Saturday, 11 November 2023

Backpack Hat Yai - Pakbara,Satun - Koh Lipe ( 4D/3N )



Last minute plan  Ke Hat Yai kerana masih ada  Thai Bath berbaki selepas ke Bangkok Julai lepas, tambah pula sekarang senang nak ke Pdg Besar sebab dah ada direct komuter dari Ipoh ke Butterworth/ Padang Besar ( sebelum ini komuter hanya bermula dari stesen Padang Rengas ).


Sekira nak ke Hat Yai & nak catch up train Padang Besar ke Hat Yai [ train tersebut bertolak 8:55am  ( waktu Thai ) / 9:55am (waktu M'sia ) ], perlu naik 1st komuter dari Ipoh, jam 4:40am, turun stesen Bukit Mertajam dan naik komuter dari B.M ke Padang Besar selewat-lewatnya 7:06am ( train yang sama dari Butterworth jam 6:55am ) 






Train ke 2 ( last ) dari Pdg Besar ke Hat Yai adalah pada jam 3:40pm ( waktu Thai ) / 4:40pm  ( waktu M'sia ).  Tambang train ke Hat Yai ialah THB50 @ RM8.00, beberapa bulan lepas tambangnya RM7.00. Tambang naik sebab kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sejak kebelakangan ini.


Sekiranya tidak sempat naik kedua-dua train ke Hat Yai, sentiasa ada van ke Hat Yai yang menunggu di sebelah stesyen KTM Pdg Besar dengan tambang RM30. 
Perjalanan dengan train ke Hat Yai mengambil masa 50 minit.




Terminal train ke Hat Yai bersebelah terminal komuter/ETS. Beli tiket train ke Hat Yai dulu then proceed ke bhg Immigresen M'sia and Thai di dalam bangunan stesyen KTM yang sama.



Sim kad Thai ada di jual di kiosk  tingkat atas stesen KTM, sim kad  1Gb 24 jam THB49    (RM8 ).....15Gb , 8 hari THB299 ( RM39 ), saya kekalkan guna U Mobile, set data roaming... U Mobile charge RM10 / 24 jam untuk unlimited data.













01/11/2023 ( Rabu ) - Day 1 :

Selepas makan tengahari di Hamid Restaurant, terus naik tut-tut ( TBH50/pax) untuk check-in  di Bhava Residence ( recommended... bilik bersih, Agoda review : 8.9/10 ), area berdekatan Central Festival & Asean Night Bazar ( dalam 200m ). 1st time duduk area sini, selalu di area Lee Garden Plaza /area Red Planet












Central Festival


Sebelum naik tut-tut ke apartment. kami book van ( van sharing ) kerana plan nak ke Pakbara, Satun esoknya dan tidor di Pakbara. Tambang THB200 ( RM26/pax ). 


tour agent sebelah Lee Garden Plaza

02/11/2023 ( Khamis ) - Day 2

Selepas pekena roti canai & kueh di Kelantan Restaurant ( dlm 200m dari Lee Garden     Plaza ), kami terus tunggu van di depan office tour agent.  Pakbara, Satun adalah lebih kurang 120km dari Hat Yai  dan driving ambil masa dalam 1 1/2 ke 2 jam, dalam perjalanan, van singgah di Hat Yai International Airport untuk pick up 2 couples dari Ukraine.


van yang amat selesa








jauhnya pulau-pulau dari Pakbara



Kami tiba di Pakbara jam 1:00 tengahari, 1st time sampai, pekannya macam sunyi aje😳 tanya tour agent tu, dia kata memang agak sunyi bila weekdays, terus kami tak jadi nak bermalam di situ & mujur belum book hotel lagi. Last-last kami tukar plan naik speedboat ke Koh Lipe 


Tanpa plan kami terus beli tiket speedboat pukul 1:30pm. Harga tiket THB600 @ RM78/pax. Sebelum masuk ke terminal jetty, untuk foreigners kena bayar THB220 @ Marine National Park fee THB200 @ RM26/pax dan THB20 ( RM2.60) utk pier/jetty fee😮, sementara tunggu speedboat kami book bilik @ Sunset Beach Resort. Perjalanan speedboat adalah selama 1 jam 30 minit. Kami naik Polisiam Speedboat.




entance ke Pakbara Pier, kena bayar THB220




Pier 5 : tempat menunggu boat
















Tiket juga boleh dibeli secara on line, tapi harga lebih THB100 ( RM13 ) sebab ada service fee.  Klik Di sini untuk booking on-line thru Thailand Ferry.






