Friday, 23 July 2021

Throwback 2000 : Umrah Ziarah Istanbul








Umrah Ziarah Instanbul kami adalah selama 19 hari : 15 hari di Madinah & Mekah dan 4 hari di Istanbul, all-in harga pakej waktu tu RM4,300/pax.

Jadual program adalah Umrah terlebih dahulu, namun disebabkan kami terbang menaiki Turkish Air, pesawat menuju ke selatan melepasi ruang udara Jeddah dan naik semula ke utara untuk transit di Istanbul & kemudian terbang semula arah selatan ke Jeddah.


Ladang Unta di Hudaibiyah





Tempat membuat kelambu Kaabah yang ditukar pada setiap musim haji & kos menyiapkan kiswah Kaabah adalah sekitar Saudi Riyal 17 juta.





Masjid Nabawi

Bukit Thur dibelakang dimana Rasulullah SAW bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar ketika dikejar musuh




Masjid Quba'

 

I S T A N B U L

Kalau zaman sekolah dulu, kita lebih mengenali Constantinople @ Byzantium daripada Istanbul. Dahulunya Constantinople merupakan pusat kepada  3 kerajaan iaitu Rom, Byzantium dan  Othmaniah.

Untuk lebih daripada 1,500 tahun, Constantinople dikenali antara bandar yang terpenting di dunia menyebabkan Napoleon Bonaparte pernah berkata " If the world were a single state, Constantinople would be its capital"

Rasulullah bersabda " Constantinople  akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik tentera..."

( Hadis riwayat Imam Ahmad )

Setelah 800 tahun kemudian Panglima yang berjaya membuka Constantinople adalah Sultan Muhammad Al Fateh pada usia 21 tahun.

Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. 

Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople"

Istanbul adalah satu-satu bandar didunia yang terletak di atas dua benua iaitu Eropah dan Asia.

Kota Istanbul merupakan sebuah tempat paling strategik dari segi ekonomi dan politik  kerana kedudukan Selat Bosphorus yang memisahkan Asia dan Eropah.

Tiba di Atartuk Airport dari Jeddah


Hagia Sophia


Hagia St Sophia dahulu gereja tetapi ditukar mejadi muzium dan kini dijadikan masjid dan sekarang bergelar Masid Besar Hagia Shopia dan pada 24 Julai 2020, Presiden Recep Tayyip Erdogan menyertai solat pertama di masjid tersebut selepas 86 tahun

Hagia Sophia semasa menjadi muzeum









Sultan Ahmed Mosque ( Masjid Biru @ The Blue Mosque ) dibina dalam 
tahun 1609






















Muzeum Istana Topkapi banyak menyimpan artifek sejarah Islam







Di dalam Topkapi Palace, Al Quraan dibaca bergilir-gilr 24 jam sehari terus menerus dan tidak pernah berhenti sejak tahun 1517



Janggut Rasulullah SAW disimpan disini

Pedang & busur memanah Rasulullah SAW


Bekas tapak kaki Rasulullah SAW





Grand Bazaar di Istanbul adalah bazar tertutup yang tertua dan terbesar di dunia dan menempatkan lebih daripada 4,000 bazar jualan bermacam-macam barang


Di dalam Grand Bazar

Menenun karpet di Bazaar  54


Karpet kecil ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan & berharga RM20,000





Minum tea di atas bukit di Camlica, Istanbul (Asia)




Bersama family Unsal Seker di Camlica






Boat cruise di Selat Bhospourus yang memisahkan antara Instanbul Eropah dan Instanbul Asia










di sebelah belakang adalah Jambatan Sultan Mehmet Fatih

Jambatan Sultan Mehmet Fatih menghubungkan Benua Asia dan Benua Eropah


























Tuesday, 20 July 2021

Throwback 1997 : Travelog Haji


Selepas 1st Umrah 1994, kami terus daftar haji & waktu itu kos haji hanya RM5,900 ( muasasah ), sempat berkursus haji selama 2 tahun. Pada tahun 1996 kami diberi gelang haji dan disuntik namun diletakkan dalam senarai menunggu, sebelum dipanggil menunaikan haji pada tahun 1997. Anak waktu itu usia 5 thn & 4 thn, kami tinggalkan di rumah Permatang Pauh & dijaga oleh ibubapa saya. Flight kami @ 29/3/1997 ( MH4050 ) berlepas jam 3 pagi dari Bayan Lepas Airport mengambil masa 8 jam dan tiba di Jeddah sekitar jam 6 pagi.

