Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu ( kembali setelah ) dibangkitkan..
It is He who made the earth tame for you - so walk among His slopes and eat of His provision - and to Him is the resurrection
[Al-Mulk : 15]
Awal plan nak rehat sehari dua shj di Hatyai dan mungkin ke Pattani sekiranya ada van ke sana. So setiba di Hatyai, kami ke opis tour agen yg kami pernah naik tour van mereka ke Pakbara & Koh Lipe sebelum ini. Staf tu bagitau tour agent dia tak sediakan van ke Pattani tapi boleh juga naik keretapi ke sana. Memang dah tau, ada train tapi tak tau nak turun di stesyen mana dan staf tu bagitau turun di Khok Pho stn.So kami google & last minit tukar plan utk naik keretapi shj. So plan 2H/1M jadi 4H/3M😄
Day 1 @ 09/07/2024 : Ipoh - Padang Besar - Hatyai
Dari Ipoh kami naik komuter ke B'worth ( RM12.80 ), dan utk direct ke Padang Besar perlu transit di stn. Bukit Mertajam tetapi seelok-eloknya turun di B'worth untuk pastikan dapat tempat duduk kerana kebiasaannya ramai penumpang naik di stn Bukit Mertajam. Dari B'worth ke Padang Besar ( RM11.40 ) perlu naik komuter selewat-lewat jam 6:55am ( trip ke 3 ) utk kita sempat catch up train jam 9:15am Pdg. Besar ke Hatyai. Kalau terlepas boleh naik van RM30/pax yang sentiasa ada di luar stn. train Padang Rengas
Padang Besar ke Hatyai
Waktu berlepas 10:15am ( waktu Thai )
Tambang naik keretapi Thai THB50 ( RM8.00 ). Kali ini kami tak book pun hotel thru online, sampai hotel, terus check in di area Lee Garden Plaza, senang sikit cari makan-makan depan hotel sahaja.
Hotel agak lama namun selesa berdekatan dengan tempat makan-makan
Day 2 : Hatyai - Pattani
sarapan pagi sebelum ke Hatyai Junction > Pattani
Train : Hatyai Junction - Pattani ( Khok Pho )
Perjalanan : 1 jam 30 min
Tambang : THB17 @ RM2.20...murah gila, hahaha
Jadual train dari Hatyai Junction ke Pattani ( Khok Pho Station )
Tiba di Pattani / Khok Pho Station jam 11:40 pagi, di luar stn. keretapi, ada pick up tut-tut, minta dia bawa ke pekan Pattani ( lebih kurang 27 km @ 40 minit ). Tambang THB50 (RM6.50 ) seorang dan dia bawa terus ke hotel @ The Wood Pattani milik muslim Thai.
naik pick up Tut-tut ke hotel
Stn. Pattani ( Khok Pho )
lunch seberang jalan hotel, masakan 👍👍
Selepas lunch, minta staff hotel untuk sewakan motor, sewa THB300, deposit THB1,000 tapi jika minta motor dihantar ke hotel perlu tambah THB100 ( total THB400 ). Elok-elok motor sampai di hotel, hujan pulak 😑
Sebelah malam. sempat solat maghrib & isyak di Masjid Daerah Pattani
Masjid Daerah Pattani
keluar masjid hujan lagi
Selepas makan malam, kami ke Green Market, 750 meter dari hotel dan lebih kurang 50 meter dari Prince of Songkla University ( PSU ). Waktu malam sepanjang jalan dari The Wood Hotel hingga ke PSU sangat meriah dengan bermacam kiosk makanan di kiri kanan jalan dan kedai pakaian dan dengan ramai student U.
Green Market
Day 3 : Pattani - Yala
Subuh di Masjid Nur Pakaro dalam 950m dari hotel
The Wood Hotel ke Masjid Kresik
Awal pagi kami merempit ke Masjid Krue Se ( Kresik ), tempat berlaku tragedi berdarah 20 tahun lepas dimana 32 jemaah tabligh mati akibat serangan mortar dan tembakan oleh tentera Thai.
Masjid berusia 510 tahun dibina oleh Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1514. Batu-batanya diikat dengan campuran beras pulut hitam, kulit kerang, telur putih dan manisan cair.