Kalau malas nak naik speedboat thru Pakbara Pier, boleh saja naik speed boat dari Langkawi tapi harga tiket agak tinggi sikit. Boleh booking & Klik Di sini . Tiket pergi balik RM312


















Check-in di Sunset Beach Resort














view dari bilik




Biasanya kalau book hotel thru  Agoda, semuanya ada aircond ( kecuali Cameron Highland ) tapi kalau di Koh Lipe kami terkena book bilik tanpa aircond walaupun unit aircond terpasang di dinding, kalau nak guna aircond, kena tambah THB200 ( RM26 ). Bila dah bayar tambahan, staff resort akan buka kunci padlock di main suis dan hidupkan suis aircond. Bila dah makan di kedai makan, baru tau caj bil  elektrik di pulau ni 2 kali lebih tinggi dari daratan Thailand sebab bekalan eletrik menggunakan generator.

Resort yang kami duduk fully booked dan majoriti " jiran-jiran " kami orang Spanyol.

Waktu malam, kami berjalan keluar 1km ke walking street dekat Koh Lipe pier untuk cari restoran muslim 





Kiri kanan Walking Street sepanjang lebih 100m macam-macam kedai ada...restoran muslim, 7eleven, tempat massage. cafe, bar, restoran seafood, kedai baju. cenderahati dan macam-macam lagi













kedua-dua restoran operated by muslim.



03/11/2023 ( Jumaat ) : Day 3
Hari Keputeraan Sultan Perak, Raja Nazrin Shah





breakfast







Check-in Varin Beach Resort










Highly recommeded Varin Beach Resort ini sebab resort menghadap pantai yang cantik, restoran-restoran makanan Muslim dalam 30m , tempat naik bot dalam 50m & masjid Al Marhamah cuma dalam 80m. 










Solat Jumaat di Masjid Al Hamimah i.e 500m dari Walking Street









 
ada sapa-sapa yang boleh tolong translate














Sebelah petang booked siap-siap tiket untuk naik Bundhaya speed boat ke Pakbara pier dan van ke Hat Yai esok, dinasihatkan beli tiket sehari awal sebelum perjalanan, takut-takut waktu perjalanan yang kita hendak, habis



04/11/2023 ( Sabtu ) : Day 4


brisk walk dari beack - walking street - masjid Al Marhamah







breakfast



menyeberang balik ke Pakbara, naik Bundhaya speedboat jam 9:30am









Balik , kapten ni bawak boat laju sungguh, 1 jam dah sampai Pakbara Pier ( masa datang sebelum ini 1 jam 30 min ), 15 minit selepas tu naik van dan kami sampai ke Hat Yai jam 1:30pm, just nice untuk naik train balik ke Padang Besar jam 2:00pm


Alhamdulillah, sepanjang travel, Allah lindungi dan permudahkan perjalanan kami.



Anda mungkin ingin mengikuti perjalanan kami :
























Sunday, 13 August 2023

Backpack Bangkok : 6H/5M


1st time travel 3 tahun selepas PKP Covid-19 dilaksana Mac 2020. Filght AA kami ke Hua Hin, Thailand juga sebelum ini pada Mei 2020 dibatalkan oleh AA. Tiket ke Bangkok kami booked sebulan sebelum flight. Harga return tiket RM360/pax. Dua-dua flight yang kami pilih adalah sebelah petang. Jika kami pilih flight sebelah pagi ( 9am ) harga pergi / balik RM300/pax. MYairline juga buat promo ke Bangkok, return tiket RM250/pax tapi kami terlepas pandang😬

Kami pergi Bangkok backpack je 😀


Total weight cuma 5.2 kg😄



26 Aug 2023    KLIA2  ( 14:15pm )    ke    Don Mueang Bangkok ( 15:30pm @ local time )

31 Aug 2023    Don Mueang ( 16:00pm ) ke    KLIA2 ( 19:20pm ) 

Flight ambil masa 2 jam 15 min dan  waktu Thailand awal 1 jam dari waktu Malaysia.

Kebelakangan  nilai RM banyak jatuh berbanding matawang negara lain. Semasa tukaran 10THB = RM1.352, dulu-dulu 10THB = RM1.00 , syok la makan angin & shopping


Brief guide untuk explore Bangkok based on 3/4 hari prepare itinerary sebelum flight... hotel pun booking dalam waktu tu 😄 :


Day 1 : Bangkok to Pratunam

Kami booked hotel di KC Place Hotel, Pratunam selama 2 malam. Dari apa yang kami google, untuk ke Pratunam dari Dong Mueang Airport, boleh naik BTS Skytrain tapi kena tukar 3 station, jadi tak mau pening kepala kami naik bus A3 di luar airport untuk terus ke Indra Square, Pratunam ( 50THB seorang ),    

BTS Skytrain : Dong Mueang Airport Station 👉 Bang Sue Station👉 Chatuchak Park Station                          👉    Phaya Thai  Station 👉 Ratchaprarop Station ( Pratunam )

Bus                : Exit entrance door 6, naik Bus A3 direct ke  Indra Square, Pratunam.






