Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu ( kembali setelah ) dibangkitkan.. It is He who made the earth tame for you - so walk among His slopes and eat of His provision - and to Him is the resurrection [Al-Mulk : 15]
Total Pageviews
Saturday, 21 December 2019
Thursday, 12 December 2019
Backpack Sydney : 7H / 6M - Itinerary & Cara Travel
Tiket ke Sydney telah dibeli 1 tahun 2 bulan yang lepas pada waktu tawaran tiket murah AirAsia dan harga tiket yang kami dapat 50% lebih murah dari harga biasa.
ticket price : 2pax
Cuma membimbangkan trip kali ini ialah tiket sudah dibeli tetapi visa belum dipohon dan menjadi cerita biasa banyak permohonan visa ditolak oleh pihak Imigresen Australia memandangkan sehingga sekarang mengikut statistik Immi. Australia terdapat 68,417 rakyat Malaysia yang tidak pulang selepas memasuki Australia bekerja sebagai pemetik buah, pekerja kontrak binaan dan sebagainya.
Alhamdulillah, mungkin disebabkan faktor umur ( sbb dah tua...hahaha ) visa yang kami apply on-line approved dalam tempoh masa 7 minit. Tiada caj oleh Kerajaan Australia utk apply visa ini tapi disebabkan kami guna website Arba Travel & Tours, jadi Arba charge RM20 per application utk apply visa. Memang mudah & berbaloi apply thru Arba Travel. Klik disini utk apply visa. Offer AA free seat & tambang murah biasanya antara Ogos ke Dis, jadi kalau plan nak ke Aust, apply visa sebelum Ogos.
Visa ini valid selama setahun, tempoh boleh tinggal di Aust. max 3 bulan dan boleh multiple entries. Sebenar tak rancang pun nak gi Sydney, tapi tiket dah murah, itu yang terus beli dan sbb tu juga visa di apply kemudian.
# Tips : apply visa dulu sebelum beli tiket kerana visa valid setahun. Kalau beli tiket dulu tetiba visa rejected, hangus duit tiket flight & hotel.
25/11/2019 - Hari Pertama
KLIA2 : Flght Take Off @ 8:55 pagi
Flight Duration : 8 jam 30 minit
Landing di Kingsford Smith Airport, Sydney : Pukul 8:30 malam ( waktu di Aust. cepat 3 jam dari M'sia )
Pemeriksaan Kastam
Pemeriksaan Immi. & Kastam di sini antara yang terketat, jika tak lepas immigration, anda mungkin dihantar pulang ke Malaysia. Declare barang-barang yang tak sure boleh lepas. Contohnya "nuts" ( item 7 ) tak boleh bawak masuk, kami bawak paket kacang kuah pecal, tak sure, jadi kami declare shj, sampai kastam checkpoint, dia tanya selain dari peanut, ada bawak masuk daging tak ? Kami bagitau tak ada, terus officer tu suruh jalan tanpa tengok isi bag kami, sedangkan beg Indian national sebelah kaunter tu, habis satu bag dia selongkar. Alhamdulillah Allah permudahkan.
Print :
i. Visa approval @ ETA ( Electronic Travel Authority )
ii. Flight Itinerary
iii. Copy of Hotel / Airbnb Booking
iv. Intinerary lawatan ( make sure kita tahu info tempat2 lawatan )
v. Declare / List down makanan yang dibawa
Sekiranya 4 orang pergi, make sure semua orang ada salinan yang diatas. Kalau Immi / Kastam tanya, tunjukkan dokumen2 tu dan paling penting jangan beli tiket sehala sahaja nanti dia orang ingat kita tak mau balik M'sia dahhh.
Beli Opal Card ( utk guna transport spt train, bus & ferry ) dan simcard untuk internet eccess di airport.
