Sunday 8 May 2016

Tips Memandu / Melancong Ke Hat Yai, Thailand



Kami telah beberapa kali ke Hat Yai sebelum ini tetapi kali terakhir adalah lebih kurang 18 tahun yang lepas semasa dalam perjalanan ke Phuket, waktu itu anak-anak pun masih kecil lagi.. Asalnya selepas kenduri di Merbuk, kami bercadang untuk tidur di Alor Setar sahaja tapi ubah keputusan selepas terfikir Hat Yai tak sampai sejam dari sempadan Malaysia.

Di Changlun, selepas stesyen Petronas ( sebelah kiri ), kami henti di Changlun Tours untuk urusan insuran kereta dan dokumen perjalanan masuk Thailand. Untuk ke Thailand, bawa bersama ./ lengkapkan :

i.   Kad pendaftaran kenderaan asal / salinan kad pendaftaran depan belakang,             
     Kenderaan  perlu kepunyaan sendiri dan sekiranya cukai jalan di perbaharui di kiosk  
     JPJ / Myeg  sebelum ini,maka maklumat pembaharuan cukai di kad pendaftaran perlu          dikemaskinikan  dulu di JPJ.

ii.  Insuran ke Thailand adalah dari syarikat insurance Thai untuk coverage selama 9 hari &      ianya 3rd party coverage, premium yang kami bayar ialah  RM25 ( mpv ) /kereta (RM16 )





Insurance Coverage

iii.    Lengkapkan arrival & departure card ( TM6 / Kad Putih )


       Kad akan di cop oleh imigresen Thai  dan perlu disimpan & diserahkan kembaI kepada        imigresen  Thai bila  melalui sempanan untuk pulang ke Malaysia

iv    Borang TM2 dan TM3 ( 2 salinan untuk setiap borang )
       Satu salinan borang TM2 & TM3 diserahkan kepada Imigresen Thai sewaktu masuk              dan satu salinan lagi diserahkan kepada imigresen Thai semasa pulang



TM2 -Information On Conveyance


TM3 - Passenger list

Cara melepasi sempadan :

Selepas pasport dicop imigresen Malaysia, pandu kenderaan melepasi imigresen Thai dan park kereta di Sadoa berhampiran imigresen Thai. Pemandu dan penumpang perlu turun dan beratur semula di kaunter imigresen Thai utk chop pasport. Pemandu kenderaan perlu sertakan RM3 bersama pasport dan penumpang RM1. Ini bukannya untuk wang 'under counter' kerana di papantanda imigresen Thai ada tertulis pemandu perlu bayar 25 Bath dan penumpang 5 Bath tetapi tiada resit dikeluarkan. Satu salinan borang TM2 & TM3 perlu diserahkan kepada imigresen Thai. Polisi insuran tidak perlu diserahkan dan disimpan dalam kereta.

Mobile Data

Kami perlu bergantuing sepenuhnya pada applikasi Waze, jadi perlu ada mobile data dan beli sim kad bersama data dengan harga RM19.90, Sim kad banyak dijual di jedai-kedai sebaik melepasi imigresen Thai.



Hotel

Kebiasaannya saya akan guna agoda.com untuk booking hotel tetapi diberitahu saudara bahawa hotel-hotel di Thailand ada yang tidak reserve hotel untuk kita walaupun booking dah confirmed oleh agoda. Sebelum ini saya plan untuk bermalam di Lee Garden Plaza Hotel / Grand Plaza/ hotel berdekatan tetapi diberitahu oleh Changlun Tours bahawa hotel2 tersebut dah fully booked sebab terlalu ramai Malaysian kesana kerana cuti hari pekerja. Mereka beritahu bahawa dari jam 4.30 pagi kenderaan dah beratur untuk masuk ke Thailand ( sempadan dibuka jam 6:00 pagi dan ditutup jam 12:00 malam, waktu Malaysia ).

