Friday 10 June 2016

Pasar Loken @ Pasar Karat @ Memory Lane Morning Market, Ipoh






Pasar Loken @ Pasar Karat @ Memory Lane Morning Market

Hari        : Ahad sahaja
Masa      : 6:30 pagi hingga - 12 tengahari
Lokasi    : Jalan Horley
Waze     : Memory Lane Morning Market

Jika berpeluang berada di Ipoh pagi Ahad, cuba berjalan-jalan di Loken, dinasihatkan datang awal pagi atau sekiranya selepas 9 pagi mungkin terpaksa jalan bergesel-gesel dengan pengunjung2 dengan matahari semakin terik. Tapak asal pasar karat ini sebelumnya berdekatan dengan Lam Look King di Jalan Laksamana. Walaupun sekarang diberi nama moden iaitu Memory Lane tapi tempat ini lebih dikenali oleh penduduk Ipoh sebagai Loken ( Look King )

Loken sepanjang 2 km ini bukan sahaja menjual barangan lama/antik tetapi juga kain baju, buah-buahan, peralatan telefon, barangan elektrik, ubatan tradisional dan macam-macam lagi.

Sekiranya ada yang tinggal di Riverfront Hotel, Tower Regency Hotel, Excelsior, Syuen Hotel, Loken hanyalah 'walking distance' sahaja.

Selamat ' chiak hong '


 





Seingat saya, semasa menjalani praktikal di bank tahun 1985, cheque writer ini masih digunakan oleh bank









Kipas ini nampak sahaja buruk. tapi bila tanya harganya RM950. Topi Vic Morrow pun ada



Jam di rumah yang dah lebih 60 tahun ni, kalau jual di Loken
mahal agaknya...hehehe












Sunday 5 June 2016

Pondok Ustaz Bakar & Ustaz Mutalib

Jika balik ke rumah mertua saya di Ptg Pauh, in sha Allah saya cuba luangkan masa bersama isteri untuk ke majlis ilmu pengajian berkitab ( saya & isteri berlenggang kangkung shj...hehe ) di sekitar Kubang Semang :

i. Pondok Ustaz Bakar
   
   Hari Kuliah Pengajian : Jumaat & Ahad
   Waktu                      : 8.30 pagi hingga 10:30 pagi
   Tempat                    : Kubang Semang, Seberang Perai 






ii. Pondok Ustaz Mutalib @ Yayasan An-Nahdhoh

    Hari Kuliah Pengajian  :  Sabtu
    Waktu                       :  8:30 - 11:30 pagi ( break:10:00 - 10:30 pagi )
    Tempat                     :  Kg Petani, Kubang Semang, Seberang Perai

 




 Dewan Pengajian

 Tempat Penginapan / Hotel


 Bazar Tok Guru ( Kedai Serbaguna, An-Nahdhoh Tours & Travel, Kedai Pakaian Muslimim/Muslimah & Restoren

Jarak antara kedua-dua pondok ini lebih kurang 5 kilometer

Kedua-dua tempat pengajian ini memang terbaik !

Bagi yang berminat untuk hadir ke majlis ilmu ini :

Arah ke Pondok Ustaz Bakar , Waze :  https://waze.to/lr/hw0zqwpp5m  ( sorry, saya tak tau nak tag pondok ini dalam Waze )

Arah ke Pondok Ustaz Mutalib, Waze  : key-in  : Yayasan An-Nahdhoh


Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...