Puasa Sunat Enam Syawal
عَنْ
أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ
ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Dari
Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah
SAW bersabda:"Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia
mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah
ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984). Status: Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.
2.
Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa
sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama
setahun.
3.
Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan
enam hari berturut-turut. Puasa sunat Syawal boleh bermula pada dua hari
raya eidil fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga 30 hb
Syawal.
Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal.
Jadilah
kamu seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di
setiap waktu dan tempat), dan janganlah kamu menjadi seorang Ramadani
(orang yang hanya beribadah kepada-Nya di bulan Ramadan)
No comments:
Post a Comment