Dari The Wood Hotel ( Tut-tut perlu dipanggil oleh hotel, kerana area ini tak banyak tut-tut, tidak seperti di Hatyai ) , tambang kali ini THB50 /pax ketempat kawasan macam tut-tut berkumpul dan dari situ ke Khok Pho stn. tambang THB40. Total THB90/pax .( Masa sampai semalam tambang THB40 shj dari stn Khok Pho terus ke hotel, The Wood Pattani )
Hotel tlg mnta Tut-tut datang ptck up di hotel
Kawasan tempat kenderaan pick up tut-tut berkumpul
Location : Chareon Pradit Road, Tambon Rusamilae
Call card ni tempat tempat kami sewa motor, minat nak sewa, call / whsp En. Muhammad, boleh cakap / tulis dalam bahasa melayu.
cuma paham yg tulis bahasa org putih tu je😂
Kalau kami sampai Pattani awal dan dah ada motor, boleh tidur di Teluk Samilae ( Teluk Sembilan ) atau Pantai Panaree, tanya org Pattani, katanya pantai dan airnya cantik.
Train : Pattani ( Khok Pho ) - Yala
Perjalanan : 30 minit
Tiket : THB6 ( RM0.80 ) . Kami berdua gelak besar, mana nak dapat zaman ni naik public transport 8 kupang...hahaha
jadual perjalanan dari Stn. Khok Pho ke Yala
Stn Keretapi Yala
Kami sampai di Stn. keretapi Yala jam 12 lebih tengahari dan dengar azan Zohor dan terus solat di Masjid Al Ahmadi , lebih kurang 200 meter dari stn keretapi
Masjid ikut celah-celah kedai makan
di Masjid Al Ahmadi @ Zohor
Stn. Yala ke Masjid Al-Ahmadi
Di masjid tanya jemaah situ pasal hotel, dia bagitau ramai orang Malaysia tidor di Yala Rama Hotel dan disebabkan tiada motor sewa, kami decide utk tidor di Yala Rama Hotel saja i.e 250 meter dari Stn Keretapi Yala.
Stn Yala ke Yala Rama Hotel
Saya bertanyakan tempat yang ada sediakan motor sewa dan kaunter staff bagi no 089 596 9917 utk dihubungi, cuba hubungi no. tu melalui tetapi tak dapat sebab call/service macam kena block.
Note : sebelum ke Thailand kami beli eSim Thailand ( sebelum ini pernah guna eSim masa di Indonesia, tiada masalah ) thru Shopee, tapi data internet cuma dapat diguna di Hatyai shj, bila masuk area Pattani & Yala, di phone screen keluar ' no service ' , So try activate U Mobile data roaming RM10/day, tapi tak boleh guna juga...bila sampai Malaysia,e-mail ke U Mobile utk waive charge RM10 dan jawapan U Mobile : Upon
checking, you were unable to connect to our roaming partner and use
data roaming while in Pattani due to Thailand's government restrictions.
Please be informed that all roaming services are not available in the
Yala, Pattani, and Narathiwat districts. tapi RM10 tetap tak boleh waive😠
So alternative utk lain kali, kena beli sim kad Thailand 👇
Selepas solat maghrib di Masjid Al Ahmadi, kami berjalan 800 meter ke arah Masjid Daerah Yala dan solat Isyak di sana. Sepanjang jalan kiri kanan jalan banyak terdapat kiosk-kiosk makanan seperti di Pattani.
Masjid Al Ahmadi @ waktu Maghrib
Masjid Al-Ahmadi ke Masjid Daerah Yala
Masjid Daerah Yala
Masjid Daerah Yala @ selepas Isyak
Jalan-jalan cari makan selepas solat Isyak di kawasan sepanjang jalan Masjid Dearah Yala.
sepanjang jalan area di masjid
makan malam di Leena Food ( sebelah masjid ), sedap masakannya, highly recommended pizza nya
Day 4 @ 12/07/2024 : Yala - Hatyai - Padang Besar
Yala - Hatyai Junction
Perjalanan : 2 jam
Tambang : THB23 @ RM3.00
Naik 1st train pukul 6:35am dan sampai Hatyai jam 8:50am, ada masa 5 jam di Hatyai sebelum naik tren jam 2:00 ptg ke Padang Besar.
brunch @ Kaitod Decha setiba di Hatyai
signature dishes : Pulut Ayam & Briyani Ayam
Sempat solat Jumaat di Masjid Pakistan, lebih kurang 700 meter dari Hatyai Junction.