Kalau naik BTS Skytrain ( Bangkok Mass Transit System ) , selepas interchange 3 station, turun di Ratchaprarop Station iaitu BTS line menunju ke Survarnabhumi Airport . Kalau flight landing di Suvarnabhumi Airport, lagi senang nak ke Pratunam, naik ALR Airport Rail Link direct ke Ratchaprarop Station. 



Bangkok Mass Transit System @ BTS Skytrain
       

Naik bus turun di Indra Square, Pratunam, kami terus ke 7Eleven beli dtac tourist SIM card  ( 8 days unlimited data 15Gb & calls ) utk guna google map nak cari KC Place, rupanya 100 meter je seberang jalan & chk-in @ 5pm.


8 days : 399TBH


Bila dah balik M'sia, baru tau kat Lazada pun ada jual sim kad, senang kalau sebelum fly dah ada sim kad Thailand

                                                                                  👇

                                                                   Thailand Sim Card


KC Place Hotel






Bilik sederhana luas dan cukup bersih, sesuai dgn Agoda rating 8.0 Excellent. Di Bangkok ni kalau hotel kalau price antara RM130 - RM170 dah kira okay. Buat apa cari mahal-mahal, melainkan kalau berbulan madu😂

Rehat-rehat dulu slps Maghrib, keluar cari makan di Samat Muslim Food, kira-kira 50 meter seberang jalan hotel kami.





untuk rough idea harga makanan di sana



Selepas makan malam, terus ke Prutanam Night Mall, kira-kira 100 meter dari hotel, banyak menjual pakaian souvenir, kasut, bag , jam, alat solek dan bermacam-macam barang lain.





Di Pratunam ni, orang-orang shopping menggila terutama geng-geng yang berniaga, sekali keluar membeli, bawa bag besar-besar, setiap kali beli beli sumbat dalam bag besar kebanyakannya dari M'sia, Indonesia, India dan Arab, ada setengah tu  siap buat live sales dari pasar malam.




Day 2 : Pratunam / King Power Mahanakhon

Selepas subuh @ 6:15am jogging ke arah area Ratchathewi ( kalau naik BTS Skytrain turun di Ratchathewi Station ) guna google map untuk cari Masjid Darul Aman, Google map bawa masuk ikut lorong rumah-rumah orang, kena konfiden tahap tinggi nak guna google map ni...hahaha








google map bawak masuk celah-celah rumah orang😃


akhirnya jumpa juga, Masjid Darul Aman, area Ratchathewi




Sebelah masjid ialah Rotinis Halal Breakfast yang viral tu, nak beli breakfast duit tak bawa, passport pun tertinggal di hotel,😩😩😩 . Pergi balik brisk walk 4.2 km

Hari ni nak ke King Power Manahakhon ( Manahakhon Skywalk )








OneSiam Skywalk arah ke BTS Siam Station


Jalan guna skywalk dari  2nd Floor Platinum Fashion Mall ke BTS Siam Station ( interchange station ) ( hampir 2 km )

Untuk ke Chong Nongsi Station ( station terdekat dengan King Power Mahanakhon ) perlu naik naik BTS Silom Line arah ke Ban Wa dan turun di Chong Nonsi ( station ke 3 dari BTS Siam ).

BTS : Siam Station  👉 Chong Nonsi Station ( Fare : 28THB )










Pening juga nak cari makan selepas turun di Chong Nongsi, jumpa beberapa perempuan Muslim tetapi susah bertanya sebab local Muslim Bangkok tak tau bahasa melayu ( melainkan yang datang dari Pattani / Narathiwat ) dan English, akhirnya jumpa seorang perempuan  yang boleh cakap English & dia tunjuk tempat makanan halal di shopping complex.




Sebelum naik ke Manahakhon Skywalk ( 78th Floor ), kami google dan pergi ke Masjid berdekatan i.e Masjid Nurun Nasihah ( 1.2km ) untuk jamak Zohor & Asar. ( google map : nurun nasihah mosque ) 









King Power Manahakhon











 takut menggigil dia😟






















Day 3 : IconSiam


Iconsiam ni  menghadap Sungai Chao Phraya





 Phaya Thai Station   👉  Siam Station ( interchange Station )  👉 Saphan Taksin Station
  ( Fare : 47 THB )





Untuk ke IconSiam, perlu turun skytrain di Saphan Taksin Station, dan gerak ke arah Exit 2 untuk ke Sathorn Pier ( 30 meter ) untuk menaiki bot menyeberangi Sungai Chao Phraya dan turun di IconSiam Pier dengan tambang 10THB.



