Sunday 18 September 2016

Aidil Adha di Perantauan



Tahun ini kami sekeluarga tidak beraya di kg. saya di Batu Gajah ataupun kg isteri di Permatang Pauh tapi sebaliknya kami beraya di Kota Bharu, Kelantan. Negeri Kelantan dan loghat pertuturannya bukanlah asing bagi saya kerana saya pernah menetap 6 tahun di Kuala Krai dari sekolah rendah sehingga ke tingkatan 5.

Jumaat, 9 Sept :  Kami menginap di homestay,  Gerik. 

Sabtu, 10 Sept    : Tengahari selepas majlis akad nikah saudara, kami terus ke KB. Jalan tidaklah jam sangat walaupun kereta berderet panjang disebabkan kereta terpaksa mengekori lori-lori.



henti di Tanah Merah, pekena durian kampung

Petangnya, check-in di Rose Homestay, Wakaf Che Yeh






Tempat penginapannnya selesa, bersih dan lengkap dengan kelengkapan asas. Berdekatan  dengan Masjid.Terima kasih kepada pemilik, En. Mazri. [ 013-9868009 ]

Selepas asar, kami ke Ketereh.



Isteri ziarah  Puan Nurawati, rakan sekolah semasa di Convent, Bkt Mertajam.

Ahad  : Jam 3 petang, check-in di Khalifa Suites, kami booked bilik bukannya melalui Khalifa suites tetapi melalui pemilik suite persendirian. Jika melalui Khalifa suites, jenis biliknya adalah Deluxe Suites. Suitesnya luas, bersih dan amat selesa dan lengkap dengan dapur memasak, sesuatu yang amat kami perlukan bila bercuti disini kerana kedai makan tidak dibuka pada hari raya aidil adha. Satu perkara yang menarik, suite apartment ini bersebelahan masjid negeri, Masjid Muhammadi. Bila azan berpusu-pusu jemaah turun dari hotel ke masjid, terasa sepert berada di Mekah/Madinah.






Pantri

Terima kasih kepada Puan Noor, pemilik suite [ 019-2695670 ]

Isnin : 10 Zulhijjah 1437H, Hari Raya Aidil Adha


Masjid Muhammadi, takbir di pagi raya



4 dari 5 anak perempuan siap untuk solat Aidil Adha


Terima kasih pada Puan Isteri kerana awal-awal pagi sediakan nasi impit, spagetti, puding mangga, halwa buah kabung dan tapai pulut, macam beraya di rumah le pulak...

Tengahari, beraya di rumah makcik Rose di Jalan Guchil Bayam, KB jiran keluarga saya semasa di Kuala Krai. Pertama kali berjumpa selepas 35 tahun !





Beraya di rumah Dr. Ariffin di Wakaf Sena









Anak Dr. Ariffin ( 2 dari kiri ) adalah rakan anak saya semasa di Uitm 


Beraya di rumah En Anuar, Kg. Tiong, Pendek


Terima kasih kepada keluarga Makcik Rose, Puan Nura, Dr. Ariffin dan En Anuar kerana sudi dan bersusah payah menerima kunjungan hari raya kami

Selasa : 11 Zulhijjah , hari tasyrik

Selepas seharian makan-makan semalam, pagi ni cari makan lagi....


Nasi Kak Wok


Roti Titab, a must try





Kami check-out jam 11.45 pagi, perlu awal supaya tidak lewat malam melalui Lojing. Jalan dari KB ke Kuala Krai agak jam. Solat asar di Gua Musang dan Alhamdulillah tiba  di Ipoh, jam 8 malam. 







No comments:

Post a Comment

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...