Masjid Pakistan
Keluar masjid ke Hatyai Junction, hujan renyai
Naik train jam 2:00 petang dan sampai di Stn Padang Besar jam 2:45 petang
Kami travel berdua & dua-dua backpack shj. Tiket ke Jakarta kami beli masa promo, harga tiket flight ke Jakarta RM135/pax dan balik RM150/pax. Dua hari sebelum berlepas, book hotel 1 malam thru Agoda di area Manggarai, tak jauh dari stesyen train Manggarai. Tiket Panoramic train ke Bandung pun siap2 beli online di sini. Untuk data internet, kami beli siap-siap thru Shopee, Travel eSim Indonesia ( tanpa fizikal sim card ) 5Gb + Unlimited 3G for 7 days, bila order completed, QR code akan di hantar ke e-mail kita utk diaktifkan pada hari berlepas / tiba di Indonesia.
Day 1 : Jakarta
Sebelum tiba di Indonesia ( max. 3 hari sebelum ), perlu isi e-Custom Declaration di website https://ecd.beacukai.go.id/[ Click ]. Setelah daftar, screenshot QR code, pegawai kastam Indonesia di airport akan scan QR code tersebut.
Sebelum scan pasport di gate immigration, perlu juga scan qr code yang tertera di kawasan tersebut dan isi form online. Visit stay permit akan di e-mail ke e-mail yang kita beri, namun tak perlu print.
e-mail visit stay permit dari Direktort Jenderal Imigrasi ( tak perlu print )
Setiba di Soekarno Hatta International Airport, pening & blur kejap fikir macamana nak ke Manggarai, nak senang boleh shj naik Blue Bird taxi, taxi driver kata tambang IDR 270,000 / RM80 ( RM 1 = IDR 3,355 ) tapi seboleh-bolehnya kami nak try & belajar naik public transport.
Sebelum ni google, ada info tentang free shuttle sky train,jadi kami naik free sky train shuttle dari Terminal 2 dan stesyen sky train ni lebih kurang 40 meter shj sebelah kanan selepas keluar dari pintu Terminal 2. Sky train ni gerak lebih kurang 100 meter ke Bandara @ Aiport Train Station.
Seterusnya kami naik airport train ke Manggarai Stn. Tiket IDR70,000 / pax tapi tak boleh beli guna cash, cuma boleh guna kad e-wallet. Kad e-wallet pun belum beli lagi tapi mujur la boleh beli tiket di mesin guna Maybank QRPay. Guna Maybank QRPay ok jugak sebab IDR 140,000 ( 2 pax ) Maybank charge RM41.61 i.e RM 1 = IDR3,364 sahaja, Jadi dah jimat RM40 daripada naik blue bird taxi…😆😆😆
Hotel 850 m dari Stasiun Manggarai, kami jalan kaki ke sana berpandu Google Map
kami tidor di sini malam ini😁
recommended😋
makan malam pertama di Jakarta, seberang jalan hotel, sedap masakannya👍👍👍
Day 2 : Jakarta / Bandung
Selepas sarapan, dari hotel di Manggarai terus ke Stasiun Gambir (4km dari hotel ) untuk naik Pangandaran Panoramic train ke Stasiun Bandung ( atau boleh juga naik Argo Parahyangan Panoramic / Papandayan Panoramic, nama train berbeza-beza mengikut masa berlepas tapi keadaan coach sama shj ). Tiket boleh beli online di www.tiketkai.com. [Click Untuk Book Tiket ]. Harga tiket Panoramic ialah IDR 425,000 / pax.
e-mail confirmation, tiket book online semasa di M'sia
key-in booking code then print boarding ticket di Stasiun Gambir
Perjalanan ke Bandung mengambil masa 3 jam. Seeloknya jika ingin naik Panoramic coach, tiket perlu book awal sebab tiket terhad i.e dalam satu-satu perjalanan ke Bandung @ dari Bandung. cuma terdapat satu coach panoramic sahaja di bahagian belakang coach train biasa. Kerusi boleh digerakkan menghadap cermin supaya panoramanya lebih jelas.
makanan ringan i.e roti, popcorn & minuman i.e mineral & air kelapa provided
Kami pilih untuk menginap 2 malam di hotel yang terletak di dalam Braga Citywalk Mall di Jalan Braga setelah baca review di Backpackers Buddies Malaysia & Agoda yang area Braga ni area yang happening…😄😄😄. Hotel di Bandung ni without bkfst lagi mahal dari hotel di Jakarta with bkfst😬
ronda-ronda lepas lunch
siang sampai tgh malam sentiasa ramai orang
Sebelah petang, kami tour bandar Bandung dengan bus " Bandung Tour On Bus" , tempat menunggu bus ini di sebelah entrance hotel Kimaya By Harris & Kimia Farma Apotek. Tempat menunggunya cuma di khemah canopy.
