Wednesday, 24 February 2016

Platinum Electric Train Services (ETS) Malaysia

Jam 3:30pm ini saya perlu hadir mesyuarat sejam  di Menara Bank Rakyat, tak berbaloi untuk drive kesana, seperti biasa saya naik ETS jam 12: 15 tengahari dari Ipoh.

ETS Platinum ini baru dilancar bulan ini, bezanya cuma perjalanan adalah non-stop ke KL Sentral dengan masa perjalanan 2 jam 10 min (biasanya 2 jam 30 minit ). Tambang Platinum adalah RM46, Gold:RM35, Silver:RM25 utk perjalanan Ipoh - KL. Coach baru agak lebih selesa dengan ruang kosong yang luas dan touch button door




Coach juga ada  surau ( mussola ) tapi hanya bagi coach yang dari Padang Besar - KL & KL - Padang Besar


Surau dibekalkan dengan kain telekong

Tempat berwudhuk

Kompas untuk arah Qiblat




Ruang bagasi yang luas

Touch button untuk buka



Selepas selesai meeting jam 4:30, saya pulang semula ke Ipoh dengan ETS jam 5:45ptg. Pada waktu menulis, ETS telah melepasi Kuala Kubu Bharu dan in sha Allah dijangka tiba  di Ipoh jam 8:05 malam dan masih sempat untuk solat maghrib. Sekarang perjalanan menjadi mudah, saya bertanya pemeriksa tiket & diberitahu terdapat beberapa regular travellers yang tinggal di Ipoh & bekerja di KL berulang alik setiap pagi, Isnin ke Jumaat. Cuma perlu sediakan duit shj !

No comments:

Post a Comment

Backpack Hatyai, Pattani & Yala ( 4H /3M )

Awal plan nak rehat sehari dua shj di Hatyai dan mungkin ke Pattani sekiranya ada van ke sana. So setiba di Hatyai, kami ke opis tour agen y...