Sunday 31 October 2021

Food Hunting : Mencari Nasi Kandar

Pukul 4 pagi dah bangun, hati kena kental...hahaha.

Redah highway awal pagi & sampai masjid Padang Rengas jam 5.45 pagi ngam-ngam sebelum azan Subuh.




Sampai stesen KTM untuk naik komuter jam 7:00 pagi. Saya ambil cuti & kami travel hari Khamis untuk elakan kesesakan. Kalau weekend pasti komuter penuh.



Waktu Fasa Pemulihan ni komuter dar Padang Rengas ke Butterworth  cuma ada 2 trip sahaja sebelah pagi iaitu jam 5:20 pagi & 7:00 dan 2 trip sebelah petang jam 5:20pm dan 7:10pm


Jadual Komuter Padang Rengas - Butterworth





Tiba di Butterw9rth @ Penang Sentral, ngam-ngam jam 8.16am seperti dijadualkan. Timing perfect.

Pekena roti canai di Penang Sentral ( 2nd time dine-in selepas SOP membenarkan dine-in ) santai-santai, tak perlu kalut-kalut...haha

Ini 1st time kami naik ferry laju selepas service ferry lama ( yang bawa penumpang/motor / kereta ) ditamatkan. Ferry pun guna ferry Langkawi ..hehe. Tiket free percuma hingga Dis 2021.


Ingat tersilap naik ferry nak gi Langkawi...hehe

Ferry berlabuh kat Swettenham pier, tempat kapal-kapal cruise berlabuh dan disediakan free shuttle ke Weld Quey Bus Station untuk naik CAT bus. CAT bus ini percuma  berhenti di banyak station, refer link CAT bus bawah untuk laluan perjalanan.

Swettenham Pier


Shuttle bus dari Swettenham Pier ke Weld Quey bus terminal untuk ambil free CAT bus


Dari Weld Quay Station bus, kami ambil free CAT bus & turun di Komtar.






Lepas pusing-pusing Komtar terus ke restoran pilihan kami, Hameediyah Restaurant, Campbell Street. Penang ni banyak rest. nasi kandar yang sedap tapi kami selalu pilih Hameediyah sebab rest. bersih & kena dengan rasa tekak kami...hahaha cuma yang problem sentiasa kena beratoq panjang.





just simple nasi kandar kuah campur, ayam bawang + bendi, tak minat banyak-banyak lauk, nanti rasa original lari


Lepas perut kenyang, solat Zohor kat Masjid Kapitan Keling.


built in 1801

Lepas solat, seberang dengan ferry semula untuk balik kampung kejap di Permatang Pauh & naik komuter jam 5:40pm ke Padang Rengas dan sampai di rumah di Ipoh jam 8:45pm



Ini adalah kali ke 3@4, kami pekena nasi kandar cara begini. Sebelum PKP kami pernah naik komuter pagi dari Padang Rengas direct ke Padang Besar, cross sempadan Thailand, chop passport, naik tut-tut, pekena tom-yam dan patah balik ke Ipoh hari yang sama.Pernah juga dari stesyen Padang Besar naik keretapi Thailand ke Haadyai, tiket keretapi cuma rm7 shj. InshaAllah nak travel macam ni  lagi bila sempadan Malaysia-Thailand di buka.


Terima kasih kerana singgah di blog kami. Anda mugkin ingin mengikuti :


AA Snap Special Langkawi









No comments:

Post a Comment

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...