Kad free then reload AUD50 ( min reload @ machine kiosk AUD20 )
mobile data 3Gb - AUD20 ( Kalau di Woolworths supermarket cuma AUD15 )
XXX
Opal : Untuk kegunaan menaiki Train, Bus & Ferry dll
Muslim Pro : Waktu Solat, Qiblat dll
Selepas melepasi Kastam kami naik train Sydney Airport Link dari airport ke Central Station ( fare AUD19.40 i.e airport fee AUD14.90 + tambang train AUD4.50 )
( AUD1 = RM2.86 )
Cara nak ke Airport Link Train dari International arrival
# Tips : Nak murah, naik bus dari Sydney airport ke Mascot Station ( 1.5km ) lepas tu ambik train dari Mascot Station ke Central Station. Cara ni boleh jimat Airport fee AUD14.90 @ RM42 )
Kalau lebih dari 2 orang, lebih jimat naik Uber
Dari Airport ke Central Station, perjalanan dengan train cuma 15 minit sahaja dan apartment yang kami sewa cuma walking distance 800meter dari Central Station ( Kalau di KL macam KL Sentral le....hehehe )
Central Station, Haymarket
South Concourse
Central Station ini ada 24 platform train....adooiiii , lebih complex compare dengan subway station di Seoul, kadang-kadang pening nak mencari platform, bila waktu puncak penumpang2 berlari-lari dari satu platform ke satu platform utk kejar train tapi train system disini memang terbaik lah & very efficient...kalau terlepas stu train, tunggu 3 @ 4 minit akan datang train lain. Selepas dua @ tiga turun naik train, baru jadi biasa.
Sesampai Central Station, hujan turun lebat seketika and then rintik-rintik, problem juga nak cari apartment malam-malam ni, cuma berharapkan google map dan tanya2 orang. Risau juga sebab dah sunyi, jam 11 malam lebih, orang pun tak berapa ada sbb hujan. Alhamdulillah jumpa apartment, tapi nak masuk pintu utama agak masalah juga sebab tak perasan gambar instruction tempat peti kunci
ter - skip gambar ni, terus jadi problem nak bukak pintu
Studio apartment yang kami sewa utk seminggu ini di Surry Hills, bangunan baru siap 5 bulan, ada dapur, microwave oven, mesin basuh & fridge.....plastik & sticker dlm fridge pun belum ditanggal, i.e fridge masih belum digunakan. Sewa apartment ni lebih le harganya daripada duk di hotel tapi bila calculate balik memang berbaloi sebab boleh memasak daripada setiap waktu makan di restoran. Kebab pun duk ada AUD14 ( RM40 ) mak oooii, belum makan yang berat-berat lagi.
Padangan dari bilik apartment
26/11/2019 : Hari ke 2
Berjumpa kembali dengan Sukma Hayati dari Aceh, mahasiswi di Syiah Kuala Universiti, Acheh yang pernah sertai exchange student di UiTM Sri Iskandar bersama anak kami, Sukma dan rakan-rakan pernah datang dan bermalam di rumah kami . Sukma baru sahaja menamatkan pengajian Master in International Business di Macquarie University, Sydney.
Semasa di M'sia, kami beli dulu Sydney Attraction Combo Ticket melalui Klook.com Voucher ini boleh masuk ke 4 tempat :
i. Sea Life Sydney Aquarium
ii. Madame Tussauds
iii. Sydney Tower
iv. Wild Life Sydney Zoo
Banyak cara nak beli pakej kombo tiket ini ( harga per pax ), antaranya melalui :
Ticket Per Entry : RM386 ( AUD35+36+35+29 = AUD 135 )
Madame Tussauds : RM215 ( AUD75)
Traveloka.com : RM175.25
Klook.Com : RM150
Jadi lebih jimat beli online di Klook.com
Cuaca : Sydney sudah mula memasuki musim panas namun cuaca terasa dingin ( antara 18 hingga 23 darjah celcius ) dan lebih terasa sejuk kerana di sini agak berangin.
Waktu tengahari pun dingin....syokkkkk
Sea Life Sydney Aquarium
Train :Central Station ke Wynyard Station ( AUD2.52 )
Jalan 850 meter, 10 minit ke Sea Life Sydney Aquarium
Darling Harbour
Circular Quay
Train : Wynyard Station ke Circular Quay Station ( AUD3.61 )
Jalan 500m ke Opera House
Sydney sebenar sudah 2 minggu berjerebu akibat bushfire
Untuk melihat iconic Sydney Harbour Bridge & Opera House secara LIVE KLIK DI SINI
Live image refresh every 15 seconds.
