Pasar Loken @ Pasar Karat @ Memory Lane Morning Market
Hari : Ahad sahaja
Masa : 6:30 pagi hingga - 12 tengahari
Lokasi : Jalan Horley
Waze : Memory Lane Morning Market
Jika berpeluang berada di Ipoh pagi Ahad, cuba berjalan-jalan di Loken, dinasihatkan datang awal pagi atau sekiranya selepas 9 pagi mungkin terpaksa jalan bergesel-gesel dengan pengunjung2 dengan matahari semakin terik. Tapak asal pasar karat ini sebelumnya berdekatan dengan Lam Look King di Jalan Laksamana. Walaupun sekarang diberi nama moden iaitu Memory Lane tapi tempat ini lebih dikenali oleh penduduk Ipoh sebagai Loken ( Look King )
Loken sepanjang 2 km ini bukan sahaja menjual barangan lama/antik tetapi juga kain baju, buah-buahan, peralatan telefon, barangan elektrik, ubatan tradisional dan macam-macam lagi.
Sekiranya ada yang tinggal di Riverfront Hotel, Tower Regency Hotel, Excelsior, Syuen Hotel, Loken hanyalah 'walking distance' sahaja.
Selamat ' chiak hong '

Seingat saya, semasa menjalani praktikal di bank tahun 1985, cheque writer ini masih digunakan oleh bank
Kipas ini nampak sahaja buruk. tapi bila tanya harganya RM950. Topi Vic Morrow pun ada
Jam di rumah yang dah lebih 60 tahun ni, kalau jual di Loken
mahal agaknya...hehehe