30 petang, Canopy Walk tutup jam 4:00 petang





Petang tu tak sempat ke Fish Spa

4th day @ 22 Jan 2018 - Isnin

Selepas sarapan terus drive ke  Desa Cattle Dairy Farm

Tips : Melawat ke sana sebelum jam 9:00 pagi kerana biasa selepas jam 9:00, puncak gunung Kinabalu diliputi kabus dan tak berapa cantik untuk berfoto kerana tak nampak puncak gunung.

















Selepas Desa Cattle Dairy Farmm drive balik ke Tagal Sg Moroli Fish Spa, Ranau sebab semalam tak sempat pergi




Dari Ranau terus gerak balik ke Kota Kinabalu dan tiba jam 2 petang, 

Lunch untuk hari terakhir, kami makan di Gerai Lot 10, Anjung Senja. Makanan kali ini paling sedap kami rasa sepanjang di Sabah. Ownernya memamg Chef, pernah berkerja sebagai Chef di Kuala Lumpur. Kami semua bagi 5 bintang. Kalau nak makan seafood waktu malam, STRONGLY recommended tempat ini. Tomyamnya TERBAIK.

Anjung Senja, tidak jauh dari Promanade Hotel berhadapan dengan Parkson, Jalan Tun Fuad Stephen

Lot 10, Anjung Senja


9 Minutes Sabah Trip


Shopping sikit lagi beli udang segar, scallop, ikan bilis  & solat asar di Masjid Negeri Sabah sebelum ke KKIA jam 7mlm .

Planning itinerary for next travelling in Aug 2018, inshaAllah.



TENTATIVE ITINERARY KOTA KINABALU - KUNDASANG
19 Jan 2018 - 22 Jan 2018 ( 4 hari 3 malam )

19 Jan 2018- Jumaat

11:05 pagi : Berlepas dari KLIA2
1:40 ptg Mendarat di Kota Kinabalu International Airport

3 ptg Check-in hotel :

Promenade Service Apt
Makan tengahari
Melawat Menara Tun Mustapha/solat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, shopping pasar kraftangan (Filipino Market)
Makan Malam / Rehat

Transport : Uber / GrabCar

20 Jan 2018 - Sabtu

8:00 pagi : Breakfast

8:30 pagi : 
Jeti Jesselton

Island Hopping sebahagian Tuanku Abdul Rahman Marine Park meliputi :
9.00 : Menaiki bot ke Pulau Manukan ( 20 min perjalanan )

Aktiviti : snorkeling, mandi, berenang dll

11:00 : Menaiki bot ke Pulau Mamutik

Makan tengahari
( Optional : Melawat Pulau Sapi )

2:00 ptg : Menaiki bot ke Jeti Jesselton.

4:00 ptg : Pick up kereta sewa Saga FLX 013-8777156

Signal Hill Observatory Tower,
Pantai Tanjung Aru
Bersiar-siar / beli 0le-ole
Makan malam, seafood : Anjung Kasih Adinda (google fb ), Pasar Malam KK

Transport : Kereta Sewa

21 Jan 2018 - Ahad

8:30 Check out & bertolak ke Kundasang

Option lawatan : Rumah Terbalik, Jambatan Gantung Tamparuli

Singah berehat sebentar di Pekan Nabalu, Kota Belud ( 12 km sebelum Taman Negara Kinabalu ), pasar open air menjual sayur,buahan & bunga dan menjual cenderahati spt t-shirt, kraft tangan dll.

Makan tengahari  

Check-in : Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa
Poring Hot Spring-Canopy Walkways & Air Terjun

Fish Spa, di Tagal Sg Moroli, Kg Luanti, Ranau
Ladang teh Kundasang
Makan malam / Rehat

22 Jan 2018 - Isnin

8.00 pagi :  Desa  Dairy Farm (Mini New Zealand) 
Bergambar & minum/makanan tenusu
Gerak kembali ke KK

1:00pm  Makan tengahari  

Free Time

7.00pm Gerak ke KK airport
Flight ke KL 9.25pm


Entry Fee Details:
Kinabalu Park – RM3 (boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hot Springs sekali)
Park Museum – RM2
Canopy Walk at Poring Hot Springs – RM3
Camera Fee – RM5 (share dengan dua orang, jadi RM2.50 :P)
Fish Spa Kg. Luanti – RM5 (include GST)
Desa Dairy Farm – RM5 (include GST)
Kundasang War Memorial – RM2
Rumah terbalik – RM10.60 (include GST)
Taman Laut – RM3
Pakej Pulau Details: Pulau Manukan & Pulai Sapi
Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00
Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
Sewa jaket keselamatan : RM 10.00



D

8 comments:

  1. Nak tnya, naik parasailing tu berapa rm utk seorang?

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas info.. sgt2 membantu

    ReplyDelete
  3. Pakej Percutian Bajet Ke Sabah 2019

    Hanya RM175 seorang (Minimum 10 org)

    Hari Pertama
    ��Airport Transfer
    ��Pusat Bandar Kota Kinabalu
    ��Rumah Terbalik
    ��Pekan Nabalu
    ��Pekan Kundasang
    ��Check in Homestay Kundasang

    Hari Kedua
    ��Luanti Fish Tagal
    ��Arnab Village
    ��Sabah Tea
    ��Poring Hotspring
    ��Desa Cattle Mesilau
    ��Kinabalu Park
    ��Kota Kinabalu
    ��Pasar malam sinsuran

    Hari Ketiga
    ��Jesselton Point
    ��Pulau Manukan/Sapi
    ��Tg Aru Beach
    ��Perdana Park
    ��Signal Hill
    ��Pasar Malam

    Hari Keempat
    ��Pusat Bandar KK
    ��Pasar Pelipin
    ��Jamilah Jewellery
    ��Airport Transfer

    Harga Pakej:
    ��2H1M RM175 seorang
    ��3H2M RM255 Seorang
    ��4H3M. RM335 Seorang

    Pakej Termasuk,
    1. Pengangkutan
    2. Pemandu
    3. Minyak kenderaan
    4. Penginapan

    Tidak Termasuk
    1. Tiket Lawatan
    2. Makan Minum
    3. Lain lain perkhidmatan yg ditempah semasa menginap.


    Hubungi

    Raziman 0163751978. (Call/Whatsapp)

    ReplyDelete
  4. Jazakumullahu khairan katsirra

    ReplyDelete
  5. Banyak sebenarnya tempat best kat Sabah ni. Paling best rasanya kat Kundasang kot. sejuk tempat tu. Makanan laut pun banyak dan murah-murah sini. Rugi lah sape yang tak pernah pergi Sabah ni. Nak homestay di Kota Kinabalu? Tengok sini: https://profhariz.com/homestay-murah-di-kota-kinabalu/

    ReplyDelete
  6. Dari Hotel 1st day td utk ke Desa Cattle D. FARM tu transportation prefer apa ya...

    ReplyDelete
  7. Dari hotel di K.K ke Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang tu jauhnya lebih kurang 98km, saya syorkan sewa kereta, sebab boleh jalan merata-rata di Kundasang dan terus ke Ranau ( 30km dari Kundasang ) melawat Tagal Sungai Moroli Fish Spa, Poring Hot Spring dll. Utk sewa kereta contact/whssp No : 013-8777156 En Faizal , Fb : Kereta Sewa Bajet Sabah, senang berurusan dengan dia.Have a nice day.

    ReplyDelete

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...