Thursday 11 October 2012

Rezeki Allah

" Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. " - Surah At- Talaq. Ayat 2-3

Anak saya, Anis Amalina bercerita yang dia menerima panggilan dari Celcom di bulan Ramadhan dan diberitahu bahawa no handphone beliau telah memenangi hadiah harian Celcom dan beliau ditanya dua soalan yang amat mudah. Pemanggil memberitahu akan menghantar cek kepadanya. Saya tak percaya ini semua dan bertanya anak saya samada dia ada memberitahu no akaun beliau atau pin no kerana telah banyak penipuan seumpama ini.

Setelah hampir sebulan, tiga hari lepas saya menerima satu courier atas nama anak saya. Setelah mendapat kebenaran beliau, saya membuka plastik courier dan mendapati ada satu cek atas nama beliau untuk RM1,000. Iniilah rezeki yang tidak disangka-sangka dan sedikit sebanyak terubat juga rasa kecewa saya selepas laptop beliau dicuri dari bilik asrama UiTM Sri Iskandar pada Ramadhan yang lepas. Syukur Alhamdulillah ya Allah.

...








No comments:

Post a Comment

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...