Waze : S.M Badjenin & Son ( ya..dieja sebagai Badjenin )
Sudah hampir 15 tahun saya ke sini. Dulunya selalu ke sini bila attend regional meeting di CIMB, Beach Street. Sekarang datang bila stok untuk kegunaan sendiri dah habis. Sabtu lepas bila balik Ptg Pauh, lari kejap ke sini sebelum ke kenduri kahwin anak jiran lama di SeberangJaya.
terlampau banyak tester, dah tak tau mana nak pilih
Size botol minyak wangi.
Harga bergantung pada ounce/ml dan mengikut bauan.
Sebagai perbandingan , harga 1 ounce Distinctive, Brave Heart : RM14, Overnight : RM16 sedangkan 12ml Dark Hero lebih tinggi RM17. ( 1 ounce = 29.5 ml )
SM Badjenid ini cuma walking distance dari jeti feri sebelah pulau, terletak betul-betul disimpang traffic light lebuh pantai / lebuh chulia. Selepas beli minyak wangi, pekena pulak nasi kandar di sebelah i.e Restoran Kassim Mustafa....hahaha
Anas r.a menceritakan :
ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول اللهMaksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)
Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).
Saya adalah pelanggan setia minyak wangi tanpa alkohol SM Bajnaid sejak Tahun 1996...sekarang saya dah berpindah ke T.Intan...saya sukar utk mendapatkan stok sekarang...ada jual online tak ?
ReplyDeleteBoleh order dari website badjenidandsons.com
DeleteTk utk info.
Deletesaya kebiasaannya pergi ke sana bila ada kelapangan semasa pulang ke rumah mertua di Ptg Pauh, mgkn tuan boleh hubungi direct +604 261 0766
ReplyDeleteMcm mana nak Oder minyak wangi
ReplyDeleteboleh order online : https://badjenidandsons.com/
Delete