Thursday, 13 May 2021

Eid Mubarak 2021 : Norma Baru : PKP 3.0


Subuh sempat 'lari' sat ke Masjid Azlan Shah, tapi jauh sikit la dalam 5 km disebabkan masjid kariah taman kami, Masjid Abdul Rahman Auf dibenarkan hanya 20 jemaah untuk AJK sahaja sedangkan AJK ada seramai 28 orang. Masjid Sultan Azlan Shah yang boleh tampung lebih 1,000 jemaah dibenarkan seramai 50 orang.
Jadi kalau nak tunggu PKP 3.0 ini habis & kalau tak ke masjid S.A memang tak dapat solat berjemaah la...

Solat Subuh @ Masjid Sultan Azlan Shah


Seperti Hari Raya Aidil Fitri 2020 ( May 2020 ), tahun ini pun tak berkesempatan tunai solat Hari Raya di masjid sebab bila sampai kawasan luar masjid, pintu masuk masjid Sultan Azlan Shah dikunci dengan rantai sebab kuota dah penuh.

Jadi patah balik ke rumah dan bersolat dengan keluarga.


Tahun ni beraya berempat sahaja 3 anak  'tersangku" kat Shah Alam & Sunway bersama menantu dan cucu macam tahun lepas.

Hidangan simple hari raya










Alisa , 10 bulan


Fayyadh, 7 bulan






Friday, 19 February 2021

Dapoq Maktoq




Hari ini Puan isteri mula upload 5 content video masakan melalui youtube channelnya Dapoq Maktoq. Video-video ini asalnya hanya dibuat untuk mengajar anak-anak 😄 cara memasak makanan yang simple untuk disediakan.

Puan isteri memang minat memasak dan mula membantu memasak  untuk  keluarga seawal usia 13 tahun ( tingkatan 1 ) memandangkan ibunya sibuk  menyedia kueh untuk jualan.

Sekiranya kami travel jauh dan tinggal tetap di hotel atau apartment dan di bandar yang sukar mendapatkan makanan halal, maka puan isteri akan membawa bersama mini rice cooker bersama bahan-bahan masakan.


Semoga resipi masakan ini bermanfaat dan banyak lagi video masakan akan menyusul, inshaAllah.


Please Like, Share & Suscribe 😀




Saturday, 21 November 2020

Tuesday, 15 September 2020

Langkawi : 3H/2M, AA Snap Special

Last sekali ke Langkawi adalah 27 tahun lepas semasa isteri mengandung anak ke 2. Serik.... anak sulung yg baru setahun tak henti-henti menangis dari jeti Kuala Kedah hingga ke jeti Kuah, bila nak turun semua pakat-pakat pandang kami....hahaha

Pakej SNAP bundle AirAsia kali ini memang berbaloi , Pakej 3H/2M termasuk return tiket flight  ( Pen-Lgk-Pen ) dan hotel 2 malam, all-in @ RM178/pax, rasanya dah cukup murah tapi 2 minggu sebelum tu lagi murah @ RM99. Kalau check di  website Airasia harga return tiket paling rendah ialah RM168.6. ( Untuk check promo price, masuk ke website AirAsia, click SNAP )


Return flight KL/Pg + Vivanta, Rebak Island pada harga kurang siuman RM99
( harga paling rendah di Vivanta @ RM257/night )

airport lenggang waktu Covid-19



Sewa kereta RM100 @ 3 hari.Proton Saga Auto....urusan sewa menyewa mudah, kereta ambil di airport, nak sewa whsp no atas. Kalau di airport, kiosk² sewa kereta charge RM50 ( selepas diskaun 50% )
 

ronda² sat terus pekena mkn tghari 



banyak pilihan lauk pauk disini termasuk yang bakar²


hotel ni bagus, azan di music pipe setiap kali masuk waktu solat, seharian bacaan wirid, nasyid & bacaan  surah² al Quran sebelum masuk waktu subuh




kolam renang utk wanita, terpisah & tidak kelihatan oleh lelaki

















petang smlm anak whsp tiket, katanya hadiah dari Alisa Mikayla @ cucu, dia bgitau syok gi sini....hehehe tq

Utk ke sini, disyorkan tempah tiket online melalui klook, traveloka, wonderfly etc. kerana ianya lebih murah dari beli di kaunter tiket.

Skycab entrance







Konsep skycable  & aturan aktivitinya  sebijik mcm Blue Mountains, Katoomba, Sydney




we

Sedar² kat 4 jam lebih duk atas gunung, skybridge, ke skydome, skyrex & 3D art museum Lepas turun dari Gunung Machinchang,perut pun dah lapar, pekena laksa, cha kue teow, rojak di  tepi pantai cenang sebelah airport sambil tengok kapalterbang landing ...hehehe



 




Les' copaque

16 Sept 2020 : Hari Malaysia, 5:30pm, menungggu returning flight



Alhamdulillah, kereta yg di park sblh masjid (0.75km dari airport ) selama 3 hari selamat



Anda mungkin ingin mengikuti kembara kami :


Travel Guide Ke Hatyai, Songkhla, Phatthalung, Trang & Krabi ( 4H/3M)
















Friday, 31 July 2020

Tahnik & Bercukur : Alisa Mikayla Muhammad Muhsin







Ibu mula sakit-sakit nak bersalin semasa atas Lebuhraya Utara Selatan, area Tapah semasa nak pulang hujung minggu ke Ipoh and terus ke hospital.

Alhamdulillah selamat melahirkan Alisa di hospital Ipoh walaupun perancangan awal untuk bersalin di Shah Alam.


Nama            :  Alisa Mikayla Muhammad Muhsin

Tarikh Lahir   : 17 Julai 2020 ( Jumaat ),  2:41pm

Tempat Lahir :  Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Berat             : 2.7kg

Tarikh discharge : 19 Julai 2020 ( Ahad )







                                                                    







Tahnik oleh Y.Bhg. Ustaz Dato' Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak @ 25 Julai 2020              ( Sabtu )

    




                                   


Bercukur  @  28 Julai 2020 oleh bapanya.




    
Anda mungkin ingin mengikuti kembara kami seperti dibawah :

























Wednesday, 27 May 2020

Eid Mubarak 2020 : Embracing The New Normal



Tak pernah satu keluarga dpt solat berjemaah 5 waktu berterusan melebihi 2 bulan
Berterawih sebulan tanpa meninggalkan rumah
Tetiba diperkenankan menjadi Imam Besar Solat Eidul Fitri

Banyak hikmahnya Covid-19 ini.





















Backpack Hatyai, Pattani & Yala ( 4H /3M )

Awal plan nak rehat sehari dua shj di Hatyai dan mungkin ke Pattani sekiranya ada van ke sana. So setiba di Hatyai, kami ke opis tour agen y...