Sebenarnya untuk ke Seoul tanpa menggunakan pemandu pelancong tidaklah sesukar mana. Sistem pengangkutan awamnya, Seoul Metropolitan Subway, adalah sangat efisyen dan antara terbaik didunia dan satu-satunya metro system didunia yang menyediakan perkhidmatan wireless internet & wifi didalam train.
Tidak perlu bimbang kerana sebaik sahaja mendarat di Incheon Airport , kita boleh guna subway terus untuk ke bandar Seoul dan tempat-tempat tarikan pelancongan berada di sekitar subway stations ( walking distance ).
Itinerari kami secara santai :
Itinerari Seoul, Korea : Hari 1 - 3 @ Click here
Hari 1 : Incheon Airport
Check-in Best Western New Seoul Hotel,
Jungu-gu area
Tidor cukup2...hahaha
Gwanghwamun square
Cheonggyecheon stream
Dongdaemun midnight shopping
Hari 2 : Itaewon
Eid Halal Korean Food
Seoul Central Mosque
Namdaemun market
Hari 3 : Nami island ; pagi hingga petang
Sg. Han & Banpo Bridge ; malam
Itinerari Seoul, Korea : Hari 4 - 6 @ Cilck here
Kebanyakan agen-agen pelancongan menawarkan pakej pelancongan 5H/4M.
Hari 4 : Myeong-dong
Seoul Global Cultural Center - Free hanbok
dressing
Namsan Tower
Myeongdong Night shopping market
Hari 5 : Geongbokgung palace
Korean Folk Museum
Bukchon Hanok Village
Gangnam - Samsung DLight
Hari 6 : Gwangjang Market
Check-out
Incheon Airport
Kebanyakan agen pelancongan menawarkan pakej pelancongan 5H/4M.
TIPS :
1. Tempoh Percutian
Tempoh 6H/5M adalah ideal. Jika ingin ke Pulau Jeju/Busan, elok panjangkan tempoh 2 hari lagi.
Kebanyakan agen-agen pelancongan menawarkan pakej pelancongan 5H/4M.
Jeju Island
Busan
2. Musim Lawatan
Korea mengalami 4 musim :
Musim Bunga : Mac hingga Mei
Panas : Jun hingga Ogos
Luruh : Sept hingga Nov
Sejuk : Dis hingga Feb
3. Bahasa
Sebilangan besar peniaga kurang fasih / tidak tahu berbahasa Inggeris, susah-susah guna sign language aje,locals ada juga tahu sedikit-sedikit bahasa inggeris. Yang menariknya kebanyakkan tourism kiosk dikendali secara sukarela-sukarela oleh veteran-veteran yang fasih berbahasa inggeris.
4. Matawang
Matawangnya adalah Korean Won (KRW). Anggarannya RM10 = 2,638 KRW
5. ATM & Kad Kredit
Aktifkan kad ATM di mesin ATM bank di Malaysia supaya kad boleh digunakan di mesin ATM di Korea. Juga telefon customer service bank untuk aktifkan kredit kad untuk tujuan yang sama
6. Pengangkutan
Menggunakan teksi adalah mahal. Lebih senang guna subway. Download Jihachul Apps untuk mengetahui map, waktu, station & tambang subway.
Beli T-Money kad untuk kegunaan tambang subway
7. Makanan
Restoran Halal dan kedai yang menjual barangan halal banyak terdapat di Itaewon. Seperti biasa makanan halal adalah mahal di luar negara. Makanan tengahari dalam lingkungan RM90 ( 2 pax ).
8. Masjid
Masjid besar terdapat di Itaewon. Sukar mencari masjid/ surau lain. Kami pernah dilarang ketika cuba solat di basement pusat membeli belah. Akhirnya solat dicelah-celah kiosk yang tutup. Sentiasa bawa sejadah .
8. Masjid
Masjid besar terdapat di Itaewon. Sukar mencari masjid/ surau lain. Kami pernah dilarang ketika cuba solat di basement pusat membeli belah. Akhirnya solat dicelah-celah kiosk yang tutup. Sentiasa bawa sejadah .
9. Tandas
Tandas disini bersih & tak berbau, jadi tidak hairan jika diluar tandas di stn subway, ada kerusi & meja untuk berehat. Perlu bawa air botol mineral untuk ke tandas kerana jarang terdapat paip air dalam bilik tandas, yang ada cuma tisu !.
10. Tempat Tinggal
Tempah guesthouse lebih menjimatkan dari tinggal di hotel.
11. Keselamatan
Tidak takut untuk berjalan-jalan di Seoul kerana saya rasa amat selamat dan locals adalah friendly.
12. Tempat Shopping
Kami ke sana untuk jalan-jalan tetapi antara tempat shopping adalah kawasan:
Gwangjang market : textile, silk, satin , bed sheet
Terima kasih kerana sudi mengikut blog ini...
Anda mungkin berminat untuk mengikuti perjalanan kami...
Jom ke Seoul-Jeju cuti sekolah tahun 2020! Hanya RM3500/pax untuk 6H5M. Trip termasuk flight Kul-Jeju-Seoul-Kul, accomodation + tour guide + transport + breakfast + entrance fees + insurance. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com.
ReplyDelete