tiba di lapangan terbang Jeddah




Berada di Madinah selama 8 hari. Hari pertama di Madinah, sakit gigi saya sejak di Malaysia semakin berdenyut, semasa di dalam masjid Nabawi, terlintas dihati saya berkata " daripada sakit berdenyut gigi ni, lebih baik demam pun tak apa". Hasilnya esok sakit gigi hilang dan saya demam mengigil tiga hari, flat terus cuma larat keluar solat waktu shj itu pun mengigil disebabkan air-cond kuat di masjid Nabawi. Di Madinah duduk 8 orang 1 bilik & sempatlah isteri mandikan air asam jawa..haha.










Di Mekah kami ditempatkan di Loulout Al Barakha, hotel baru siap & belum diduduki. Satu bilik besar kami kongsi 20 orang, tidur alas tilam single & bilik air hanya satu...ada pulak jemaah duk dalam bilik air lama-lama....jemmmm. Kami tinggal di Mekah selama 37 hari ( total 45 hari ), duk plak dgn jemaah yg hampir kesemua umur pencen...jadi mesra & silatulrahim kekal hingga hari ini. Sebab lama di Mekah, jadi ceruk lorong kami pergi, 'tawaf kedai' etc lagipun masa pun masa tu duit M'sia power, 1 Saudi Riyal = RM0.70 tapi skrg 1 Saudi Riyal : RM1.15.

Kami tiba di Arafah sebelum Dzohor & wukuf disana hingga maghrib & selepas Isyak mula berangkat ke Muzdhalifah sebelum ke Mina utk mengutip batu-batu kecil utk melontar di Jamrah.

Arafah



Mina

Setiba di Mina, satu dugaan bagi kami kerana kawasan Mina baru sahaja mengalami tragedi kebakaran pada 15/4/1997 berpunca dari letupan dapur gas memasak jemaah mengakibatkan 340 jemaah maut kebanyakkan jemaah Pakistan & India. Khemah yg kami duduk tidak mempunyai bekalan elektrik dan sebahagian khemah musnah dimana tiada penghadang khemah diantara jemaah lelaki & wanita. Jadi kami berdua ambil keputusan ulang alik dari hotel kami di Mekah ke Mina selama 3 malam.

klip video kebakaran di Mina


Untuk melontar juga perlu berasak-asak terutama hari terakhir melontar di jamratul Aqabah. Waktu itu belum ada kompleks bertingkat melontar spt sekarang, berasak-asak sehingga badan terangkat & kaki tidak berpijak ketanah, kupiah saya jatuh & isteri cuba tunduk nak ambil tapi saya larang sbb takut tersungkur sebab waktu tu isteri hamil 4 bulan. Saya lihat depan saya jemah wanita Indon ditarik keluar sbb lemah hampir pengsan.

Untuk rekod, sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pada awal tahun 2020, kerajaan Arab Saudi hanya menbenarkan 8 rakyat M'sia ( haji 2020 ) dan 263 rakyat M'sia menunaikan haji dan kesemua jemaah dipilih dari penduduk negara lain yang tinggal di Arab Saudi.

Jumlah jemaah Haji untuk tahun 2021 adalah seramai 60,000 ( 3% ) jemaah berbanding purata 2 juta jemaah setiap tahun

SOP 2021 :

Berdasarkan garis panduan , jemaah perlu melengkapkan semua dokumen berkaitan status kesihatan mereka termasuk memiliki sijil vaksinasi. Jemaah juga perlu melalui pemeriksaan visual sebagai langkah berjaga-jaga berkaitan pandemik COVID-19

Setibanya di tempat penginapan, jemaah sekali lagi perlu melalui pemeriksaan suhu manakala tempat penginapan perlu memenuhi syarat ditetapkan Kementerian Pelancongan, Kementerian Haji dan pihak berkaitan.