Lunch di bawah Opera House, prepared by Sukma, ...Sedapppp
di bawah Opera House
Auburn Gallipoli Mosque
Train : Circular Quay Station ke Auburn Station ( AUD5.15 )
Dari train station, jalan 450m ( 5 min ) ke masjid Gallipoli
Masjid senibina ciri zaman Othmaniyah, dibangunkan oleh masyarakat Australian Turkish Muslim
Solat Maghrib disini....masjid didirikan oleh masyarakat Australian Turkish
Durian di Coles, Auburn (AUD12.99/kilo)
27/11/2019 : Hari ke 3
Blue Mountains Day Trip
Train : Central Station to Katoomba Station ( AUD8.86) perjalanan dengan train 2 jam 10 minit.
@ Katoomba Station
Keluar Katoomba Station, lintas jalan, ada tour agensi, Trolley Shoppe, beli tiket ke Scenic World ( ticket include Scenic Railway, Scenic Skyway & Scenic Cableway ). Harga tiket AUD49/pax.
Selepas tu jalan ikut kiri untuk naik bus di depan The Carrington Hotel ( Katoomba Street )
Bus : Katoomba Street to The Lookout Echo Point ( AUD 0.24 )
Naik bus no 686 dan turun di The Lookout Echo Point untuk melihat pemandangan Three Sisters. Perjalanan 15 minit
Three Sisters Blue Mountains
Scenic World
The Lookout Echo Point to Scenic World Skyway ( AUD 0.00 )
Dari Lookout Echo Point naik bus yang sama ( bus no 686 ) untuk ke Katoomba Skyway Scenic World
Scenic World Skyway
kawasan perlombongan arang batu
Scenic World Skytrain
( World's Steepest Train )
Scenic World Cableway
Tips : Beli Blue Mountains Scenic World Discovery Pass secara online melalui Klook.com hanya RM122. Jika beli di Scenic World / tour agen : AUD49 ( RM140 ).
Bus : Scenic World ke Katoomba Street ( AUD2.24 )
Dari Station Cableway naik bus no 686 untuk pulang kehentian bus di depan Carrington Hotel dan ke Katoomba Station untuk travel semula ke Town Hall Station ( satu station melepasi Central Station ).
Train : Katoomba Station To Town Hall ( AUD4.20 )
Turun di Town Hall, untuk ke Woolworths supermarket ( Exit 3, Pavillion Plaza ) untuk membeli barang-barang basah untuk dimasak. Barang-barang basah banyak dijual di Coles & Woolworths.
Train : Town Hall Station To Central Station ( AUD0.00 )
Bila sampai certain limit, charge train akan jadi murah atau kadang-kadang free, contoh dari Town Hall ke Central Station.
Masjid Redfern
Maghrib hari ini sempat cari Masjid Redfern ( Cleveland Street ), rupanya hanya 300m sahaja dari apartment.
Esoknya, solat subuh pergi semula ke masjid ni tapi pintu masuk berkunci. Lusa pergi lagi, juga masih berkunci. Mungkin tiada orang yang mengendalikan masjid sepenuh masa. Begitu juga Sydney CBD mosque Erskine Street, pergi zohor sekali tu buka, dua hari lepas tu, pergi waktu asar tertutup pulak.
Bangunan apartment kami di 246-250, Cleveland Street, Surry Hills, NSW
28/11/2019 - Hari ke 4
Wild Life Sydney Zoo
Train : Central Station to Winyard Station ( AUD2.52 ) via Sussex Street
Jalan 850m , 10 minit ke Wild Life Zoo
kangaroo
Madame Tussauds berada bersebelahan Wild Life Sydney Zoo
Hu Jintao
Jullia Gillard - exPM Australia
Albert Einstein
Nelson Mandela
British Royal & 'Penang Royal'...hahaha
Si Tinggi & Si Pendek
Tim Cahill : Australian World Cup Footballer
Jonah Lomu : NZ Rugby Player
Shane Warne : Cricketer
Mugkin ramai yang tak kenal si dia ni ( yg kiri tu le )
Mat Motor
ni kalut nak gi mana tu... petik buah
Captain Jack Sparrow
Galleri Madame Tussauds, Sea Life Aquarium dan Wild Life Zoo ini sebenarnya masing-masing terletak bersebelahan di antara satu sama lain di Darling Habour.
