Thursday 13 February 2020

Hibah


Hibah adalah amalan sunat yang digalakan didalam Islam dan dari segi syarak ianya merupakan satu aqad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seorang yang lain ketika hidupnya tanpa sebarang balasan dan sebagai tanda kasih sayang.

Surah Al-Baqarah [2] : Ayat 177 :
"...dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi..."

Rukun Hibah terbahagi kepada 4 : i. Pemberi Hibah : orang yang memiliki harta  ii. Penerima Hibah : penerima yang akan menerima harta dari pemberi hibah  iii. Harta yang dihibah : pemilikan sempurna oleh pemberi hibah  iv, Aqad : Ijab dan Qabul

Antara  sebab-sebab mengapa hibah dibuat : anak semuanya perempuan, ada anak angkat, pasangan tiada anak, individu belum berkahwin, ada anak lelaki & perempuan dan harta ingin diberi sama rata, tiada kos guaman dan mahkamah, perwarisan harta lebih mudah & cepat dan lain-lain.














جَزَاكَ ٱللّٰهُ خَيْرًا  kepada dua rakan jemaah masjid : Tn Hj Abd Rahman, Hakim Kanan Mahkamah Syariah kerana mengedit & menambah baik draf hibah & En Fadzil, peguam syarie yang memberi nasihat legal aspects of hibah dan sebagainya.


Semoga perkongsian dokumen hibah ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin membuat hibah, inshaAllah.


















No comments:

Post a Comment

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...