Semua jemaah antarabangsa perlu menjalani kuarantin selama tiga hari serta ujian calitan di tempat penginapan.

Malah, jemaah akan diasingkan dalam dalam kumpulan tertentu untuk menunaikan ibadat terbabit bagi mematuhi syarat penjarakan fizikal.

Semua bagasi jemaah akan disanitasi oleh petugas selain kakitangan akan ditempatkan di semua pintu masuk bagi memantau dan memastikan kelancaran proses haji.

Bagi ibadat melontar jamrah, semua jemaah akan disediakan dengan batu yang sudah disanitasi oleh penganjur.

Hanya 50 jemaah dibenarkan berada di setiap tingkat bagi melontar jamrah pada satu masa. 


Ibadah haji ini memang benar2 menguji kesabaran dan semoga Allah kuniakan rezeki utk kami ketanah suci lagi.

Tips :

- rancang Haji waktu usia masih muda sementara sihat & kuat
- jika mampu & berkesempatan, tunai umrah sebelum haji utk
mudah bila mengerjakan haji
- jika ingin menunai umrah, pilih umrah ramadhan kerana pengalaman saya umrah di bulan
ramadhan lebih puas & seronok
- jika anda jenis yang suka melihat negeri orang, pilih Umrah & Ziarah Turki atau Umrah Ziarah
Mesir kerana kita akan banyak belajar sejarah Islam. Lagipun lebih murah jika anda ambil pakej ini'
daripada pergi ke Turki/Mesir dan Umrah secara berasingan.


Anda mungkin berminat untuk mengikuti :














Thursday, 13 May 2021

Eid Mubarak 2021 : Norma Baru : PKP 3.0


Subuh sempat 'lari' sat ke Masjid Azlan Shah, tapi jauh sikit la dalam 5 km disebabkan masjid kariah taman kami, Masjid Abdul Rahman Auf dibenarkan hanya 20 jemaah untuk AJK sahaja sedangkan AJK ada seramai 28 orang. Masjid Sultan Azlan Shah yang boleh tampung lebih 1,000 jemaah dibenarkan seramai 50 orang.
Jadi kalau nak tunggu PKP 3.0 ini habis & kalau tak ke masjid S.A memang tak dapat solat berjemaah la...

Solat Subuh @ Masjid Sultan Azlan Shah


Seperti Hari Raya Aidil Fitri 2020 ( May 2020 ), tahun ini pun tak berkesempatan tunai solat Hari Raya di masjid sebab bila sampai kawasan luar masjid, pintu masuk masjid Sultan Azlan Shah dikunci dengan rantai sebab kuota dah penuh.

Jadi patah balik ke rumah dan bersolat dengan keluarga.


Tahun ni beraya berempat sahaja 3 anak  'tersangku" kat Shah Alam & Sunway bersama menantu dan cucu macam tahun lepas.

Hidangan simple hari raya










Alisa , 10 bulan


Fayyadh, 7 bulan






Friday, 19 February 2021

Dapoq Maktoq




Hari ini Puan isteri mula upload 5 content video masakan melalui youtube channelnya Dapoq Maktoq. Video-video ini asalnya hanya dibuat untuk mengajar anak-anak 😄 cara memasak makanan yang simple untuk disediakan.

Puan isteri memang minat memasak dan mula membantu memasak  untuk  keluarga seawal usia 13 tahun ( tingkatan 1 ) memandangkan ibunya sibuk  menyedia kueh untuk jualan.

Sekiranya kami travel jauh dan tinggal tetap di hotel atau apartment dan di bandar yang sukar mendapatkan makanan halal, maka puan isteri akan membawa bersama mini rice cooker bersama bahan-bahan masakan.


Semoga resipi masakan ini bermanfaat dan banyak lagi video masakan akan menyusul, inshaAllah.


Please Like, Share & Suscribe 😀




Backpack Hatyai, Pattani & Yala ( 4H /3M )

Awal plan nak rehat sehari dua shj di Hatyai dan mungkin ke Pattani sekiranya ada van ke sana. So setiba di Hatyai, kami ke opis tour agen y...