Tambang bus IDR 20,000 ( RM6 ) / pax, bus pusing-pusing attraction places di Bandung selama 1 jam
Day 3 : Bandung
Pagi @ 8am, semasa di M’sia kami dah book dgn satu tour agen untuk melawat Kawah Putih dan beberapa tempat di daerah Ciwidey, Bandung Selatan, dari hotel perjalanan 1 jam 30 minit lebih / 43 km Di Jakarta / Bandung / Bogor, jarak km nya tak jauh tapi masa untuk sampai lama sebab jalan sentiasa macet / jam. Kami naik Toyota Avanza boleh muat max. 6 org. Kalau 5 @ 6 org travelling sekali kos /pax jadi murah. Kami dihantar kembali ke hotel lebih kurang jam 6 ptg.
Jika berminat utk dapatkan tour service , boleh hubungi Pop Holiday Bandung ( whsp : 62 878 2514 3651 ), tour guide kami, Boby 👍👍👍
Tour area Ciwidey @ Bandung Selatan covering :
recommended ambil VIP tiket IDR 100,000/pax, cover masuk Kawah Putih + banyak tempat lain compared to Pakej Rengganis ( 70K ) @ Pakej Glamping (50K)
Kawah Putih
Kawah Putih
view Kawah Putih dari Sunan Ibu Sunrise Point
Jambatan Gantung Rengganis
Jambatan Rengganis adalah jambatan gantung terpanjang ( 370 meter ) di Asia Tenggara, dibuka bulan Mei 2022 menghubungkan kawah Rengganis dibawahnya.
credit to Pop Holiday Bandung
Keranjang Sultan
Kawah Rengganis
Kawah Rengganis
Golesat
Golesat dah include dalam harga tiket VIP, jadi naik aje la, jadi bebudak kejap😆😆😆
Danau Patenggang
Kami makan tengahari di Saung Gawir Ciwidey, makanan memang sedap, boleh cuba bagi sesiapa yg on the way dari Kawah Putih ke bandar Bandung
Nasi Timbel Komplit & Nasi Liwet Complit Ayam Bakar 👍👍👍
Kami sampai semula ke hotel @ 6pm, waktu Maghrib ( Maghrib masuk jam 5:45 & Jakarta awal 1 jam dari Malaysia ). Bagi sesiapa ingin dapatkan tour servis boleh whatsapp Pop Holiday Bandung ( +62 878 2514 3651 ). Tour servicenya terbaik👍👍👍
Seelok- eloknya kalau nak cover Kawah Putih & Tangkuban Perahu kena stay 2 hari penuh ( awal pagi hingga ke petang ) sebab Kawah Putih di Bandung Selatan sementara Tangkuban Perahu di Bandung Utara, dua-dua area memang tak sempat cover dalam 1 hari.
Braga ni waktu malam pun ramai orang, area yg macam tak tidur😬
Day 4 : Bandung / Jakarta
Balik semula ke Jakarta dari Stasiun Padalarang ( Stasiun Padalarang ke Stasiun Halim, Jakarta ) sejauh 142 km dengan bullet train @ Whoosh. Projek keretapi laju ini joint venture antara Indonesia dan China dan perkhidmatan baru dilancar 6 bulan yang lepas.
Untuk ke Stasiun Padalarang, disediakan feeder train percuma dari Stasiun Bandung ke Stasiun Padalarang ( tempoh perjalanan : 30 minit )
Jadual feeder train dari Stasiun Bandung ke Stasiun Padalarang
feeder train ke Padalarang warnanya hijau
Kelajuan maksima Whoosh adalah 350km / jam berbanding kelajuan maksimaETS, Malaysia 140km / jam, jadiWhoosh 2.5 kali lebih laju dari ETS. Tempoh perjalanan train biasa dari Bandung ke Jakarta dapat disingkatkan kepada daripada 2 jam 45 minit kepada 30 minit sahaja. Tambang Whoosh IDR 250,000
Whoosh ini tersangat-sangat stabil, letak duit syiling pun tak jatuh😲👍👍👍👍👍
Tiba di Stasiun Halim, Jakarta dan Alhamdulillah sempat untuk solat Jumaat di dalam surau ( boleh muat 150 jemaah ) di stasiun tersebut.
