Sunday, 27 March 2016

Masjid & Musolla Sekitar Seoul's Mosque & Musollas

Memang agak sukar untuk mencari masjid & musolla di sekitar Seoul kerana bilangannya amat terhad. Perlu sentiasa ada kain telekong & sejadah & kompas dalam backpack  kerana kita mungkin perlu solat di tempat awam. Amat menyedihkan jika tertinggal yang wajib/qada' solat semata-mata tidak berjumpa masjid / musolla.

Berikut adalah masjid & musolla yang pernah saya singgah :


Seoul Central Mosque


Arah Ke Seoul Central Mosque  :

Itaewon Station - Line 6 , Exit 3
- Jalan lurus 100 meter, ikut kanan ke jalan Usadan-Ro
- Jalan lurus 150 meter ke Usadan-Ro - Gil Road
- jalan 200 meter hingga tiba di Seoul Central Mosque sebelah kiri

Musolla Di Nami Island

Surau terdapat di atas restoran halal, suraunya amat selesa dengan tempat wuduk di dalam surau untuk muslimin dan muslimat.







Myeongdong

Di Seoul Global Cultural Center ( di M Plaza ), saya meminta dari staff di situ untuk solat di penjuru pejabat tetapi tidak dibenarkan. Kami turun ke basement M Plaza untuk solat, sebaik sahaja isteri nak takbir, beliau dihalang oleh staff plaza tersebut, last-last kami solat di sebalik kiosk perniagaan yang ditutup di Myeondong subway station tanpa dapat dilihat oleh orang-orang yang lalu lalang.

Semasa di Seoul Global Cultural Center, kakitangan disitu memberitahu terdapat surau di sebuah restoran halal di Ambasador Hotel, beliau melakar arah dari M Plaza ke restoran tersebut  seperti ditunjukkan dengan pen merah.




Everland Theme Park

Surau di Mystery Mansion 
 




Korea Tourism Organisation

Bangunan KTO lebih kurang 200 meter dari Jonggak Station. Surau terletak di basement bangunan KTO . Saya tidak pernah solat di sini sebab hotel tempat saya tinggal hanya 150 meter dari KTO bersebelah Cheonggyecheon stream:








No comments:

Post a Comment

Backpack Hatyai, Pattani & Yala ( 4H /3M )

Awal plan nak rehat sehari dua shj di Hatyai dan mungkin ke Pattani sekiranya ada van ke sana. So setiba di Hatyai, kami ke opis tour agen y...