Diluar Madame Tussauds i.e Darling Harbaour
Lunch @ wharf, Darling Harbour
Sydney CBD Masjid
56-60 Erskine Street, Sydney
Terletak lebih kurang 600 meter dari lokasi Madame Tussauds & dan cuma 200 meter dari Wynyard Station, kalau kita di area tengah pekan @ Central Business District ( CBD ), senang sikit untuk kita solat disini sebab takut-takut terlepas solat Zohor /Asar....solat Maghrib atau Isyak tiada masalah kerana boleh tunaikan solat bila balik ke apartment.
Google map betoi² henti dpn bangunan 2 tingkat,tapi tak ada pun signage/apa² petunjuk masjid, tanya kedai selang 2 buah, dia kata kedepan lagi dlm 50 meter, pusing² tak jumpa juga, tanya seorang pejalan kaki,nampak muka macam muslim, dia bawak ketempat yg awal tadi, rupa-rupanya kena naik tangga dan ruang solat di tingkat 1
Kesilapan besar : Kat google memang dah tunjuk photo kawasan bangunan tapi asyik duk tengok map sahaja
kawasan solat wanita
Train : Wynyard Central to Central Station ( AUD 1.26 )
Exit 3 : Eddy Avenue untuk ke Paddy's Marketm, Haymarket
Untuk shopping cenderahati, banyak dijual di Paddy's Market, harga amat berpatutan. Buka dari jam 10am hingga 6am, tutup pada hari Isnin & Selasa.
Jumpa dgn Cik Fiza, part-time student ( asal Jitra ) kerja part time as sales asst, di kedai di tempat kami membeli cenderahati...katanya akan balik ke Msia Dis 2019 selepas habis belajar 2 tahun disini.
Bertemu kali ke 2 dengan Sukma
29/11/2019 : Hari ke 5 ( Jumaat )
Google2 rupa-rupanya Coles supermarket dalam 600m dari apartment, pagi ni beli barang-barang makan sikit.
Bus : South Bondi Beach via Bondi Junction to Circular Quay Stand D ( AUD1.86 )
Dari South Bondi Beach, boleh naik bus 333 yang sama untuk ke station Bondi Junction, kami tak turun di situ tapi terus ke station bus terakhir di Circular Quay untuk try naik ferry melalui Opera House & thru Harbour Bridge ke Barangaroo Wharf dan pusing & kembali semula ke Circular Quay Wharf
Ferry : Circular No 5 Wharf to Circular Quay No 4 Wharf ( AUD 2.06 )
Sepatutnya ferry ride ni , tiketnya AUD 6 @ RM17 tapi disebabkan caj pengunaan kad Opal melebihi limit harian, jadi tambang menjadi murah, AUD 2.06/pax @ RM5.90 sahaja. Memang berbaloi sangat-sangat untuk ferry ride selama 1 jam 15 minit dengan udara yang nyaman
Google2 rupa-rupanya Coles supermarket dalam 600m dari apartment, pagi ni beli barang-barang makan sikit.