Di Stasiun Halim, ada public transport i.e bus, try nak beli tiket bus guna cash tapi tak boleh, kena guna e-wallet kad, tapi kami masih belum beli lagi. last-last opt naik grab😁 Hotel yang kami book terletak 14km dari Stasiun Halim.
Setelah check-in & rehat, sebelah petang kami berjalan 1.9km ke Masjid Istiqlal untuk solat maghrib di sana. ( okay la jalan kaki sebab di Ipoh setiap pagi selepas subuh kami brisk walk 2.5km😁 ) dah bertahun simpan niat utk solat di sini, الحمد لله terkabul hari ini. Selepas solat balik naik grab la😆
Day 5 : Jakarta
Hari ini cover :
Tanah Abang
naik komuter dari Stasiun Gondangdia ( 30 meter shj dari hotel ) ke Stasiun Tanah Abang i.e Stasiun Gondangdia - Stasiun Manggarai - Stasiun Tanah Abang, tambangnya IDR 3,000 ( RM0.90 )
Pasar Tanah Abang, jambatannya bersambung dengan Stesiun Tanah Abang
Pasar Tanah Abang ini sesak utk kita shopping santai-santai, ramai sangat orangnya.
Dari Pasar Tanah Abang, kami menaiki bajaj ke Thamrin City ( 3.2 km )
Thamrin City ni lebih selesa ( recommended ) utk tempat kita shopping sebab agak aman sikit dari Pasar Tanah Abang, Lunch di mall Thamrin City.
Dari Thamrin City kami ke Bundaran HI Astra iaitu stesyen bus rapid Transjakarta yang menjadi tourist attraction
Dari stasiun Bundaran HI Astra. kami naik bus TransJakarta ke Monas
Sebelah malam, isteri syorkan untuk ke Bogor, yang tidak ada dalam plan sebelum ini dan masih ada 1 malam @ malam terakhir yang kami belum book hotel. Setelah google, Bogor cuma 1 jam 15 min perjalanan menggunakan komuter dari stasiun Gondangdia, 30 m dari hotel kami.
Day 6 : Jakarta / Bogor / Puncak
Stasiun Gondangdia - Stasiun Manggarai - Stasiun Bogor, 1 jam 15 min, tambang IDR 6,000 @ RM1.80
muka letih, cuaca panasss
Sampai di Stasiun Bogor, kami decide book hotel di Puncak, kawasan tanah tinggi macam Cameron lebih kurang 1 jam 30 min dari Bogor. Mula-mula sampai Stasiun Bogor, check grab ke Puncak, kosnya IDR 175,000, selepas 1 jam check lagi naik IDR 215,000 sbb waktu tu macet😳. Jadi secara average tambang Grab dari Stasiun Bogor ke Puncak diantara IDR 175K ke 215K.
Friendly Reminder :
Sekiranya ingin travel ke Puncak, dinasihatkan tidak ke sana pada hari Sabtu & Ahad kerana kebiasaannya jalan naik ke atas ditutup antara jam 1 hingga 5 ptg bagi membolehkan kenderaan yang banyak dari atas Puncak turun ke bawah.
Day 7 : Puncak / Bogor / Soekarno Hatta Int. Airport
Flight kami pada jam 8 malam dan jam 12 tengahari, kami kembali ke Bogor dengan menaiki bus Marita untuk turun di Ciawi dan bus akan terus ke Terminal Bus Kampung Rambutan, Jakarta. Kami memilih untuk tidak terus ke Kg. Rambutan dengan bus kerana lebih selamat peruntukan masa jika naik komuter dari Bogor ke Stasiun Manggarai dan seterusnya naik Airport train ke airport.
Tambang bus dari Cianjur ke Ciawi ialah IDR 35,000.
Setelah turun di Ciawi kami naik Grab ke Stasiun Bogor.
Dari Stasiun Bogor kami naik komuter ke Stasiun Manggarai ( IDR 6,000 ) dan dari Manggarai, kami sambung naik airport train ( IDR 70,000 / pax ) direct ke Soekarno Hatta Int. Airport dan tiba kira-kira jam 5 ptg++, just nice 😁. Alhamdulillah, sepanjang trip 7 hari, Allah permudahkan perjalanan kami.
Semoga brief blog ini dapat membantu mereka yang ingin ke Jakarta dan sekitarnya spt trip kami secara bersendirian D.I.Y, inshaAllah.