Penyewa terakhir telah memberi notis untuk berpindah dan rumah dikosongkan bermula Feb 2017. Sebaik penyewa keluar, rumah diperiksa, MashaAllah, masih ada penyewa sebegini, sekeliling dinding dalam rumah diconteng dengan artline permanent ink, rumah kotor tak dijaga, dinding ditebuk sehingga ke tiles bathrooms, pavement kaki lima di pecah semasa mengganti paip dan ditiinggalkan begitu sahaja.
Bermula Feb 2017 juga kami berulang alik setiap minggu mengikut kelapangan dari Ipoh ke Lumut untuk membaik pulih rumah semana yang mampu, hingga Ogos, kami mengupah orang untuk mengganti tiles bilik mandi, membaiki pavement, menggantikan paip utama dan sebagainya. Memang tidak berbaloi jika kita dapat penyewa yang tidak bertanggungjawab kerana apabila mereka keluar sewa 10-12 bulan yang dikutip sebelum ini terpaksa dibelanja untuk membaiki segala kerosakan. Itu belum lagi penat lelah membaiki sendiri rumah.
Inilah keadaan rumah sesudah dibuat pembaikan dan cat semula :
Berminat untuk membeli ? sila e-mail ke mdrosdee@yahoo.com
No comments:
Post a Comment