1. Ambil komuter dari Butterworth / Bkt Mertajam ke Padang Besar ( BM - Pdg Besar : RM10.70 ). Jika dari Padang Rengas (Pdg Rengas - Pdg Besar : RM17.20 ), transit di Bkt Mertajam utk ke utara.
2. Tiba di Stn. Pdg Besar, naik ke tingkat atas, dihadapan cafe, di tiang² dilekat notis QR Barcode utk scan laporan suntikan vaksin Covid-19. Sebelum tu screenshot sijil digital vaksin MySejahtera.
3. Selepas screenshot QR Barcode, isi maklumat² yg diperlukan oleh pihak Thai dan diakhirnya perlu upload sijil digital MySejahtera. Tidak perlu onsite covid PCR test.
4. Beli tiket train utk ke Hatyai, harga RM7.00 @ TB50 . Kalau terlepas train, naik van tambang hingga ke Hatyai RM10/person.
5. Beli simkad Thai utk data internet/hotspot. Unlimited data/ call utk selama 7 hari, selepas 7 hari kena reload, jika tak reload, sim kad akan terminate dlm masa 30 hari, Harga simkad antara rm25 - rm35 tertakluk kepada pakej, yg rm25 tu pun dah okay utk 7 hari unlimited.
6. Bila train dari Hatyai tiba & semua penumpang dari Hatyai selesai melepasi kastam Malaysia, gate tingkat atas akan dibuka utk traveller dari Msia utk pemeriksaan pasport oleh imigresen Malaysia & Thai. Sebelum pasport dicop oleh imigresen Thai, kita perlu tunjuk screenshot sijil digital vaksin MySejahtera.
7. Train ke Hatyai mengambil masa 50 minit.
Enjoy your holiday.
No comments:
Post a Comment