Sathorn Pier



Shuttle boat dari Sathorn Pier ke IconSiam Pier


Solat Jumaat di Suwannaphum Mosque kira-kira 600 meter dari IconSiam











Selepas solat Jummat, kembali ke IconSiam untuk cari musolla untuk isteri solat & makan tengahari

Musolla di aras basement : B2 kawasan parking U7 (  Cari tiang B2 U7 )

👇





Selepas solat pi cari makan tengahari di Sook Siam ( food court )  @ ground floor, ramai peniaga Muslim di sini












Yang ini 300% HARAM😬



Hari ini kami chk-in Varmtel Hotel ( 600 meter dari IconSiam ) yang kami booked seminggu lepas, masa kami ikut Google Map, isteri tak percaya saya booked hotel ini sebab kiri-kanan kawasan bangunan lama sebiji macam 👇😂😂, Saya pun mana la tau sebab saya booked based on Agoda rating hotel ni 9.1 Exceptional 👍👍👍
















Bilik amat bersih, rating saya  9/10👍👍👍  highly recommended


Rehat kejap dan ke Iconsiam Pier selepas itu untuk boat tour




























Day 4 : Pratunam

Lepas subuh, brisk walk dari Vamtel Hotel ke arah Iconsiam dan pusing-pusing...sejak 3 tahun tiap-tiap pagi brisk walk dalam 2 - 3km , kalau outstation pun, mesti nak brisk walk pagi-pagi juga😁



Lepas lunch @ Sook Siam di dalam Iconsiam, patah balik ke Pratunam :


Saphan Taksin  Station  👉 Siam Station ( interchange station )  👉  Phaya Thai Station  👉

                              👉 Ratchaprarop Station ( Airport Rail Link )


Ratchaprarop Station



Check-in di Baiyoke Suite Hotel untuk 2 malam terakhir


Baiyoke Sky tu, ada seorang satu flight book RM352/night


ruang rehat ada dua sofa untuk muat 2 orang untuk tidur😀



sekiranya datang berempat, bole booking 1 bilik sahaja😁 bilik luas cuma hotel lama sikit


Platinum Fashion Mall : 1st - 5th Floor jual mcm-mcm pakaian


6th Floor Platinum Fashion Mall : food court ada kiosk makanan halal


Food stall luar Platinum Fashion Mall banyak makanan halal oleh peniaga Muslim.







Malam ni makan di Maedah Restaurant ( 130 meter dari hotel ) guna google map pusing-pusing sampai 3 kali tapi berhenti tempat yang sama, rupanya kedai tersorok ke belakang sedikit dari tempat peniaga barang-barang malam. Di sini makanan siam ada, makanan arab pun ada.





Day 5 : Pratunam / Ratchathewi / Rama 9

Pagi pekena breakfast di Rotinis Halal Breakfast di sebelah Masjid Darul Aman ( 330 meter dari Ratchathewi BTS Station )








Jika ke sini, cuba makan Pulut Ayam, penjualnya berniaga di sebelah kanan pintu masjid dan ayam digoreng disitu, memang sedap👍👍👍


kemudian ke Jodd Fairs DanNeramit

Ratchathewi Station    👉      Ha Yaek Lat Phrao BTS station  ( 450 meter ke Jodd Fairs )











Dari Ha Yaek Lat Phrao BTS station kami kembali ke Ratchathewi Station, elok-elok hampir waktu maghrib dan dapat solat berjemaah di Masjid Darul Aman




Masjid Darul Aman

Hari ini jauh sangat berjalan ( average sehari berjalan 3 - 4km dan ada sehari tu total jalan kaki 11km 😬 )  kami decide utk 1st time naik Tuk-tuk.




Day 6 : Dong Mueang Airport

Ke Airport naik Bus A3 yang sama di hadapan Indra Square, Pratunam, jalan tidak jam dan ambil masa 25 minit sahaja ke airport




Dinasihatkan jika ingin solat di airport jangan check in terus ke dalam area Departure kerana surau terdapat di kawasan Arrival dan disebabkan tiada surau didalam, terpaksa solat di bahagian public area sebelah entrance gate


waiting area flight ke KLIA2

Semoga blog ini sedikit sebanyak membantu untuk mereka yang ingin ke Bangkok😃


Makanan Halal :

Samat Muslim Food, Ratchaprarop Road, Pratunam
Rotinis Halal Breakfast : Sebelah Masjid Darul Aman, Ratchathewi
Farida Fatornee : 150 meter dari Masjid Darul Aman
Maedah Restaurant : area Pratunam Night Market
Food court : 6th Floor, Platinum Fashion Mall, Pratunam
Yana Restaurant : 5th Floor, MBK Mall



Anda mungkin ingin mengikuti kembara kami :

Backpack Hatyai, Pattani & Yala ( 4H /3M )

Awal plan nak rehat sehari dua shj di Hatyai dan mungkin ke Pattani sekiranya ada van ke sana. So setiba di Hatyai, kami ke opis tour agen y...