Selepas anak-anak google kami walk in dan check-in di Thong Manee Hotel  ( Waze : Thong Manee Hotel, Sripoovanart Road ). Hotel ini rating di Agoda : very good : 7.6/10 ). Bilik hotel ini besar, amat bersih dan 'dirt cheap' dan baru siap satu tahun. Kalau di Malaysia confirm rate RM200 keatas. Kami ambil 2 bilik sebab family  room telah fully booked.



bilik kami RM69






Bilik anak-anak kami RM79

Kami check-in jam 8:00 malam dan bergegas ke Khlong Hae Floating Market lebih kurang 7 km dari hotel kami ( Waze : Khlong Hae Floating Market )


Floating market ini dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 4:00 petang hingga jam 9:00 malam, waktu Thai. Majoriti  peniaga diatas sampan adalah Muslim Thai, dibahagian atas dataran terdapat gerai-gerai menjual makanan, pakaian, kasut, cenderahati dan sebagainya. Jika ingin beli t-shirt beli di Hat Yai town ( 10 Bath ) sementara di sini ( 13 Bath ). Cantik ke sini waktu malam kerana lampu warna-warninya.




Sarapan Pagi

Pagi kami bersarapan di Kak Sah Muslim Kitchen ( berhadapan Diana Shopping Complex Center dan Mc Donald ) ( Waze : Diana Shopping Complex Center ) tapi cuma dapat merasa roti canai dan beehon goreng sahaja. Ini kerana banyak bus persiaran Malaysia yang tiba lebih awal dari kami.





Selepas sarapan, kami ke Prachatipat Road ,area Lee Garden Plaza Hotel, ( Waze : Lee Garden Plaza Hotel ) actually, tujuan kami ke sini cuma nak bermalam dan jalan-jalan cari makan tapi bila dah tawaf kedai, TERbeli pulak benda-benda yang tak dirancang seperti conforter, beg travel polo, kasut kulit dan tak termasuk lagi t-shirt dan sebagainya sampai terpaksa ke money changer lagi. Ini kerana harga barang-barang di sini irresistible !!.


Hamid Restoren - hadapan Lee Garden Plaza Hotel

Pulut Mangga -Favourite isteri & anak, di sebelah tepi Lee Garden Plaza, memang sedap


Kami belum lagi jumpa tomyam dan mangga pulut yang kami nak cari awal-awal bila tiba di sini. Jadi kami ke Salma Restoren ( Waze : Salma Restaurant, Prachatipat Road ) untuk lunch. Kami order tomyam dan beberapa side order dan masakan disine awesome. Sejak makan di Hamid restoren 18 tahun lepas, inilah tomyam terbaik compared dengan tomyam di Malaysia.( Hamid Restoren lebih kurang 100 meter ke hadapan )






Sebelum balik, kami singgah di Central Festival Mall





 Surau di tingkat 2 Festival mall




Kami tiba semula di sempadan jam 7:00 malam, dan di imgresen Thai, borang TM2 & TM3 perlu diserahkan dan dikenakan bayaran RM3.

Next destination : memandu ke Krabi, in sha Allah











6 comments:

  1. Jadi..yg sedap nye kedai hamid ke kedai salma ye?

    ReplyDelete
  2. Jadi..yg sedap nye kedai hamid ke kedai salma ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pernah ke kedai Hamid tahun lepas, komen saya harga Mahal tapi tak sedap. lagi sedap masakan thai di Malaysia. Salma boleh tahan, tak terlalu kuat bau kicap thai.

      Delete
  3. Norfaiza, dulu saya pernah try rest hamid, memang sedap tapi kali ini kami cuma sempat makan di rest salma, sedap juga, tak sempat nak makan di rest hamid, apa pun bagi saya masakan kedua2 rest are better that malaysian thai rest.

    ReplyDelete
  4. Jom ke HATYAI dari KL 13 – 16 Mac 2020 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance ✈ Untuk full itinerary boleh ws di no 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    https://www.instagram.com/pakejmuslimtravel/?hl=en

    ReplyDelete

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...