Minggu lepas,saya telah membeli annual pass ke Lost World hot springs & spa dengan harga promosi RM50 dan dengan pass ini setiap pengunjung dibenarsuk ke taman tema sekali sahaja setiap hari selama setahun ( RM0.14 setiap hari ). Harga annual pass jika dibeli secara on-line ialah RM188 sementara tiket masuk biasa (walk-in) ialah RM26.
44 tahun lepas, saya melalui kawakkksan ini setiap subuh selama 5 tahun dari quarters di Ulu Kinta ke sekolah rendah Ashbey Road di Ipoh. Waktu itu kawasan ini hanyalah kawasan pertanian dengan kolam- kolam air mineral panas.
Terdapat 9 kolam air panas :
Infinity pool
Crystal Spa
Saphira Lair
Steam Cave ini best seperti dalam sauna, mengeluarkan peluh, menyegarkan
kulit dan memperelokkan perjalanan darah, in sha Allah
Foot Spa - berjalan diatas batu-batu kecil
Top of the world pool, diatas steam cave, jacuzzi pool paling best sebab
ada massage water jet untuk urut urat-urat dan bhg belakang badan
Pool untuk dewasa
Pool untuk kanak-kanak
Dalam seminggu ini dah 2 kali kami masuk , dah berumur ni kena berendam air panas selalu untuk longgarkan urat2...hehehe
LWHSS dibuka setiap hari dari 6 petang hingga 11 malam.
p/s : terdapat surau berasingan yang selesa untuk muslimin & muslimat
Anda mungkin berminat untuk mengikuti :
No comments:
Post a Comment