Hari ni Jumaat, plan nak solat kat King Faisal Mosque, jauhnya dalam 1.2km dari apartment, kena jalan dalam 15 minit tapi sebab tersilap baca google map terpaksa le menapak dekat-dekat 3km, 45 minit baru sampai
King Faisal Mosque
Commonwealth Street, Surry Hills
Iman tengah bagi tazkirah dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya kutbah dalam bahasa Arab
Selepas makan tengahari, ke Bondi Beach
Bondi Beach
Train : Central Station to Bondi Junction ( AUD1.26 )
Di Station Bondi Junction, cari tempat menunggu di Stand A, naik bus no 333 ke South Bondi Beach
Bus : Bondi Junction to South Bondi Beach ( AUD0.12 )
Bus : South Bondi Beach via Bondi Junction to Circular Quay Stand D ( AUD1.86 )
Dari South Bondi Beach, boleh naik bus 333 yang sama untuk ke station Bondi Junction, kami tak turun di situ tapi terus ke station bus terakhir di Circular Quay untuk try naik ferry melalui Opera House & thru Harbour Bridge ke Barangaroo Wharf dan pusing & kembali semula ke Circular Quay Wharf
Ferry : Circular No 5 Wharf to Circular Quay No 4 Wharf ( AUD 2.06 )
Sepatutnya ferry ride ni , tiketnya AUD 6 @ RM17 tapi disebabkan caj pengunaan kad Opal melebihi limit harian, jadi tambang menjadi murah, AUD 2.06/pax @ RM5.90 sahaja. Memang berbaloi sangat-sangat untuk ferry ride selama 1 jam 15 minit dengan udara yang nyaman
@ Barangaroo Wharf
Wynyard Station to Central Station 1:46pm ( AUD1.26 )
Hari ni balik awal sikit ke apartment sebab malam nak tengok fireworks di Darling Harbour
Central Station to Town Hall 8:26pm ( AUD1.26 )
Malam ni nak tengok fireworks di Darling Harbour, fireworks ni diadakan hari Sabtu jam 9;00 malam setiap 2 minggu, fireworks in dalam 5 minit lebih, tapi silap recording, dapat video pendek
Pertunujukan bunga api yang sama. Vide credit to Sydneyfireworks
Town Hall to Central Station ( AUD 1.26 )
01/12/2019 :: Hari ke 7 Last Day
Central Station to Strathfield Station ( AUD 1.56 ), 15 minit
Flight kami ke KLIA2 malam ni adalah pada jam 9:55 malam. Pagi ni kami plan nak ke rumah Sukma, katanya rumah dia walking distance dari Macquarie University Station,,,,nak ke sana kira-kira 1 jam 15 minit dari Central Station. Disebabkan kami keluar agak lewat, kami berjumpa di Strathfield Station sahaja.
Di Strathfield Station sementara untuk berjumpa Sukma
Ucapan terima kasih kepada Sukma Hayati yang menemani kami sepanjang hari ke 2 di Darling Harbour & Circular Quay dan datang berjumpa lagi beberapa hari selepas itu di Paddy Market.
Strathfield Station to Central Station ( AUD 0.00 ) : Free
Sampai Central, lepak sat kat Belmore Park sementara isteri ke Paddy's Market, last shopping......ada cenderahati yang masih belum dibelikan untuk saudara mara.
Last Train : Town Hall Station to International Airport - 4:47pm ( AUD 14.87 )
Memandang masa masih panjang, dari Central Station kami ke Town Hall untuk ke Woolworths, beli makanan & minuman
Train : Central Station to Town Hall Station ( AUD 1.24 )
Reload AUD 90 , last day Opal balance tinggal AUD10.61
Last shot, nak habiskan filem camera...hahaha
Semoga catatan ini sedikit sebanyak membantu mereka yang ingin ke Sydney buat pertama kali. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalan kami.
Brkfst, lunch & dinner yang kami masak di Sydney :
Periuk beli di Coles AUD18
Prepared by Sukma - minum petang
Anda mungkin ingin mengikuti catatan saya :
Subscribe to:
Posts (Atom)
Backpack Hatyai, Pattani & Yala ( 4H /3M )
Awal plan nak rehat sehari dua shj di Hatyai dan mungkin ke Pattani sekiranya ada van ke sana. So setiba di Hatyai, kami ke opis tour agen y...
-
Alhamdulillah, kali ini berpeluang bercuti ke negeri "Land Below The Wind", kami berlima dengan jadual perjalanan sendiri. ...
-
SEOUL, 6H/5M, Persediaan Kami mengembara berdua sahaja, tidak berani membawa anak-anak sebab ini kali pertama kami ke Seoul tanpa ...
-
Lama dah dok ingat nak ke Beijing sendiri-sendiri , tapi bila fikir pasal masalah bahasa di sana, yang tu buat tangguh dulu trip . Sebenar...
-
Hadramout Paradise , Ipoh Lokasi : Jalan Lim Bo Seng ( seberang jalan Kinta Riverfron...
-
Semoga catatan dibawah dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada mereka yang ingin / pertama kali ke Saigon 12/7/2011 -Sebenarnya...
-
Pasar Loken @ Pasar Karat @ Memory Lane Morning Market Hari : Ahad sahaja Masa : 6:30 pagi hingga...